Warning! Novel ini memerlukan kesabaran yang tinggi. Jika tidak, anda bakal mengeluarkan kata-kata kesat. Sekian, terima kasih.
Neldia rose, nama sahaja macam kaya tapi hanya orang kampung biasa. Tahap kesombongannya kalah orang bandar.
nak pikat?
Di beri bunga,
di buang ke tong sampah.
Di bagi cincin,
di ambil tapi bukan tuannya.
Di beri rumah,
tengok berapa tingkat dahulu
Di beri duit,
come to me baby sayang.
Semua lelaki yang ingin memikatnya hanya dipandang sebelah mata sahaja. jangan dikata pandang, jeling pun tidak mahu.
tetapi jika, Nik ashraf. bunyi tapak kaki sahaja sudah buat dia tercari-cari di mana lelaki itu berada. mengapa? kerana dia kaya, dia mempunyai rupa, dan dialah putera bagi Neldia Rose.
Tetapi apakan daya, cinta itu telah dirampas oleh musuh kampungnya. Adinda. gadis ayu kampung yang menjadi rebutan para lelaki alim. siapa tak jatuh cinta dengan adinda? dia baik, bukan seperti neldia rose yang Gold digger!
hanya kerana tidak mahu terlepas Nik Ashraf, dia sanggup melakukan sesuatu luar jangkaan yang menyatukan mereka berdua.
"aku tahu, kau kawin dengan aku sebab nak harta kan? aku boleh bagi kau harta. tapi bukan kasih sayang. kau boleh minta apa sahaja yang kau nak dalam rumah ni, duit, emas, belian and eveything. but.. takkan lama."-Nik ashraf.
"Kalau i nak sayang you jugak?"
"orang gold digger macam kau perlukan kasih sayang ke?"
mulanya mahu harta, tapi lama kelamaan pabila cinta mula mengetuk pintu hati. semuanya sudah dilupakan. apakah neldia rose akan tetap menjadi isteri mata duitan dimata nik ashraf?
"Kalau nak harta, kenapa perlu mahu hati? cinta itu kan buta dan takkan kekal lama?"-Neldia Rose.
Beautiful cover by @CIK_ZALIKHA
Satu kejadian yang berlaku membuatkan kedua-dua insan itu bertemu.
Nur Maisarah Azzahra seorang wanita yang baru sahaja menamatkan pelajaran dan sedang mencari pekerjaan. Dirinya yang dianggap serba tidak guna dan dibesarkan dengan penuh kebencian oleh darah daging sendiri. Kematian ibubapa diusia yang muda membuatkan Zahra membesar tanpa mengetahui apa itu rasa disayangi atau dicintai. Dirinya mengunci pintu hati bagi mengelakkan dari terluka.
Tengku Mikhail Al-Fateh, seorang jejaka yang mengambil alih syarikat keluarganya setelah pulang dari negara itali. Dikelilingi oleh orang yang tersayang membuatkan dirinya menjadi seorang yang disenangi oleh ramai orang. Hidupnya yang dikelilingi oleh lelaki selain ibunya membuatkan Fateh menjadi kekok apabila bertemu dengan mana-mana wanita. Lebih mementingkan keluarga serta kerjayanya berbanding orang luar yang tiada kaitan dalam kehidupannya.
Hadirnya Zahra dalam kehidupannya membuatkan jejaka itu menjadi tidak keruan. Tembok yang didirikan Zahra membuatkan Fateh ingin mengenali wanita itu dengan lebih lagi.
"Jurang antara kita terlalu besar encik, bukan saya yang sepatutnya encik berikan kata-kata tersebut..." - Zahra
"Awak takkan dapat ubah apa yang saya rasa zahra, hanya awak untuk saya..." - Fateh
Takdir telah menemukan mereka semula dibawah satu ikatan. Fateh berusaha untuk meruntuhkan dinding yang berada diantara mereka.
"Zahra taknak kecewakan abang, izinkan Zahra untuk berundur diri sebelum abang terluka..." - Zahra
"Biarkan abang masuk dalam hati sayang, biar abang leraikan rantai yang membelit hati awak supaya abang dapat tunjuk yang hanya Nur Maisarah Azzahra akan menjadi bidadari syurga abang..." - Fateh
Adakah takdir telah tertulis buat mereka? Apakah yang akan berlaku? Bolehkah Fateh membuka pintu hati Nur Maisarah Azzahra untuk mengenali apa itu cinta?
Start: 24 September 2024
End: 1 September 2025