03

211 53 33
                                    

Kini sudah genap seminggu Song J-ae menjadi isteri yang sah kepada Park Jimin . Hari ini pasangan pengantin baharu itu bersedia untuk meninggalkan rumah agam keluarga Tuan Park .

" Jimin , nanti dah sampai rumah tolong J-ae kemas barang ye . Dia tu perempuan " Puan Park sempat menasihati Jimin selepas semua barang peribadi dan keperluan mereka sudah diletakkan di dalam kereta .

" Ye , bu . Nanti Jimin tahu la apa yang patut Jimin buat nanti . Jimin kan dah jadi suami orang " balasan Jimin membuatkan Tuan Park dan Puan Park tersenyum . Mereka bangga akan perubahan anaknya itu .

Tipu . Segala tutur kata Jimin hanyalah suatu penipuan . Semuanya dusta belaka.

Seusai kereta Jimin meninggalkan perkarangan rumah agam Tuan Park , Jimin mula tersenyum sinis . J-ae disebelahnya dipandang sekilas .

" Perempuan , dengar sini ! Kau sedar sikit kau hanya isteri atas kertas je . Lepas kau jejakkan kaki kau dalam rumah baru aku tu , kau adalah kuli aku , faham ! "

Bahu J-ae terhinjut sedikit mendengar tengkingan daripada Jimin . J-ae membuang pandangannya ke luar tingkap . Air matanya setitis demi setitis jatuh ke pipinya . Dia tidak menyangka bahawa kehidupannya selepas berkahwin dengan Park Jimin akan menjadi begini .

' Bu , J-ae nak ibu . Jimin jahat , bu . Dia bukan macam apa yang kita sangka , ibu '

Perjalanan mereka memakan masa selama setengah jam untuk sampai ke rumah baru mereka . Setelah sampai , semua barang diletakkan di hadapan rumah itu .

" Eh kuli , kau angkat semua barang ni naik atas . Aku nak keluar kejap . Kalau semua barang ini tak tersusun , kenalah kau dengan aku , faham ! "

J-ae menganggukkan kepalanya . Kelapa ditundukkan kerana tidak sanggup bertentangan mata dengan Jimin . Jimin memandang tajam segenap tubuh badan J-ae .

' Not interesting . Tch ! Perempuan tak guna tunggu kau aku balik nanti '

" Kau tunggu apa lagi ?! Pergi berambus dan angkat semua barang ni ! " beg bagasi bersaiz besar ditolak kuat ke kaki J-ae sebelum Jimin memasuki kereta . Puas hatinya melihat J-ae merana . Itu baru permulaan , seterusnya mungkin bakal lebih teruk dari itu .

"Sakit , hiks - " J-ae memegang kakinya . Beg bagasi yang menghempap kakinya diangkat . Dia sempat memerhati Jimin sehingga bayangan kereta yang dinaiki oleh Jimin hilang daripada pandangannya .

" Ya Tuhan , kuatkan diri aku secara fizikal dan mental . Tabahkan aku dengan segala ujian yang mendatang . Lembutkan hati suamiku , Park Jimin . "

J-ae sempat berdoa sebelum membawa sedikit demi sedikit barang mereka ke dalam rumah dalam keadaan kakinya terhinjut - hinjut .

' J-ae kau kena kuat . Ini ujian dari Tuhan . Kau kena kuat , J-ae '

[BERSAMBUNG]

Call Of Death [ PJM ]Where stories live. Discover now