01

302 68 41
                                    

" PARK JIMIN ! "

Jelas kedengaran suara Tuan Park bergema di ruang tamu rumah agam miliknya . Tuan Park memandang sekilas anak lelakinya , Park Jimin lalu mengeluh perlahan .

" Jimin , ayah nak kamu rasa memikul tanggungjawab . Ayah tak mahu kamu sentiasa menjalani kehidupan dengan tidak berfaedah . Sampai bila kamu mahu bergerak solo ? "

Persoalan Tuan Park dibiarkan sepi . Jimin tidak langsung memandang ayahnya ataupun memberikan sebarang tindak balas . Kemudian , Jimin bingkas bangun dari sofa empuk tersebut .

" Tapi ayah bukan dengan cara mengahwinkan Jimin dengan orang yang Jimin tak suka " Jimin merendahkan suaranya . Dia masih mempunyai adab terhadap ayahnya walaupun kemarahannya sedang memuncak sekarang ini .

" Hanya cara ini sahaja Jimin . Atau Jimin mahu ayah tarik segala kemewahan kamu sekarang ? " nada Tuan Park kedengaran seakan mengugut .

" Ayah ! " Jimin benar - benar buntu . Jika dia tidak bersetuju akan perkahwinan tersebut , segala kad debit , kereta , segala kemewahannya kini akan ditarik . Bagaimana dia hendak bergerak solo dengan selesa ?

" Ayah beri kamu masa sehingga esok pagi Park Jimin . Jika tiada jawapan muktamad , ayah sendiri akan tarik segala kemewahan kamu " Tuan Park sempat menilik keadaan Jimin sebelum menuju ke biliknya .

' Argh ! Perempuan tak guna . Tunggu kau lepas kau sah jadi isteri atas kertas aku '

Jimin memasuki biliknya dan menghempaskan badannya di katil bersaiz king  miliknya . Fikirannya yang serabut menjadikan dia susah untuk melelapkan matanya .

' Song J-ae ? Just wait and see my future wife . I will make you regret for marrying me'

Jimin mencarik - carik foto tersebut sebelum dimasukkan ke dalam tong sampah . Kini dia tekad untuk membuat sesuatu yang akan menjadikan Song J-ae , bakal isterinya menyesal .

■  ■  ■  ■  ■


" Ibu , J-ae takut bu . J-ae tak kenal pun siapa Jimin tu . Macam mana kalau dia tak suka J-ae ? Yela kami dipaksa untuk berkahwin "


Song J-ae memandang ibunya . Hatinya sedikit gusar apabila memikirkan tentang bakal suaminya . Dia hanyalah dari golongan biasa manakala bakal suaminya itu dari golongan berada .


" Sayang , Puan Park itu kawan ibu . Ibu yakin pilihan dia menjodohkan kamu dengan anaknya , Jimin akan memberi kamu kebahagiaan . " Puan Song mengusap rambut anaknya yang berada di atas ribanya .


J-ae melemparkan senyuman kepada ibunya . Dia masih bersyukur kerana dia masih mempunyai ibunya setelah ayahnya pergi meninggalkan mereka berdua .


" Kalau pilihan dan itu keputusan ibu , J-ae ikutkan sahaja " Puan Song memandang wajah anaknya itu . Dia sangat bersyukur dikurniakan anak perempuan yang begitu baik dan mengikut perintah ibu bapanya .


" Baguslah begitu . Ibu tumpang bahagia sayang . "

[ BERSAMBUNG ]

Call Of Death [ PJM ]Where stories live. Discover now