04

199 56 43
                                    

J-ae menghela nafas berat setelah bagasinya diletakkan di atas katil . Walaupun penat tetapi dia tetap bersyukur sebab bermula harini , dia dapat tidur di bilik sendiri dan tak perlu lagi tidur sebilik dengan Jimin .

Jika sewaktu mereka di rumah agam Tuan Park , sememangnya mereka tidur sebilik . Tapi disebabkan Jimin pernah mengungkap bahawa dia jijik untuk sekatil dengan si isteri , maka J-ae pun mengambil keputusan untuk tidur di lantai .

Depan keluarga , mereka berlakon seperti pengantin baru yang bahagia . Namun di belakang ? Tiada siapa yang mengetahui kebenarannya bahawa J-ae dilayan seperti hamba oleh suaminya sendiri .

Jam dinding sudah berganjak ke jam 7 malam . Tiba masanya untuk J-ae menyiapkan makan malam buat Jimin . Pantas J-ae keluar dari biliknya lalu bergegas menuju ke dapur .

Langkah kaki dipercepatkan . Dia tidak boleh lambat untuk menyiapkan makanan . Kalau tak , herdikan Jimin la yang bakal diterima . Dah la Jimin tu panas baran orangnya .

Ring ! Ring !

Deringan phone mematikan langkah J-ae untuk ke dapur . Dia memalingkan wajahnya ke arah meja ruang tamu di mana deringan itu kedengaran .

" Tu mesti phone Jimin " ujar J-ae . Kepalanya ditoleh kiri kanan , mencari kelibat Jimin namun tidak kelihatan .

J-ae kemudian merapati meja tersebut . Nama si pemanggil yang terpapar pada skrin ditilik .

Seokjin Hyung is calling ...

Deringan phone Jimin masih lagi tidak berhenti . Skrin phone itu dipandang lama . Kalau tak angkat , kesian pula kredit orang yang call tu habis sebab lama sangat nak tunggu Jimin jawab .

Lalu phone tersebut dicapai oleh J-ae . Butang accept ditekan dan kemudian skrin ditekap di telinga .

" H - Hello .. ? "

" Akhirnya kau angkat juga call aku ni , Jimin ! Tapi kejap -- Apesal suara kau lunak semacam ? "

" Eh , saya bukan Jimin ! Saya is -- "

Phone di tangan J-ae tiba-tiba sahaja dirampas membuatkan dia tersentak . Susuk tubuh Jimin yang kini sedang berdiri disebelahnya dipandang sebelum wajah ditundukkan .

" Sorry , hyung . Tu orang gaji aku yang angkat tadi . Nanti kita jumpa tempat biasa . Bye " Jimin pantas menamatkan panggilannya dengan Seokjin .

J-ae yang sedang menggigil itu direnung Jimin tajam . Kerana geram yang amat terhadap wanita itu , dengan kasarnya dia menolak J-ae sehingga J-ae terduduk di atas sofa .

" Aku dah cakap dah kan yang aku jijik dengan kau ! Yang kau berani sangat pergi sentuh phone aku dah kenapa ?! "

Tangan kanan Jimin sudah pun berada di udara , tinggal menunggu masa sahaja lagi untuk sampai ke pipi J-ae . Melihat wajah si isteri yang sembab dengan air mata , Jimin lantas membatalkan niatnya . Senyuman sinis terukir di bibir lelaki itu .

" Takut ? Haha . Baguslah kalau kau takut . Macamni baru namanya hamba kesayangan aku "

Jimin membelai lembut rambut yang terjuntai di dahi J-ae . J-ae sekadar memeluk tubuh dan membisu . Tidak langsung dia berani untuk menatap wajah Jimin .

Pak !

Sebuah tamparan hinggap di pipi J-ae menyebabkan warna pipinya bertukar kemerahan . Ingin sahaja dia menjerit kesakitan tetapi keberaniannya tidak mencukupi untuk berbuat sedemikian .

" Tu makannya sebab suka hati tinggalkan cap jari pada phone aku ! Dah , kau tak payah nak masak malam ni . Aku makan kat luar . Aku dah takde selera nak makan kat sini ! "

Jimin lantas melangkah keluar dari rumah , meninggalkan J-ae yang masih mengalirkan air matanya .

' Sakit . Sampai hati awak tampar saya , Jimin . Saya isteri awak . '

[ BERSAMBUNG ]

Call Of Death [ PJM ]Where stories live. Discover now