Prologue

531 82 91
                                    

Dengan langkah yang berat , Song Jae melangkah naik ke atas altar lalu berdiri di sebelah bakal suaminya , Park Jimin .

Anak mata dilirikkan ke arah Jimin yang sedang menjelingnya dengan tajam . Melihat wajah lelaki itu yang tampak agak seram , cepat - cepat Song Jae menundukkan pandangannya .

Muka Jimin lebih tampak lagi menyeramkan berbanding Annabelle .

" Park Jimin , sudikah kamu menerima Song Jae sebagai teman sehidup semati kamu dan berjanji untuk sentiasa berada di sampingnya ? "

" Saya sudi " Jimin membalas pertanyaan paderi dengan nada suara yang jelas sekali kedengaran palsu di telinga Song Jae .

" Song Jae -- "

" Y - Ya ?? " tergagap - gagap Song Jae dibuatnya apabila namanya disebut paderi . Jimin pula menggulingkan anak matanya . ' Jangan perempuan ni buat hal sudah . '  desis hati Jimin .

" Sudikah kamu menerima Park Jimin sebagai teman sehidup semati kamu dan berjanji untuk sentiasa berada di sampingnya ? "

Pertanyaan paderi dibiarkan tergantung sepi oleh Song J-ae . Entah mengapa , bibir gadis itu seakan terkunci untuk mengungkap walau sepatah perkataan . Ingin sahaja dia mengatakan bahawa dia tidak sudi menjadi isteri kepada lelaki bernama Park Jimin itu yang konon - kononnya ' teman sehidup semati ' .

Kalau bukan kerana paksaan keluarga , memang tak ingin Song Jae nak naik atas altar dan mengenakan gaun pengantin yang begitu labuh .

Bukan sahaja Song Jae , Jimin juga tidak ingin untuk mengahwini gadis itu . Ini semua perancangan ibu bapanya yang sesuka hati menetapkan perkahwinan buat mereka sedangkan Jimin tidak ingin langsung untuk berkahwin dan mahu terus bergerak solo .

Bagi Jimin , menjadi suami orang begitu menyusahkan . Kena beri makan , beli rumah , beli pakaian dan bermacam lagi untuk isteri . Tu baru satu hal . Bila dah ada anak - anak  , bertambahlah lagi bebanan .

Terasa sia - sia pergi kerja untuk cari duit tapi akhirnya duit tu guna untuk anak bini je . Bila dah jadi suami , tiada lagi 'freedom '  mahupun ' having fun'  kerana terpaksa menggalas tanggungjawab yang begitu besar .

" Song Jae , kamu okay ? " soal paderi apabila sudah hampir 2 minit Song Jae menyepi . Jimin di sebelah memandang gadis itu dengan penuh kegeraman .

Lelaki itu sudah tiada cara lain . Dia terpaksa berbuat sesuatu supaya Song Jae bersuara atau keluarga mereka berdua yang mendapat malu . Lantas lengan Song Jae ditarik merapatinya lalu dia membisikkan sesuatu di cuping telinga gadis itu , " Better kau cakap sudi atau a-- "

" S - Saya sudi ! " dengar sahaja bisikan Jimin yang begitu menggerunkan , Song Jae pun bersuara kembali . Jimin ni memang sesuai amat untuk jadi pelakon filem horror . Tak pun , pembunuh bersiri .

"  Kamu berdua sah sebagai suami isteri .  You may kiss the bride "

Seusai paderi habis berbicara , bulu roma Song Jae pun meremang . Belum sempat dia berbuat apa - apa , pinggang rampingnya sudahpun dirangkul oleh Jimin . Anak mata mereka bertaut . Dapat Song Jae saksikan akan sinaran neraka dari mata Jimin .

" Kau takkan bahagia dengan aku , Song Jae " ujar Jimin separa berbisik sebelum bibir si isteri dipagut sekilas dengan penuh keterpaksaan . Setelah itu , tepukan gemuruh daripada para tetamu pun bergema .

Rangkulan di pinggang Song Jae dilepaskan . Jimin menjeling ke arah Song Jae yang sedaya - upaya mengukir senyuman palsu di hadapan tetamu yang hadir .

Sudut bibir Jimin terangkat membentuk senyuman sinis . Dia sudah bersiap sedia dengan rancangannya untuk menyeksa mental dan fizikal Song Jae . Biar gadis itu terseksa agar dia dapat meloloskan diri dari tanggungjawabnya sebagai suami .

'  Song Jae , kau bakal menemui neraka dunia buatan Park Jimin . Bersedialah . '




1 ) First , this was my first fanfiction collabration with qnynaa . I'm so excited ! Kami menghasilkan karya ini bersama .

2 ) Sebarang peniruan atau kes mencuri karya kami amatlah dilarang !

3 ) Dipersilakan , dialu-alukan serta dijemput anda semua untuk membaca , melemparkan komen dalam fanfiction .

4 ) Last but not least , kami berharap anda semua dapat menikmati fanfiction yang kami hasilkan ehe ♡

Start : 3 December 2019
End :

Special Tag :
qnynaa

Tag :
nananureena shaakook Paricaaaaa missjeon_23 imunicorncake kinderbueno- keikimon Chellyria _minjun ktxxi____ jkbae- KIWIHYO akuhawa _bloombloom_ biskutRetak chaelyxia- cadburyna -therealsica rinjin_ kimtaetarik wonwooglasses_ umtaetae abangsejat

Call Of Death [ PJM ]Where stories live. Discover now