part18

2.9K 234 6
                                    

" jaera!!! Jaera!!! " chanyeol mencari jaera di dalam 7E macam orang hilang anak. Setiap pelusuk 7E itu di terokainya namun kelibat jaera masih tidak ditemui..

" chanyeol jaera takde lah!!!! " kata haejin yang dari tadi mengikut chanyeol. Dah berulang kali haejin berkata bahawa jaera tiada di situ namun chanyeol tetap degil..

" aku tahu kau tipu!! Mana kau sorok dia aah!! Baik kau bagi tahu aku sekarang!!! " tengking chanyeol.. Dadanya naik turun akibat marah..

" berapa banyak kali aku nak cakap jaera takde kat sini takde lah susah sangat ke kau nak faham!!!!!! " kali ni haejin pula yang menengking chanyeol.. Marah akan lelaki itu yang tak faham bahasa..

" tak!! Kau tipu!! Kau kawan baik dia mesti dia cari kau dulu!!! Kau tak boleh tipu aku!! Bagi tahu aku sekarang jaera kat mana? Tolong lah " kata chanyeol dengan esakan. Haejin melepaskan nafas kecil.. Dia tetap tidak akan memberi tahu di mana jaera berada kerana itu pemintaan jaera..

" aku minta maaf chanyeol aku memang tak tahu dia kat mana.. Memang dia kawan baik aku.. Tapi tak semua masalah kita kena kongsi dengan orang even orang tu kawan baik kita sendiri right? " kata haejin lembut.. Chanyeol terdiam seketika. Air mata lelaki itu masih megalir..

Haejin hanya memerhati. Jujur haejin masih marah dengan chanyeol atas perbuatannya terhadap jaera tapi bila dia melihat chanyeol dalam keadaan sebegini dia keliru kenapa chanyeol takut kehilangan jaera sedangkan lelaki itu sudah memaki hamun kawan baiknya..

" aku tak tahu apa yang dah jadi antara korang berdua but aku pasti ni berpunca dari kau!! Kau kata kau sayangkan dia tapi kau sakitkan dia.. Ingat chanyeol jangan pernah siakan orang yang ikhlas dengan kita dan akhirnya orang tu sudah pergi baru kau nak menyesal.. " kata haejin.. Chanyeol hanya terdiam dan menghadam kata kata haejin..

" balik lah aku banyak lagi kerja nak buat dan cubalah lupakan jaera biar dia hidup bahagia " kata haejin dan terus pergi dari situ..

_________________________________

Tokk!!!! Tokk!!!! Tok!!!!

" jaera bukak pintu ni aku tahu kau kat dalam!!! Jaera tolong lah bukak pintu ni!!! Aku minta maaf aku tahu aku salah "

" jaera please bukak!!! Aku menyesal dengan perbuatan aku!!! Aku tahu aku ego sebab taknak dengar penjelasan kau.. Aku menyesal hina kau.. Aku menyesal sakitkan kau.. Jaera bukak lah.. Tolong lah " rayu chanyeol yang tak berhenti mengetuk pintu rumah jaera. Dia pasti wanita itu ada di dalam.. Dia terduduk. belakangnya di sandarkan ke pintu rumah itu.. Esakannya semakin kuat.. Dia tak mahu kehilangan wanita itu..

" jaera please bukak aku sayang kau.. Aku cintakan kau jung jaera bukak lah pintu ni.. Aku mohon jangan tinggalkan aku. " katanya dengan esakan...

" anak cari sapa ya?? " soal seseorang itu membuatkan chanyeol terus bangun dari duduknya. Air matanya segara di lap menggunakan belakang telapak tangan..

" makcik ni sapa? " soalnya

" ohh.. Makcik tuan rumah kat sini " kata makcik itu lebih tepatnya lagi makcik kang

" ohh makcik mesti kenal jaera kan? Dia ada dalam rumah ni kan? Tolong suruh dia keluar saya merayu sangat kat makcik " kata chanyeol dan menggenggam tangan makcik kang dengan penuh harapan supaya makcik kang dapat memujuk jaera.. Makcik kang melepaskan keluhan berat

" makcik kang minta maaf tapi rumah ni dah lama tiada penghuninya.. Jaera dah tinggalkan rumah ni sejak 3bulan yang lalu " tipu makcik kang.. Chanyeol terdiam seketika..

" ohh kalau macam tu saya balik dulu ye makcik terima kasih " kata chanyeol sopan dan menundukan badannya sedikit..

" tunggu " suara makcik kang dari belakang menghentikan langkah chanyeol. Chanyeol pusing ke arah makcik kang

" Ya? " kata chanyeol

" boleh makcik tahu anak ni siapa? " soal makcik kang sambil tersenyum

" sa..saya chanyeol.. Park Chanyeol a.k.a pakwa jaera " kata chanyeol.. Makcik kang menganggukan kepala tanda faham.. Lalu chanyeol terus pergi dari situ..

Tanpa mereka sedar ada yang sedang memerhati di sebalik dinding dengan penuh tangisan.. Ya, dia dengar semuanya. Dia dengar segala penyesalan  chanyeol sebentar tadi..

" maafkan saya chanyeol.. Ini jalan yang terbaik untuk saya dan anak yang saya kandungkan.. Jalan yang di mana saya harus lupakan awak. Hati saya terlampau sakit atas perbuatan keras awak terhadap saya  " kata orang itu dengan esakan..

________________________________

[Chanyeol pov]

Aku memasuki kereta setelah pergi ke rumah jaera.. Harapan aku musnah bila dia takde di sana.. Mana lagi aku nak cari dia?!

" kau kat mana jaera? Baru sehari kau takde kat depan mata aku.. Aku dah gila.. Macam mana hari seterusnya?? Aku perlukan kau sayang " katanya sorang diri dengan tangisan..

[Jaera pov]

" eeh jaera dah balik pun kamu " kata makcik kang yang berada di depan rumah aku.. Aku hanya tersenyum pahit

" tadi ada sapa sapa datang ke makcik? " soalku pura pura tidak tahu

" ada lelaki.. Tak habis habis ketuk pintu rumah kamu macam nak pecah dah makcik tengok.. " kata makcik kang sambil tersenyum aku hanya tergelak kecil

" kamu ada masalah ke jaera? " soal makcik kang berhati hati.. Aku tersenyum dan menggelengkan kepala

" takde lah makcik saya okay je " kataku sambil tersenyum kelat.

" makcik tahu yang datang tadi ialah pakwa kamu. Makcik tak tahu apa yang jadi antara jaera dan dia cuma satu je pesan makcik cuba selesaikan masalah dengan cara baik okay " kata makcik kang sambil tersenyum. Bahu aku di tepuk beberapa kali.. Aku tersenyum dan menganggukan kepala

" baik lah makcik.. Kalau macam tu jaera masuk dulu nak rehat " kataku makcik kang hanya tersenyum dan menganggukan kepalanya...

Malam~

Aku keluar dari bilik mandi setelah selesai membersihkan badan.. Hari ni terasa penat mungkin kerana aku banyak berjalan kaki? Aku membaringkan tubuhku ke atas katil.. Perut di usap oleh aku. Sertamerta bibir aku mengukirkan senyuman

" anak mama mesti penatkan hari ni hehe.. Mama pun penat bawa kamu " kataku sambil mengusap perut aku yang masih kempes ini

" mama memang benci papa kamu tapi mama takkan pernah benci kamu sayang.. Kamu tak salah. Kamu adalah anugerah yang tuhan beri untuk menemani mama.. Kamu adalah penyemangat mama.. Kamu satu satunya darah dangin mama yang mama ada sekarang.. Kita akan tetap boleh hidup tanpa papa sayang.. Anak mama jangan degil degil dalam perut tau.. " kataku dengan esakan.. Sungguh aku kena kuat hadap semua ni... Aku kuat demi anak aku..

_______________________________

Okay i'm back!!! Sorry lah kalau korang rasa citer ni makin hambar.. Huhahuhahuha😭😭😭 btw yang baca ff ni jangan lah segan silu untuk tekan tombol bintang di bawah ya!! Tidak susah pun tinggal tekan pastu dah hahaha senang bukan?😂 tapi kalau korang taknak pun takpe sis tak pakso hoho😂😂 Papepun thanks kepada yang sudi baca dan tunggu ff ni aku terharu sangat😭😭😭 tunggu part seterusnya okay😉😉btw ada yang rindu ff ni tak? Hahaha aku tahu mesti tak aan hohoho😂😂😂

KEEP VOTE😘😘

I'M NOT YOUR MISTRESS || Park Chanyeol√Where stories live. Discover now