16

194 34 4
                                    

" Harini aku nak kau tolong kemaskan bilik aku . Boleh ? " Tenang sahaja Jimin berbicara . Tidak seperti selalu , suara tinggi mengalahkan speaker .

J-ae mengangguk laju . Walaupun Jimin tampak terlalu pelik hari ini , tapi hatinya sejak pagi tadi mengucapkan kata - kata syukur .

Dia , suka Park Jimin versi lemah - lembut ini .

" Oh lagi satu , jangan lupa pakai mask . Bilik tu banyak habuk . Nanti kau selsema , terjangkit kat aku pulak " ujar Jimin yang masih berwajah tenang dengan pandangannya melekat pada skrin TV .

" Baiklah " ujar si gadis . Senyuman tipis terbit di sudut bibirnya .

Tanpa berlengahkan masa , wanita itu pun bergegas menuju ke dapur untuk mendapatkan mask dan juga penyapu serta penyodok lalu dibawa ke tingkat atas yakni bilik Jimin .

Klerk !

Pintu dibuka . Alangkah terkejutnya gadis itu apabila retina matanya disapa dengan sebuah pemandangan landskap yang begitu cantik .

J-ae menaikkan mask untuk menutupi mulut serta hidungnya lalu pandangannya meliar ke setiap sudut bilik yang didiami Jimin itu .

Walaupun bilik tersebut terdapat sebuah katil mewah bersaiz Queen , almari mewah dan bermacam - macam lagi perabot yang mewah , keadaan bilik itu tampak suram di mata J-ae .

Mana tak suramnya , langsung tiada satu pun aksesori yang tergantung di dinding yang dilapik dengan wallpaper berwarna biru langit itu . Hanya ada jam dinding sahaja .

Belum puas J-ae meneroka setiap khazanah yang ada di ruangan kamar Jimin , tiba - tiba matanya tertancap pada sesuatu objek yang terletak di atas rak bersebelahan katil .

Penyapu dan penyodok disandarkan pada dinding . J-ae lantas berlari anak menuju ke arah objek yang dilihatnya sebentar tadi .

" Ya Tuhan ! Rindunya aku dekat phone ni ! "

J-ae menggapai phone miliknya yang berada di sebelah phone kepunyaan Jimin . Sudah beberapa hari dia tidak bersua muka dengan phone itu angkara Jimin yang merampasnya tempoh hari kerana tidak mahu J-ae berhubung dengan sesiapa .

Butang on ditekan . Usai terpaparnya lockscreen , gadis itu lantas memasukkan password .

Banyak betul notification yang pop up pada skrin . Kebanyakkannya adalah dari chat rakan - rakan serta keluarga yang bertanyakan khabar dan juga notification daripada app Viu .

Maklumlah J-ae ini seorang peminat tegar K-drama . Zaman bujangnya dihabiskan dengan hanya berfangirling pada hero K-drama yang hensem-hensem belaka .

Tak sempat J-ae habis membaca messages yang terpapar pada panel notification , tiba - tiba sahaja ada panggilan masuk .

Nama si pemanggil ditilik . Ibu Park ?

Segera gadis itu menekan butang accept lalu menekapkan skrin pada telinga .

" Hai , J-ae ? Apa khabar menantu ibu ? Sihat ? "

" J-ae .... Sihat sahaja , ibu ... Ibu dengan ayah pula macamana ? "

" Kami sihat . Jimin ? Dia okay tak dengan J-ae ? "

" J-Jimin -- "

Prak !

J-ae tercengang melihat phone kepunyaannya kini sudah berada di atas lantai dengan skrin yang gelap dan retak .

" Kau -- call ibu ? "

Saliva ditelan kelat . Seluruh tubuh wanita itu menggigil hebat tatkala suara garau lagikan dingin itu menyapa telinga .

Sejak bila Jimin ada di dalam bilik ni ?

" Kau memang tak reti nak bersyukur kan ?! Aku dah buat baik dengan kau , end up kau buat apa ? Kau report kat ibu aku kan ? Eh pi mampos la kau perempuan ! "

Rambut J-ae dicengkam kasar lalu tubuh gadis itu ditolak jatuh ke atas lantai .

" Tak , Jimin . Tak ! Saya tak report apa pun kat ibu ! Sumpah demi Tuhan ! "

" Even kau tak report , kau tetap perlu diajar . Aku taknak kau ambil kesempatan di lain hari . This is my last warning "

Kini , lengan J-ae pula yang ditarik . Puas dia meronta minta dilepaskan tapi Jimin tidak langsung peduli dengan tangisan itu .

' Kenapa kegembiraan ini cuma seketika ? '







Special tag :
qnynaa

Call Of Death [ PJM ]Where stories live. Discover now