02

225 63 60
                                    

Suasana ruang tamu di rumah agam keluarga Song begitu ceria dengan gelak tawa dan gurauan senda dua buah keluarga yang bakal menjadi besan tidak lama lagi .

" Saya cadang nak buat majlis besar-besaran ! Kalau boleh , biar satu negara ni saya jemput ha ! "

" Why not ? We can also invite all people from all over the world , right ?!

J-ae yang sedang duduk santai di tangga rumah hanya menjadi pendengar setia bagi perbualan ibu serta bakal ibu mertuanya .

Namun anak matanya tidak lekang dari merenung tajam ke arah Jimin yang duduk bersebelahan Puan Park .

' So itulah bakal laki aku ? Dah la pendek . Muka hensem tapi creepy . Sombong pula tu . Puih la aku nak kahwin dengan dia '
desis hati J-ae .

" Eh J-ae , kenapa duduk je kat situ ? Tak nak pergi butik dengan Jimin ? "

Soalan Puan Song mendapat perhatian daripada J-ae dan Jimin . Puan Park pula tersenyum melihat kemanisan kedua bakal pengantin itu yang serentak mengangkat kepala .

" S - Sekarang ke ? " J-ae menyoal gagap walaupun dia tahu jawapan bagi soalan itu adalah ' ya ' .

Puan Song seraya mengangguk membuatkan J-ae tersedak air liur manakala Jimin pula menghela nafas berat .

Aduhai .

•••


Jimin melangkah keluar dari fitting room dengan mengenakan tuxedo . Senyumannya melebar melihat pantulannya di cermin yang kelihatan begitu segak dan tampan .

Namun apabila dia teringat siapa bakal isterinya , serta-merta senyuman itu pun pudar .

" Encik Park "

Jimin lantas menoleh ke arah si empunya suara yang memanggil namanya . Suara itu adalah milik seorang staff wanita yang sedang memimpin J-ae untuk keluar dari fitting room .

Pandangan si jejaka terarah kepada gaun pengantin yang tersarung di tubuh ramping J-ae .' Nothing interesting . Dia tetap buruk even pakai gaun ' Jimin bermonolog sendirian .

Secara tiba-tiba , munculnya sebuah idea jahat dalam kotak fikiran Jimin . Dia lantas melangkah merapati bakal isterinya .

" Not bad . Kalau takde apa-apa lagi , kau boleh pergi tukar "

J-ae hanya tersenyum kecil mendengar ujaran Jimin . Gadis itu sebenarnya mengharapkan pujian daripada lelaki di hadapannya ini . Tapi tak mengapa . Asalkan Jimin tidak mengatakan yang dia buruk , dia cukup senang hati .

Ya . Memang Jimin tak cakap kau buruk guna mulut , J-ae . Tapi dia cakap dalam hati .

Sedang J-ae ingin mengorak langkah untuk kembali ke fitting room , tanpa dipinta tubuh gadis itu tiba-tiba menyembah lantai sehingga dagunya luka kerana bergeser dengan carpet .

Itulah idea syaitan Jimin . Memijak bahagian skirt gaun J-ae agar si gadis terjatuh . Oh sadis sungguh .

" Cik Song ! "

Berjemaah para staff meluru ke arah J-ae . Sedar akan itu , pantas Jimin menarik kakinya dari terus memijak gaun tersebut lalu merubah riak wajahnya seolah-olah dia benar-benar terkejut .

" Yah J-ae ! Okay tak ni ?! "

Jimin berpura-pura menjadi malaikat , berlari ke arah J-ae lalu memimpin gadis itu untuk bangun . Siapa sangka di sebalik raut kerisauan lelaki itu , dia sebenarnya sedang mengukirkan senyuman sinis ?

' ini baru permulaan Song J - ae . Selepas kau sah bergelar isteri aku , pelbagai kejutan akan aku bagi '

[ BERSAMBUNG ]

Call Of Death [ PJM ]Where stories live. Discover now