7

38.1K 2.5K 193
                                    

BUNGA matahari yang berada didalam pasu disentuh Neldia Rose. Sesekali dia cuba menghidu bau bunga yang harum. Pokok-pokok bunga yang dijual dikedai bunga itu sungguh menarik perhatiannya. Terdetik dihati Neldia Rose untuk membelinya satu, untuk ditanam ditepi rumahnya. Yalah, asyik tanam pokok bunga mawar sahaja, apa salahnya kalau tambah lagi satu pokokkan? Barulah ianya nampak berseri.

"Err.. Mak cik saya nak.. "

"Ibu!" Tersentak Neldia Rose apabila seorang budak lelaki memeluk pinggangnya daripada belakang secara tiba-tiba. Sejak bila pula aku kahwin? Soal Neldia Rose didalam hati. Rambutnya yang ditiup angin disisir kebelakang telinga. Lantas Neldia Rose memusing tubuhnya ke belakang, menunduk memandang budak kecil itu.

"Akak bukan ibu awak, dik. Adik silap orang ni.. "

"Danny!" suara lelaki itu mencelah. Terdongak kepala Neldia memandang lelaki berbaju kemeja itu berlari mendapatkan anaknya, Danny.
Neldia Rose mengerut kening. Wajah lelaki itu seperti dia kenal. Tetapi siapa ya?

"Danial?" Neldia Rose cuba untuk meneka.  Ya, aku masih ingat nama itu. Siapa yang bakal lupa nama bekas teman lelaki kan? Tipulah, kalau dah lupa.

"Eh? Awak.. Neldia kan?" Teka Danial pula. Lantas Neldia Rose mengangguk kepala mengiyakan tekaan lelaki itu.

“Yeah. Im Neldia. Tak sangka kita boleh jumpa dekat sini. How are you? You buat apa dekat sini?" soal Neldia Rose sengaja dia ingin tahu khabar tentang lelaki itu. Hampir lima tahun juga tidak berjumpa. Rupa-rupanya dah jadi suami orang.

"Im fine. Saja bawa anak jalan-jalan dekat kawasan sini. Dah lama tak luangkan masa dengan Danny. Alang-alang saya tengah free bolehlah bawa Danny jalan-jalan." ujar Danial. Neldia Rose mengangguk faham, aku menunduk memandang Danny yang memeluk paha lelaki itu. Tak sangka dia sudah berkahwin sekarang, sedangkan aku masih lagi bujang.

Mana tak bujang, kalau kerja asyik tolak pinangan orang betul tak?

"Dah kawin rupanya Ex boyfriend I. Comel pula tu anak you. I ingatkan you tak boleh lupakan I? Yalah, dulu bukan main you merayu dekat I jangan tinggalkan you."

"Untuk lupakan awak sememangnya susah, Neldia. Tapi disebabkan mak ayah saya yang paksa saya untuk bernikah, saya terpaksa lupakan awak dalam hidup saya."

"But you tahu kan kenapa I tinggalkan you? You jangan terasa hati pula dengan perbuatan I. I cuma..."

"Yes, I know. Awak tinggalkan saya sebab perempuan yang iri hati dengan awak itu." cantas Dania terlebih dahulu. Neldia Rose hanya tersenyum kelat. Baguslah, kalau dia masih ingat tentang perkara itu. Kepala Danny digosok Neldia, Ada kalanya dia mencubit pipi Danny, geram melihat pipi tembam budak kecil itu.

“Isteri you mana? Tak ikut you jalan-jalan sekali?" Soal Neldia Rose, setelah sekian lama mereka berborak.

"Isteri saya dah lama meninggal. Meninggal disebabkan kanser barah otak." ucap Danial, perlahan. Sayu suaranya.

"Oh.. " Neldia Rose terkedu. Spontan sebelah tanganku naik menyentuh dada, rasa bersalah pula apabila mengingatkan lelaki itu pada arwah isterinya. Wajah Danial juga berubah sedikit kecewa, tetapi dia cuba untuk menyembunyikan perasaan itu.

"I.. I minta maaf.. " rayu Neldia Rose.

"It's okay. Dah lama benda ni berlalu, saya dah boleh terima sikit-sikit. Cuma Danny sajalah yang susah sikit nak lupakan arwah ibu dia. Dia masih kecil untuk faham." ujar Danial. Sibuk Neldia Rose bertanya tentang arwah isterinya, terlintas difikiran Danial pula untuk bertanyakan tentang perkembangan Neldia Rose.

"Awak belum kahwin?" Tanya Danial, sengaja dia ingin tahu.

“Of course! I masih anak dara lagi tau, bukan macam you yang dah jadi duda anak satu." sindir Neldia Rose dengan harap ingin membuat lelaki itu ceria kembali. Danial tertawa kecil. Kepala digelengnya perlahan melayan wanita cantik dihadapannya itu.

I AM NOT FOR SALE [NOVEL]Where stories live. Discover now