15

190 36 3
                                    

Setelah puas menilik wajah isterinya , Jimin mula bangun dan keluar dari bilik J-ae . Sempat ditatap olehnya tubuh badan J-ae sebelum dia menutup pintu bilik isterinya .

Jimin melabuhkan punggungnya di sofa empuk miliknya. Remote televisyen diambil dan ditekan . Siaran demi siaran menerpa anak mata lelaki itu . Tiada satu pun siaran yang menarik matanya untuk menonton . Akhirnya Jimin membuat keputusan untuk mendengar lagu sahaja .

Kepala didongakkan memandang kipas yang setia berputar . Matanya redup memandang kipas mewah itu . Fikirannya melayang kepada ibu isterinya atau lebih tepatnya lagi ibu mertuanya .

' Bagaimana jika ibu tahu aku memukuli J-ae seteruk - teruknya ? '

Dalam diam hati Jimin terjentik dengan perasaan serba salah kerana menjadi seorang lelaki dayus . Memukuli isteri tanpa belas kasihan . Jika diikutkan kehendak mahu sahaja dia memberitahu Jae bahawa dia sendiri tidak mahu memukuli isterinya itu .

Tapi perasaan ego yang tinggi sudah menjadi raja di dalam diri Jimin . Perasaan ego itulah yang sentiasa mendorong dirinya untuk melakukan pekara yang jahat kepada isterinya .

Jimin meraup wajahnya dengan lembut . Satu persatu memori tingkah laku J-ae terhadapnya bermain di dalam fikirannya . J-ae tidak sedikit pun meninggikan suara atau melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh Jimin . Malah gadis itu tetap sahaja berterusan cuba menarik perhatian dan mencuri hati batu yang bertakhta dalam dirinya .

Jimin kini membetulkan posisi kepalanya . Tangan kanannya yang memegang telefon dipandang lama . Dia begitu risau jika J-ae memegang atau menggunakan telefon itu . Boleh sahaja J-ae bertindak menelefon ayahnya dan mengungkapkan segala tingkah lakunya terhadap J-ae .

Jimin yang mulai runsing membaringkan diri di sofa itu . Lengan kanannya diletakkan di matanya bagi menutupi cahaya lampu yang terpancar dengan terangnya . Akibat penat , runsing dan takut akhirnya Jimin tertidur .

•  •  •  •  •

J-ae mula tersedar dari lenanya kerana matanya sakit diterangi cahaya yang sangat terang . Terpisat - pisat J-ae membuka kelopak matanya . J-ae menjadi bingung dan terdiam setelah melihat suaminya di hadapan langsir biliknya .

Rupanya Jimin yang membuka langsir biliknya . Jimin memalingkan tubuh badannya dan tersenyum ke arah J-ae . J-ae hanya duduk diam tidak berkutik di atas tilam miliknya . Pertama kali baginya melihat suaminya bertingkah laku baik dan senyum begitu kepadanya .

J-ae terus berganjak sedikit apabila Jimin melabuhkan punggunya di sebelahnya . Tangan Jimin menyentuh kepala J-ae dengan lembut . Terhinjut seketika bahu J-ae apabila Jimin bertingkah laku sedemikian . Sungguh pelik J-ae apabila Jimin bertindak seperti itu secara tiba - tiba .

" J-ae , aku ada buat sarapan . Hari ini mood aku baik . Jadi , pergi mandi dan turun makan . Cepat aku tunggu tau " pesan Jimin sebelum suaminya itu meloloskan diri di balik pintu biliknya .

Dengan segala kudrat yang J-ae punya , gadis itu secara perlahan menggapai tuala mandi miliknya dan bergegas ke bilik air . Takut juga jika Jimin akan memarahninya jika dia lambat turun ke bawah .

' Dia demam ke ? Semalam elok pukul aku hari ini sibuk manja pula ? '

Setelah beberapa minit , J-ae berdiri di meja makan . Jimin yang melihat isterinya setia berdiri hanya tersenyum . Geli hatinya apabila melihat J-ae sentiasa mengikuti arahannya .

" Duduk J-ae . Ke kau nak aku cium kau baru kau nak duduk ? " mendengar sahaja kata - kata Jimin , J-ae dengan pantas melabuhkan punggungnya di hadapan Jimin . Pinggan yang berisi makanan ditolak perlahan ke J-ae .

" Makan sampai habis . Penat aku masak untuk kau . " J-ae terus menjamu selera setelah disuruh oleh Jimin . Bimbang juga dirinya jika Jimin tiba - tiba sahaja naik angin . Dalam diam , J-ae menyembunyikan senyumannya .

' Ya Tuhan , kau kekalkan lah keadaan Jimin seperti ini agar hatinya terbuka untukku . Sesungguhnya hari ini adalah hari terbahagia buatku '


Special Tag
qnynaa

Call Of Death [ PJM ]Where stories live. Discover now