BAB 05

2.1K 66 2
                                    

PANTULAN wajahnya pada cermin diperhatikan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PANTULAN wajahnya pada cermin diperhatikan. Dia puas hati. Dia tidak menemukan kesedihan. Itu yang terbaik. Dia tidak mahu Taufik melihat dia berkabung, apalagi keluarganya sendiri melihat dia murung. Dia tidak rugi apa-apa kalau bukan Taufik yang menjadi suaminya. Iman memegang prinsip kumbang bukan seekor di dalam dunia ini.

Dari dalam biliknya, dia mendengar suara mama menjemput Taufik masuk. Nampaknya, waktu telah tiba untuk keluarganya mengetahui cerita sebenar. Selepas ini, secara rasminya dia akan jadi bujang semula. Dia bukan lagi tunangan orang.

Iman keluar dari biliknya. Anak tangga dituruni satu persatu. Sebaik sahaja matanya bertembung dengan sepasang mata lelaki Taufik, dia melihat riak terkejut lelaki itu. Lebih teruk, pandangan mata Taufik langsung tidak beralih dari memandangnya. Iman pula yang diserbu rasa tidak selesa.

Sehingga dia selesai mengambil tempat di sisi mamanya, mata Taufik masih belum rela melepaskannya. Iman dapat rasa, sorotan tajam Ilya melekat pada Taufik.

"Semua dah ada." Iman memulakan perbualan. Dia harap Taufik berhenti memandangnya sekarang sebelum Ilya menjerit marah. Dia tak mahu terpalit skandal yang lebih buruk.

"Mama, Taufik dengan Ilya ada hal penting nak beritahu mama." Iman terus ke permasalahan utama. Dia tidak peduli kalau Taufik dan Ilya belum bersedia. Rasanya, mereka berdua takkan bersedia sampai bila-bila. Iman yang perlu memulakan langkah. Selagi Iman tidak membuka mulut, selagi itu mereka berdua menikus.

"Hal penting apa?"

Tumpuan mama silih berganti pada Taufik dan Ilya.

"Abang Taufik cakaplah," gesa Ilya setelah kebisuan yang mengisi suasana.

"Ilya cakap dulu."

"Kita dah setuju, abang Taufik yang mesti mulakan dulu."

Berkerut seribu dahi Iman melihat gelagat Ilya dan Taufik. Masing-masing enggan membuka mulut.

"Ilya cakaplah. Nanti abang sambung."

Panas hati Iman melihat gelagat Ilya dan Taufik.

"Mama," sebut Iman setelah sabarnya hilang. Biar dia yang membuka pekung. Tangan mama diraih lalu digenggam dengan erat. Harapannya besar. Dia mahu mama tenang mendengar berita yang mahu dia sampaikan.

"Iman dengan Taufik tak jadi kahwin."

Tidak tahu berapa besar bukaan mata mama. Jelas sekali mama tidak dapat menerima berita yang Iman khabarkan.

"Kami dah putus mama. Kami dah tak sehaluan. Iman pun dah pulangkan cincin tunang pada Taufik."

Mama memandang Taufik dan kemudian Iman semula. Setelah itu, pegangan tangan Iman dileraikan. Muka mama merah padam. Mama marah dan Iman telah bersedia menerima impak kemarahan mama. Dia sudah biasa di marah. Cuma sejak skandal yang melanda Inara sahaja, mama sudah berhenti memarahinya.

MENYAYANGIMU Where stories live. Discover now