07

199 48 37
                                    

Tch ! baru kena pukul sikit dah nak menangis bagaikan hilang anak . Kesian sayang saya ni ye " J-ae yang masih setia terbaring di atas lantai terus terduduk akibat rambutnya dicengkam kuat oleh Jimin .

" Bukan setakat ni je aku boleh buat J-ae . Jangan sesekali cabar aku . Setakat lebam berdarah kau ni apalah sangat kan ? " Jimin tersenyum sinis melihat wajah J-ae yang tidak berdaya itu . Jimin melepaskan cengkamannya dan mula meluru keluar dari bilik J-ae .

" Ibu , sa - sakit . Ibu " J-ae hanya mampu mengadu kesakitan pada dirinya sendiri . Tiada seorang pun mampu mendengarnya . Dengan segala kudrat yang dia punya , J-ae mengorak langkah ke hadapan cermin .

Dia membuka laci dan mengambil ubat luka yang tersedia ada di situ . Air matanya tidak habis - habis turun dengan lebat tatkala melihat keadaan dirinya . Rambut yang kusut , pipi lembam , bibir berdarah dan juga anggota badannya lebam berdarah .

Penangan kaki , tangan dan tali pinggang Jimin benar - benar membuatkan J-ae tekad untuk melarikan diri dari lelaki itu .

Jimin's

Aku memasuki bilik aku lalu menghempaskan badan ke atas katil . Segala tubuh badan aku terasa penat . Penat memukul perempuan yang masih bergelar isteri aku yang sah . Memori dimana dia menjerit nama ibunya masih lagi aku ingat .

' Apa aku dah buat ni ? '

Sikit demi sedikit hati aku menjadi tidak keruan apabila mengulang kembali detik dimana aku memukulnya dan memakinya . Tapi kenapa aku perlu ambil kesah tentang itu ? Aku memegang dada .

Kenapa terasa sakit ?

takkan la aku dah tersuka perempuan tak guna tu ? Aku suka dia ? Tch dalam mimpi jela . Tak mungkin perempuan tu yang aku minat . Banyak lagi wanita yang lagi cantik daripada dia .

Ting !

Kedengaran bunyi notification masuk dalam telefon aku . Lantas aku gapai dan memeriksa gerangan siapakah yang mesej aku pada malam hari begini .

three messages from Jin hyung
reply | mark as read


Jin hyung
Jimin aku ada benda ni nak bagitahu

11:30 PM


Jin hyung
Chim reply la mesej aku ni . Urgent tau !

12:02 AM


Jin hyung
Fine kau tak nak reply . Kejap lagi aku datang rumah kau settle . Bye .

12:10 AM


Aku meneliti setiap mesej yang diberikan . Oh dia nak datang rumah aku . Apa ? Datang rumah ? Aku dengan segera bingkas bangun dan terus menuju ke bilik J-ae .

Perempuan ni kena sorok . Tak silap Jin hyung mengadu kat ayah aku . Mati aku .

• • • • •

" Hyung baru sampai ke ? " pintu rumah yang baru sahaja dibuka membuatkan Jin mengeluh perlahan . Bukan setakat baru sampai , malah boleh buat kilang peluh di luar rumah .

" Aku dengar kau menjerit tadi . Ada apa ? " Jin dengan selamba memasuki rumah Jimin tanpa dipelawa dahulu . Matanya liar memandang segenap isi rumah Jimin .

" Jimin aku nak tanya kau ni "

" Apa dia hyung ? "

" Mana isteri kau ? "

Ha sudah .

Call Of Death [ PJM ]Where stories live. Discover now