06

187 50 43
                                    

Jimin menyandarkan dirinya di sofa . Skrin phone masih setia ditekap di telinga . " Macamlah Jimin taktau ayah yang bagitau semua staff termasuk Seokjin hyung sekali pasal Jimin dah kahwin . Dah lah , Jimin nak tido "

Talian dimatikan . Phone di tangan kemudian diletakkan di atas meja . Perut yang sedang berkonsert diusap .

' Aish mana pulak si J-ae ni ? Aku tengah lapar ni ! ' Desis Jimin . Untuk beberapa minit dia sekadar membatu di sofa .

Klak !

Jimin lantas memalingkan wajahnya ke arah pintu utama rumah yang dikuak seseorang . Kelihatan J-ae sedang menjinjing dua buah plastik yang berisi barangan dapur masuk ke dalam rumah .

" Asal kau tak inform dekat aku yang kau pergi beli barang dapur ? Aku ingat kau pergi kelab tadi -- "

" Mulut tolong jangan celupar sangat , Jimin . Buat apa saya nak pergi kelab waktu pagi macamni ? "

" Kau melawan cakap aku , Park J-ae ? Berani sungguh " Jimin tersenyum manis . Walau manis dipandang mata tapi J-ae dapat rasakan aura yang tak baik sedang mengelilinginya kini .

Jimin melompat dari sofa lalu melangkah merapati isterinya . J-ae kaku . Aura gelap itu seakan menyekat dirinya untuk mengelak daripada bertemu pandang dengan Jimin .

" Kau pergi dan balik tadi naik apa ? " soal Jimin dingin . J-ae mengetap bibir , cuba mencari kudrat untuk menjawab soalan itu .

" Naik kuda -- eh maksud saya , naik Grab " Tak jadi J-ae nak kenakan Jimin dengan lawak hambarnya bila nampak raut wajah lelaki itu masih kekal serius .

" Driver lelaki ke perempuan ? " soal Jimin lagi . J-ae jadi hairan . Dah kenapa lelaki ni banyak soal ?

" L - Lelaki .. Kenapa ? Cemburu ? "

" Aku ? Cemburu ? HAHAHAHA ! Lawak dari mana kau rembat ni ? Dari google ? "

Nada suara Jimin yang semakin mengeras itu meremangkan seluruh bulu roma J-ae . Dan secara tiba-tiba kolar blouse yang dipakainya dicengkam kuat oleh lelaki serupa syaitan bertopengkan manusia itu .

Genggaman J-ae pada plastik akhirnya terlepas . Kini jarak wajah kedua suami isteri itu begitu dekat . Lama mereka berdua merenung anak mata masing-masing .

Menikmati akan kecantikan warna anak mata Jimin dengan jarak yang dekat membuatkan J-ae terkelu . Terasa seakan hatinya terdetik sebuah perasaan . Tapi sayang , Jimin itu kejam . Kejam terhadap dirinya .

" Kalau kau naik Grab , kau patutnya ajak driver tu selfie sambil berpeluk ke , kiss ke apa ke . Pastu kau send gambar tu kat aku then aku boleh forward kat mak bapak aku . Biar dorang nampak yang menantu emas dorang ni curang "

" Tapi aku tak fahamlah asal kau nak sangat setia ni . Apa yang hebat sangat pada aku sampai kau taknak lepaskan ? Oh , aku tau . Mesti kau nak tumpang harta aku juga kan ? Sorry not sorry , aku tak suka sebenarnya nak share harta ngan strangers ni -- "

Pak !

Sebaik sahaja pelempang hinggap di pipi Jimin , cengkamannya pada kolar J-ae akhirnya terlepas .

" Awak tengok muka saya ni macam muka perempuan pisau cukur ke ? Kalau saya tak kahwin dengan awak sekalipun ,  saya tetap akan dapat harta ayah saya . Saya tak miskin harta dan saya tak miskin jiwa macam awak ni ! "

Tanpa sedar , air mata J-ae mengalir sekali lagi . Terlepas jua apa yang dibukukan dalam hatinya selama seminggu dia berkahwin dengan Jimin .

Pipi yang ditampar J-ae diusap kasar . Dada kian berombak turun naik . Jimin sudah tidak dapat menahan amarahnya lagi . " Kau ingat kau je boleh tampar aku ? Aku boleh bagi yang lebih teruk dari tu , kau tau ? "

Kedua pergelangan J-ae dicengkam kuat . J-ae merintih kesakitan . Dirinya diheret oleh Jimin entah ke mana . Jeritan keperitan J-ae jelas bergema di rumah agam itu .

' Ibu , tolong J-ae . Jimin pukul J-ae . Jimin seksa J-ae . '

Call Of Death [ PJM ]Where stories live. Discover now