11

40K 2.4K 230
                                    

SEMUA pakaian yang tersimpan di dalam almari dipunggah letak ke atas katil. Satu persatu baju dilipat masuk ke dalam beg bagasi miliknya. Perbuatan Neldia Rose terhenti apabila tangannya disentuh Puan Haya. Perlahan-lahan dia mendongak memandang wajah Puan Haya yang jelas berasa sedih dengan nasib anaknya.

Secarik senyuman Neldia Rose lemparkan kepada Puan Haya.

“Don't worry about me. I’m okay,” ucapnya seolah-olah tahu apa yang bermain di fikiran Puan Haya. Tangan Puan Haya ditepuk dua kali.

“Kenapa kamu sanggup terima syarat-syarat perjanjian lelaki tu? Mak tak sanggup tengok kamu bersedih walaupun bukan depan mak ataupun semua orang.”

“Sebab Nel tak perlukan cinta daripada lelaki itu. Bukannya Nel tak boleh hidup kalau tak dapat bersama dengan dia. Nel kahwin dengan dia pun, sebab… dia kaya. Kita boleh langsaikan hutang bapak dengan cepat. Tak adalah along kejar kita lagi,” ujar Neldia Rose.

“Tapi tak perlu sampai lukakan hati sendiri, Neldia. Walaupun mak tak pernah tengok anak mak nangis, tapi mak tahu kamu sedih, kamu kecewa. Perasaan seorang mak tak pernah silap, Nel,” rintih Puan Haya.

Neldia Rose tersenyum. Pakaian terakhir yang dilipat dimasukkan ke dalam beg bagasi sebelum dia menarik tangan Puan Haya. Tangan Puan Haya digenggam penuh erat.

“Untuk apa kita bersedih kerana orang yang tak hargai kita, mak? Semua tu sia-sia. Nel tak kesah pun nak kahwin berapa hari ataupun hidup dengan orang yang tak cintakan Nel sebab Nel dah ada orang yang sayangkan Nel iaitu mak. Cinta dan bahagia Nel cuma ada pada mak, tidak pada orang lain. Kalau Nel nak bahagia dengan lelaki, Nel boleh aje cari ex-boyfriend ataupun pikat lelaki lain. Tapi cinta mereka tak akan sebesar cinta Nel kepada mak,” ujar Neldia Rose. Luluh hati Puan Haya mendengarnya. Kepala ditundukkan ke bawah saat air mata mula mengalir turun. Neldia Ros menggosok belakang Puan Haya, cuba untuk meredakan tangisan ibunya.

“Mak... Mak boleh janji dengan Neldia tak?” soal Neldia Rose.

“Apa yang kamu minta, mak sentiasa tunaikan Nel. Kamu satu-satunya anak mak dan sudah tentu mak akan berikan segalanya pada kamu.”

“Nel cuma nak mak janji, mak kena ada dekat sebelah Nel di saat Nel jatuh. Boleh kan? Sebab semangat Nel cuma ada pada mak seorang. Tiada yang sayangkan Nel di dunia ini melain mak sorang.”

Puan Haya mengangguk kepalanya. Dia terus menarik Neldia Rose ke dalam pelukannya. Tak henti-henti air mata mengalir, tetapi Neldia Rose pula kelihatan tenang. Namun di saat dia mengukir senyuman, di situlah dia menyembunyikan setiap deritanya.









“TUNGGU DI sini,” arah Nik, tegas kepada Neldia Rose yang dibawa ke rumahnya sebelum dia berlari naik ke tingkat atas. Neldia Rose hanya mengangguk kepala. Akur dan menurut arahan. Neldia Rose meletakkan beg bagasi di ruang tamu kemudian melabuh punggung di atas sofa mewah yang tidak jauh darinya. Matanya tak henti melilau melihat setiap sudut rumah mewah itu.
Elegan dan mewah. Memang ciri-ciri rumah orang kaya.

“Cantik gila rumah ni. Bestnya dapat jadi orang kaya!” jerit Neldia Rose, perlahan. Teruja pula berada di sini. Tak sampai beberapa minit, muncul kelibat Datin Huda yang melangkah ke arahnya. Lekas dia bangun dari tempat duduk.

“Assalamualaikum, ma.” Neldia Rose menghulurkan tangannya ingin bersalam. Namun, Datin Huda tidak membalas apa. Dia terus melabuh punggung di atas sofa single. Alat kawalan jauh dicapai dan tangannya ligat mencari rancangan di skrin TV. Neldia Rose seolah-olah tidak wujud di situ.

Perlahan-lahan Neldia Rose menurunkan tangan semula dan kembali duduk di tempat asal.

“Panggil aku Datin Huda. Orang yang boleh panggil mama adalah keluarga aku, bukan orang luar.” Datin Huda bersuara tanpa memandang muka wanita itu.

“Baik, datin.” Neldia Rose akur.

“Dan tak payah nak berlakon baik depan aku. Anak aku pun pernah cerita tentang perangai sebenar kau. Bukan dia sahaja, tapi ramai lagi. Aku tak sangka, perempuan yang paling aku benci dan tak kenal boleh jadi menantu aku. Aku dah harapkan Nik kahwin dengan Adinda, tapi… disebabkan perempuan mata duitan macam kau... Kau sanggup pecah belahkan hubungan diaorangkan?”

“Bukan niat saya untuk pecah belahkan hubungan Adinda dan Nik. Sepatutnya, datin harus bersyukur yang saya jadi menantu Datin.”

“Bersyukur atas apa? Bersyukur sebab kau boleh bolot harta dalam rumah ni? Aku tak kesah kau nak rampas berjuta sekalipun. Yang penting, kau dan Nik takkan terus bersama.”

Neldia Rose menjuih bibir dengan muka menyampah.

“Heh, memang itu perjanjian kami pun. Tak perlu datin ulang beribu kali. Saya bukan tua lagi untuk lupa segalanya. Jangan risau... Saya bukan seorang yang mudah mungkir janji. Cuma saya takut, Nik yang bakal mungkir janji,” ujar Neldia Rose dengan sinis.

Datin Huda menggeleng kepala. Tak mungkin perkara itu akan berlaku. Nik cuma cintakan Adinda, bukan wanita di depannya ini!

“Dia takkan mungkir janji. Siapa yang sanggup hidup menderita dengan kau? Kalau aku di tempat Nik, dah lama aku ceraikan kau. Tetapi atas sebab nama keluarga, terpaksa juga untuk tunggu sebulan. Aku harap… Cepat sikitlah waktu berlalu. Tak sabar untuk dengar lafaz cerai daripada Nik.”

“Saya pun tak sabar untuk tunggu detik itu. Harap-harap, tiada benda yang berubahlah selama sebulan ni kan?” balas Neldia Rose penuh dengan nada mengejek.

“Neldia!” jerit Nik, kuat dan jelas daripada tingkat dua. Jari telunjuk digerakkan ke depan dan ke belakang memanggil wanita itu untuk naik ke tingkat atas. Neldia Rose tersenyum lantas kembali bangun mendapatkan beg bagasinya semula.

“Saya naik dulu ya, datin,” pamit Neldia Rose, sebelum melangkah naik ke tingkat dua. Datin Huda hanya menjeling benci. Meluat dia memandang Neldia Rose.

I AM NOT FOR SALE [NOVEL]Where stories live. Discover now