6

38.2K 2.5K 621
                                    

AIR teh dituang perlahan-lahan kedalam cawan kaca, sebelum ditolak kearah Dato Riaz yang menumpu membaca surat khabar lama itu. Kerusi rotan disebelah kanan ditarik Datin Huda, dia melabuh punggung disitu.

"Bang, anak kita dah nak kawin. Kalau kita buat majlis besar-besaran pun seronok juga kan?" Datin Huda mula bersuara, membuka topik untuk dibualkan.

"Tak perlu buat sampai besar-besaran. Sederhana pun sudah cukup."

"Alaa, Abang ini. Nik itu sahajalah satu-satunya anak kita. Takkan nak buat majlis biasa-biasa kot? Lagipun, anak kita nak kawin dengan perempuan baik. Saya nak lah juga tunjuk dekat kawan-kawan saya yang anak saya bakal kawin dengan perempuan yang lengkap ilmu agamanya."

Dato Riaz tersenyum sinis. Dia meletakkan surat khabar lama itu keatas meja, dan mencapai secawan teh.

"kita tak boleh nak bangga sangat dengan menantu kita itu. Buatnya, si Nik kahwin dengan orang lain. Apa awak nak jawab dekat kawan-kawan awak nanti? Hmm?"

"Ish, abang ni! Macam itu pula dia. Tak baik tau kita doakan anak kita kahwin dengan orang lain? Si Nik tu dah betul-betul cintakan Adinda tau?"

"Cinta ataupun tak cinta, jodoh Allah yang tentukan." balas Dato Riaz, dia menghirup perlahan air teh itu.
Datin Huda mencebik. Dia menyilang sebelah kaki kanannya keatas paha kiri.

"Tak kesahlah. Saya tahu, bakal menantu saya cuma Adinda. Saya cuma akan terima apa yang Nik terima, sebab saya tahu pilihan dia semuanya terbaik."

"Habis tu? Kalau menantu awak bukan Adinda, macam mana?"

"Heh, kalau menantu saya bukan Adinda. Saya pasti, Nik ada sebabnya. Kalau atas kerana hati Nik yang benar-benar cintakan dia, saya akan terima. Tapi, kalau perempuan tu guna ilmu sihir atau sebagainya untuk pikat Nik, saya takkan terima dia jadi menantu saya sampai bila-bila."

Tersedak Dato Riaz mendengarnya. Dia menepuk dadanya yang terasa senak beberapa kali. Dia memaling wajah memandang Datin Huda disebelahnya.
"Sampai macam tu sekali ya?"

"Of course, saya cuma nak tengok Nik bahagia, bukan menderita. Kebahagian Nik juga adalah kebahagiaan saya. Jadi, apa yang Nik suka, itulah yang saya suka."










Nik menyandarkan tubuhnya ke belakang, sambil dia mengetuk pen hitam itu pada dagunya. Fikirannya pula seolah-olah melayang ke lain, memikirkan kata-kata Neldia Rose malam semalam.

Kalau you cakap macam itu, kita tengok nanti. You belum tahu I memang mahir dalam buat orang jatuh cinta. Dan satu lagi, I bukanlah wanita yang boleh dijual beli. I am not for sale, mr. Nik. Neldia Rose adalah seorang yang sangat limited. You takkan boleh jumpa orang macam I lagi kalau I dah tak ada. And you Adinda… harap bersiap sedia. Takut-takut nanti bersanding seorang diri pula. Mak cik Hasnah pun sama. Stand by ya?”

Dia menghentak pen hitam itu keatas meja semula. Tubuh dipusing menghadap kaca lutsinar yang menampakkan bangunan-bangunan yang didirikan hampir bertahun lamanya.

“Mustahil aku akan terpedaya dengan dia.”gumam Nik.

Tok! Tok!

Kedengaran pintu diketuk, mengejutkan Nik. Lantas, dia memusing semula tubuhnya memandang pintu biliknya yang ditolak seseorang.

"Maaf menganggu, bos. Ada seseorang nak jumpa dengan bos tetapi dia tak buat apa-apa appointment. Bos nak saya arahkan dia balik ataupun benarkan dia masuk?"

"siapa dia?" soal Nik.

"Ermm.. Dia beritahu saya nama dia..."

"I yang nak jumpa you." suara wanita itu mencelah. Serentak mereka berpaling memandang Neldia Rose yang tersenyum sinis dimuka pintu biliknya. Nik mengerut kening. Macam mana Neldia Rose boleh tahu aku bekerja disini? Soal Nik didalam hati. Oh, lupa! Dia ambil kad aku semalam.

I AM NOT FOR SALE [NOVEL]Where stories live. Discover now