HARI berganti malam, tidak sangka hari ini surau Al-Nur dipenuhi dengan jiran-jiran kampung yang terdekat yang dijemput hadir dalam majlis yang diadakan oleh Mak Cik Hasnah.
Menyambut majlis sempena anaknya Adinda yang bakal bertunang tidak lama lagi dengan jejaka kaya. Mak mana yang tidak gembira kalau tahu menantunya seorang lelaki yang berduit?
Adinda meletakkan cawan yang telah dibasuhnya keatas meja. Dia tersentak saat merasakan telinganya dituip seseorang. Pantas dia memusing ke belakang, melihat Nik yang ketawa kecil.
"Ya Allah, abang. Abang buat Adinda terkejut aje lah. Malulah orang nampak."rengek Adinda, dia mencebik bibir. Mukanya memerah menahan malu.
“Ala.. Biarlah orang nampak. Kita tak lama lagi nak kahwin juga, Kan?"
“Ish, bertunang pun belum apatah lagi kahwin. Orang kata jangan teruja sangat, karang apa yang kita nak takkan jadi." ujar Adinda.
Nik mengalah. Dia mengangkat kedua berlah tangan.. Dia ketawa kecil, wajah Adinda ditatapnya lama. Suka dia memandang wajah wanita itu. Ayu dan jelita dimatanya.
"Abang tak sabar nak halalkan Adinda untuk jadi isteri abang. Dah lama kita kenal dan abang tak nak sia-siakan perkenalan kita. Malam ni… Abang nak semua orang tahu yang Adinda bakal jadi milik abang seorang." ucapnya, penuh romantik. Membuatkan Adinda tersipu malu, sehingga dia menunduk kepala ke bawah. Bahagia dia rasakan apabila bersama dengan lelaki dihadapannya ini.
"Amboi pasangan romantik ni, belum apa-apa lagi dah ber-sweet macam semut." Sampuk Datin Huda.
Adinda tersengih menampakkan giginya, lantas dia menghulurkan tangannya ingin menyalami tangan Datin Huda. Bakal ibu mertuanya tidak lama lagi."Lama tak jumpa mama, mama pun dah nampak makin berseri."ujar Adinda berbaur pujian. Datin huda ketawa, bahu Adinda ditepuknya perlahan.
“Mentang-mengtanglah tak lama lagi nak jadi menantu, makin banyak pujinya ya?"
"Ish, ya Allah. Adinda ikhlas puji mama. Bukannya cuma nak ambil hati.”
“Yalah, mama tahu. Saja nak bergurau senda dengan bakal menantu. Mak kamu mana? Alang-alang datang sini, boleh bincang terus pasal hari pertunangan nanti."kata Datin Huda. Anak matanya melilau memandang sekeliling.
Tercari-cari kelibat Mak cik Hasnah.
“Mak ada aje dekat belakang surau, tengah bersembang dengan kawan-kawan surau dia."“Oh, mama pergi sana kejap ya. Kauorang Sambunglah balik adegan sweet tadi." ucap Datin Huda. Lalu mengatur langkah pergi daripada situ, menuju ke belakang surau mencari Mak Cik Hasnah disana.
Adinda tersengih-sengih menahan tawanya. Dia memandang Nik yang masih berada dihadapannya. Dulang yang berada diatas meja, dipeluk.
“Adinda minta diri kejap. Nak pergi ambil cawan. Abang tunggu sini ya."
"Adinda nak abang tolong?"
"eh, tak payah. Sikit sahaja. Abang tunggu sini tau. Sekejap aje!" ujar Adinda, meminta diri untuk pergi. Pantas dia melangkah menuju ke arah cawan kaca yang tersusun diatas meja, sudah siap dibasuh.
Sementara dia menunggu Adinda, air oren dicapainya lalu diminum. Membasah tekaknya yang mula kekeringan. Anak mata pula sibuk mengerling kearah tetamu yang sedang enak menjamu selera dibawah kemah.
"Mak makanlah, Nel nak pergi tandas kejap." pinta Nel. Puan Haya mengangguk perlahan, sebelum melangkah masuk kedalam kemah. Ikutkan hati memang tak nak pergi, tetapi Puan Haya pula yang tidak mahu pergi seorang diri. Katanya risau aku dirumah seorang-seorang, jadi terpaksa ikut dia ke majlis ini.
YOU ARE READING
I AM NOT FOR SALE [NOVEL]
RomanceWarning! Novel ini memerlukan kesabaran yang tinggi. Jika tidak, anda bakal mengeluarkan kata-kata kesat. Sekian, terima kasih. Neldia rose, nama sahaja macam kaya tapi hanya orang kampung biasa. Tahap kesombongannya kalah orang bandar. nak pikat...