10

42.9K 2.5K 422
                                    

Hanya selafaz akad pada malam itu, telah menghalalkan Neldia Rose sah sebagai isteri kepada Nik Ashraf. Tersenyum puas Neldia Rose melihat Adinda yang menahan perasaan kecewanya. Baru kau tahu siapa aku, Adinda. Apa yang kau buat kepada aku sebelum ini lebih sakit daripada ini! Desis Neldia Rose didalam hati. Dalam hatinya sudah bersorak gembira, tak sangka malam ini hari bertuahnya mendapatkan Nik Ashraf dengan begitu mudah sekali.

"Neldia, tunggu!" jerit Nik, dia berlari anak mendapatkan Neldia rose yang melangkah keluar daripada masjid.
Senyuman manisaku ukir buatnya sebelum memusing memandang Nik dibelakang.

“Kenapa abang? Tak sabar nak sayang ikut balik rumah ke?"Soal Neldia Rose dengan nada mengejek.. Nik menjuling anak mata ke atas. Untuk bawa Neldia Rose pulang ke rumahnya bukan satu impian sekalipun! Malah sentuh ibu jari kaki pun dia tidak ingin.

“Tolong jangan panggil aku abang. Aku tak suka."keras Nik.

“Alaa... Kenapa pula ni? Kita baru aje nikah sekejap tadi. Bila dah kahwin, kita kena guna ayat manja-manja. Tak ke begitu abang? Hmm?"

“Stop it, Neldia! Aku tahu, kau sengaja tak nak maafkan aku sebab kau nak bolot semua harta aku kan? Kau nak kahwin dengan aku supaya kau boleh jadi raja dalam rumah aku! Betul tak?"
Neldia Rose hanya tersenyum sinis. Memang itu pun tujuan yang sebenar, tetapi disebaliknya dia ingin menyakitkan hati Adinda yang telah dipendamnya selama ini.

“Kalau ya pun kenapa? You nak ceraikan I? Saksi kita pada malam ini agak ramai tau. If you ceraikan I, you yang akan dapat malu sendiri. Not me."ujar Neldia Rose, berlagak.

Nik mengetap bibirnya. Kecil sahaja dia memandang Neldia Rose didepan matanya ini. Neldia menutup mulutnya, buat-buat seperti menguap.

“I mengantuklah. Apa-apa esok sajalah ya kita bincang abang. Lagipun, Neldia tak nak orang belakang abang tu cemburu!" sindir Neldia, matanya menunjuk-nunjuk kearah Adinda dan Mak cik Hasnah yang mendengar perbualan mereka.

Tajam sahaja jelinga Mak cik Hasnah kepada Neldia Rose. Malah aku tertawa melihatnya. Puas hati. Neldia Rose terus melangkah pergi daripada situ.

“Aku nak jumpa kau esok dekat ofis!" jerit Nik.

Membuatkan langkah Neldia Rose terhenti sekelip mata.

"Untuk apa?"

"Aku nak kita buat perjanjian esok. Bawa sekali dengan mak kau, aku nak mereka jadi saksi untuk esok!"

Aku memusing ke belakang kembali. Kedua-dua belah tangan memeluk tubuh memandang Nik."Apa pula yang you nak berjanji dengan I, huh? You nak janji untuk sehidup semati dengan I ke? Tak payah susah-susahlah.. "

“Kau jangan nak perasanlah, Nel. Aku tak hingin pun nak sehidup semati dengan kau. Pastikan kau datang esok. Kalau tidak... Satu sen pun aku tak akan bagi dekat kau." ujar Nik berbaur ugutan. Neldia Rose tersenyum menyenget. Tentang duit segalanya dia akan setuju. Pandai lelaki itu memancingnya!

"Okay, fine. See you tomorrow! Jom, mak!" Aku terus menarik tangan Puan Haya membawanya pulang ke rumah. Mak cik Hasnah menghentak kakinya, geram.

"Hei, Nik! Sekarang anak aku macam mana, huh?! Kau dah janji dengan dia untuk kahwin, mana janji kau?!" bentak Mak cik Hasnah.

“Mak.. Sabarlah.."pujuk Adinda, mengurut tubuh belakang emaknya agar bertenang.













MATAHARI sudah pun terpacak diatas langit. Nik menunduk sekilas memandang jam tangannya yang sudah menandakan pukul 12 tengahari. Kelibat Neldia Rose dan Puan Haya langsung tidak kelihatan di ofisnya.
Sengaja Nik mengumpulkan semua yang bergelar ahli kelurga hari ini. Mak cik Hasnah, Adinda, Aiman, Datin Huda dan Dato Riaz. Semuanya dijemput untuk datang.

I AM NOT FOR SALE [NOVEL]Where stories live. Discover now