4

40.9K 2.5K 339
                                    

Datin Huda berlari anak mendapatkan anaknya yang baru pulang. Tersenyum seperti kerang busuk Datin Huda saat melihat kelibat Nik yang melabuh punggung diruang tamu. Beberapa kali juga dia mendengar Nik mengeluh. Penat agaknya.

“Nik! Adinda macam mana? Setuju tak?” soal Datin Huda, terus melabuh disebelah Nik. Kedua belah tangan anaknya digenggam erat. Seolah-olah tak sabar ingin mendengar berita dari mulut anak lelakinya.

Nik mengukir senyuman kecil. Dia menanggguk sebagai jawapan.

“Setuju,mama. Mak cik Hasnah pun sama. Dia kata kalau majlis dicepatkan lagi bagus.”ujar Nik.

"Ha, elok sangatlah kalau macam tu! Boleh mama masuk meminang dia cepat-cepat! Mama pun dah tak sabar nak terima menantu, lebih-lebih lagi si Adinda. Mama cukup berkenan dengan dia.”

Tersenyum Nik mendengarnya. Syukurlah, calon pilihannya diterima dengan hati yang terbuka.

"Tapi kan ma, Nik kesianlah dekat abang Aiman. Sepatutnya dialah yang yang seharusnya kahwin dulu sebelum Adinda.Tapi tadi masa dekat rumah Adinda, Adinda baru aje cerita dekat Nik, pinangan abang Aiman kena tolak dengan seorang perempuan ni.”

"Kena tolak? Eh, kata dah berhubungan lama. Takkan perempuan tu tak terima?” soal Datin Huda, terkejut.

"Adinda kata perempuan tu mata duitan. Perempuan zaman sekarang nak cari yang betul-betul ikhlas cintakan lelaki bukan senang, ma. Ramai yang sekadar pandang pada harta. Tadi pun Nik ada jumpa dengan perempuan tu. Ada ke patut dia bergaduh dengan mak cik tua? Selepas tu dia hina pula Adinda. Nik pun dah hilang sabar dan terus tampar dia." panjang lebar Nik bercerita.

Terangguk-angguk kepala Datin Huda mendengarnya. Ish.. Ish… Ish… jahat sungguh perempuan itu. Memang patutlah Aiman tak jadi berkahwin dengan wanita itu. Tak layak menjadi isteri!

“Nasib baiklah anak mama tak dapat perempuan macam dia. Kalau perempuan tu jadi menantu mama, alamatnya mama takkan mengaku menantulah jawabnya.”

“Ish, mama ni! Agak-agaklah Nik nak kahwin dengan perempuan macam tu? Bukan taste Nik lah.” sindirnya.
Datin Huda hanya tersenyum nipis. Nik memandang sekelilingnya, mencari kelibat Dato Riaz yang langsung tidak kelihatan hari ini.

"Ma, papa mana?" soal Nik. Dia memandang wajah Datin Huda.

"Papa ada meeting hari ini. Nak bincang pasal projek ladang ternakan dia itu lah."jawabnya. Nik menangguk faham.

"Ouhh, by the way ma. Adinda kata dia ada buat jamuan dekat surau malam nanti. Apa kata kita pergi sama-sama?"ajak Nik. Mata mamanya bersinar teruja.

"Boleh juga! Mama pun dah lama tak jumpa Adinda. Rindu pula nak berbual dengan bakal menantu mama tu."balas Datin huda, senang hati. Nik tersenyum gembira. Dia mulai bangun daripada sofa. Butang baju dikolarnya dibuka, panas.

"Nik pergi mandi dulu ya, ma. Panas! And Nik ada beli kuih dekat mama. Kejap lagi kita makan sama-sama ya ma? Nik nak bersihkan diri kejap."pamit Nik.



PLASTIK berisi sebungkus nasi goreng dicampak ke atas paha Puan Haya. Dia tersentak, anak mata beralih laju ke arah Neldia Rose yang berlalu ingin masuk ke dalam bilik.

"Neldia tak nak makan ke? Ini makanan untuk siapa?" soal Puan Haya, pelik.
Langkah Neldia terhenti ditengah jalan. Keluhan kecil dilepaskan. Dia memusing tubuh ke belakang.

“Untuk mak lah! Siapa lagi? Ada orang lain ke dalam rumah ni? Tak ada kan?" balasku, kasar. Puan Haya mendiam. Kata-kata anaknya memang kasar, tapi dalam kekasarannya ada juga kesah tentang makan minumnya.

Puan Haya tersenyum kecil. Dia bangun  dari sofa, melangkah mendekati Neldia Rose yang masih tercegat di situ. Puan Haya berdahem sebelum bersuara.

"Tadi ada orang surau jemput mak pergi jamuan. Neldia ikut mak ek?” ajak Puan Haya.

"Nel ikut? Karang malu pula kena kutuk dengan orang kampung? Better mak pergi seorang aje lah. Lagipun jamuan itu Mak cik Hasnah yang buatkan, so? Malaslah nak bertembung dengan nenek kebayan tu!"sinisku. Puan Haya tidak membalas apa-apa. Neldia pun kembali menyambung langkahnya pergi. Tiba-tiba, baru Puan Haya perasan ada kesan merah di pipi anaknya.
Mata dikecilkan sedikit, ingin lebih jelas melihat kesan itu. Nampak macam teruk sahaja.

"Neldia.."

"Apa lagi?!" Neldia memusing sekali lagi memandang Puan Haya dengan riak wajah tidak puas hati. Puan Haya menunding jari ke arah pipi Neldia Rose yang merah itu.

“kenapa dengan pipi kamu tu?” soal Puan Haya, jelas kerisauan. Neldia Rose terkedu. Aku pantas menarik tangan menutup kesan merah di pipi. Terpinga-pinga aku ingin mereka alasan yang sesuai.

“Jatuh. Tak payah nak risau sangatlah. Merah aje pun! Sudahlah. Nel nak mandi. Panas!”

“tapi…”

“Mak makan aje lah makanan tu! Tak payah kesah pasal Nel. Nel tahulah jaga diri. Heh!" Bentak Neldia Rose secara tiba-tiba. Terhinjut bahu Puan Haya,terkejut dengan suara Neldia Rose yang menengking. Jelingan tajam dilepaskan, sebelum dia menyambung langkah masuk ke dalam bilik.

I AM NOT FOR SALE [NOVEL]Where stories live. Discover now