"Betul ni Nel tak nak ikut mak ke surau? Hari ini kebetulan dekat sana buat tahlil untuk arwah pak leman."
"Iya, betul. Nel malaslah nak pergi majlis-majlis tahlil ni. Karang Nel pergi, bukan tahlil yang dibuat tapi majlis membawang." sindir Neldia Rose, tanpa memandang Puan Haya yang berdiri dibelakangnya lengkap memakai telekung. Dia menyuap keropok ubi pedas kedalam mulutnya, sambil matanya tertumpu menonton rancangan yang dimainkan ditelevisyen.
"Hmm.. Kalau dah kamu kata macam itu. Mak pergi dulu ya. Kamu jangan buat apa-apa yang tak elok pula, sebab hari ini ketua kampung ada buat rondaan. Mak takut kalau..."
"Ya, tak payah risau. Anak mak ni tahu batasnya juga. Bukan jenis bawa lelaki masuk rumah pun! Sejahat anak mak ni, tak pernah lagi buat silap sampai kena kahwin!" sinis Neldia Rose. Puan Haya tidak membalasa apa-apa. Dia hanya melemparkan senyuman nipis. Berat hatinya untuk meninggalkan rumah ini biarpun untuk beberapa minit. Malam ini, seolah-olah ada sesuatu yang bakal terjadi tetapi sukar untuk ditekanya.
“Okaylah, mak pergi dulu ya. Assalamualaikum."Pamit Puan Haya, meminta diri untuk pergi sebelum melangkah keluar daripada rumah itu. Tombol pintu ditariknya menutup rapat. Salam yang diberi tadi hanya dijawab kembali didalam hati. Alat kawalan jauh dicapainya, menukar ke siaran yang lebih seronok untuk ditonton.
“Tak ada cerita yang best ke malam ni? Semua cerita membosankan saja? Heh!" Dia mencampakkan kembali alat kawalan jauh itu ke atas meja, dan menyandar tubuhnya ke belakang. Sebelah tangannya menyeluk plastik keropok, lalu disuap masuk kedalam mulutnya.
TOK! TOK!
Kedengaran pintu diketuk berkali-kali mengejutkan Neldia Rose. Dia spontan berpaling ke belakang. Wajahnya berkerut pelik.
"Siapa pula yang datang? Takkan sekejap sangat majlis tahlilnya? Mak tertinggal sesuatu ke?" Soal Neldia Rose pada dirinya sendiri. Tanpa membuang masa, dia terus bangun menuju kearah pintu utamanya. Tombol pintu dipulasnya perlahan, tak sempat dia menarik tiba-tiba ada seseorang merempuh pintu itu kasar sehingga membuatkan Neldia Rose sedikit tergenjak ke belakang.
“Eh? You apahal masuk rumah I ni?!" Soal Neldia Rose, terkejut apabila Nik tiba-tiba menerjah masuk ke dalam rumahnya tanpa sebarang pelawaan. Pintu kembali ditutupnya, menghalang orang kampung daripada melihat mereka berdua berada didalam rumah.
Garang Nik memandang Neldia."Hei, perempuan.. kau cakap dengan aku betul-betul. Apa kau dah buat dekat aku?!”
"Buat? I buat apa?" Tanya Neldia Rose, pelik. Apa yang aku buat sampai Nik datang ke rumah aku? Takkanlah disebabkan pagi tadi?
Nik meraut wajahnya. Dia mengeluh kecil, cuba untuk menenangkan perasaan amarahnya.
"Aku tanya kau baik-baik, apa yang kau dah buat dekat aku?"sekali lagi Nik mengulangi soalannya.
“Masalahnya I tak tahu I buat apa? Setakat sentuh you pagi tadi yalah I buat, tapi takkan itu sebabnya you datang sini? I sentuh bahu aje kut?"
"Hei, Perempuan!" sergah Nik. Kedua belah bahu Neldia digenggamnya, kuat. Neldia Rose tergamam, anak matanya membulat memandang lelaki itu. Air liur ditelan. kesat. Jantungnya sudah berdegup laju saat bertentangan mata dengan lelaki itu.
"Kau ingat aku bodoh ke? Kau ada hantar benda dekat aku kan? Kau sihir aku kan? Betul tak?!"tuduh Nik secara melulu.
Jatuh rahangku mendengarnya. Terkejut.
“Hello? Excuse me? Even I ni jahat jenis goda ramai lelaki, I tak guna sihir untuk dapatkan seseorang. You jangan sesedap mulut you nak tuduh I yang bukan-bukan!"bentakku, geram.
YOU ARE READING
I AM NOT FOR SALE [NOVEL]
RomanceWarning! Novel ini memerlukan kesabaran yang tinggi. Jika tidak, anda bakal mengeluarkan kata-kata kesat. Sekian, terima kasih. Neldia rose, nama sahaja macam kaya tapi hanya orang kampung biasa. Tahap kesombongannya kalah orang bandar. nak pikat...