part22

2.6K 215 4
                                    

" hrmm.. Haejin kalau aku nak tanya something boleh tak? " soal kai. Mereka sekarang berada di cafe kerana kai ingin berjumpa dengan haejin.

" tanya apa? " soal haejin pula yang sedang meneguk air capochino di depannya..

" kau hrmm.. Kau kenal jaera? " soal kai. Sebenarnya dia takut nak tanya soalan ini kepada haejin kerana kai rasa terlalu awal untuk dia bertanya soal jaera dan takut haejin mengsyak sasuatu yang dia ingin sorokkan iaitu kawan kepada chanyeol. Kai juga tahu mesti jaera ada cerita tentang chanyeol kepada haejin.

" kenal dia kawan baik aku " kata haejin lalu bersandar di penyandar kerusi tangannya di silangkan ke dada. Dia membuat muka terkejut apabila dia sedar sesuatu. Haejin terus menghentak meja dan pandang tajam ke arah kai.

" macam mana kau kenal jaera? Jangan cakap kau ni kawan si chanyeol laki tak guna tu!! Kalau kau kawan dia jangan harap kau dapat jumpa aku lagi!! " kata haejin dengan amarahnya. Kai pula sudah meneguk air liur pahit takut akan amarah haejin. Mati lah aku!!!

" ehh tak sapa chanyeol tu aku tak kenal pun dia " tipu kai terkebil kebil.. Haejin tenung mata kai dalam dalam nak pastikan lelaki ni tak tipu. Sanggup kau tak mengaku chanyeol kawan kau dasar kawan bahenol!!

" habis tu macam mana kau kenal dia? " soal haejin

" ohh.. Aku kenal dia.. Hrmm..Aaah.... Ouhh yeah kat 7E tempat kau kerja tu.. Tapi tak sangka pulak yang selama ni kau kerja kat situ. " tipu kai. Kai hanya tersenyum kekok kerana haejin masih pandang tajam ke arahnya..

" ohh.. Okay aku percayakan kau " kata haejin lalu sandar ke penyandar kerusi semula dan tangannya di silangkan ke dada. Kai melepaskan nafas lega bila haejin sudah tidak tenung muka dia

" by the way mana dia sekarang? Dah lama aku tak nampak dia kat 7E dia pindah ke? " soal kai semula. Haejin melepaskan keluhan kecil. Dia dah janji dengan jaera yang dia tak akan memeberi tahu di mana jaera berada. Dia pun dah mula shak yang kai ni ada kenemengena dengan chanyeol. Kalau tak kenapa muka kai berubah pucat bila sebut nama chanyeol.

' aku tahu kai kau ada sorokan sesuatu daripada aku. Kau tak akan boleh tipu aku sebab aku Kim Haejin ' bisik hati haejin

" ohh jaera ada je kat seoul ni tak kemana pun. Sebenarnya dia dah berhenti kerja kat 7E 3bulan yang lalu sebab ada satu mamat ni paksa dia jadi perempuan simpanan mamat tu. Lagi pun mamat tu pernah sentuh jaera. Tapi beberapa minggu yang lalu jaera lari dari dia sebab dia maki dan hina jaera. Lelaki tu memang keras kepala dan baran kalau aku jumpa dia memang aku gunting gunting telinga dia yang capang tu biar cacat sikit " kata haejin marah.. Kai pula sudah tersenyum melihat haejin yang sedang membuat muka marah. Baginya haejin kelihatan sangat comel

" relax..relax.. Tapi macam mana kau tahu telinga dia capang? " soal kai

" sebab aku pernah nampak dia time dia paksa jaera ikut dia masa kat 7E 3bulan yang lalu " kata haejin

" jaera macam mana sekarang okay tak? " soal kai.

" okay je sehat je dia sekarang lagi pun dia tengah mengan-- " haejin tiba tiba menghentikan cakapnya. No aku tak boleh bagi tahu kai!!!

" jaera tengah mengan-- apa? " soal kai sambil mengerutkan dahi. Tapi dia teringat sesuatu maknanya betul lah sangkaan dia yang haejin tipu chanyeol tentang keberadaan jaera? Maknanya haejin tahu jaera ada di mana?

" takde pape lah " kata haejin

" by the way kalau aku nak tahu jaera duduk mana eeh? " soal kai lagi

" ohh dia duduk........ Aku tak boleh bagi tahu. Rahsia sebab sekarang dia perlukan masa bersendirian " kata haejin. Kai mengangguk faham. Dia tidak mahu terlalu mendesak haejin tentang keberadaan jaera. Takut haejin pelik.

" nanti bila bila kau bawa lah aku pergi rumah dia " kata kai.. Haejin sudah mula pelik dengan perangai kai. Dari tadi asik pasal jaera sahaja yang di tanyanya.

" tengok lah macam mana nanti.. Tapi.. Jap yang kau ni dari tadi asik tanya pasal jaera ni dah kenapa kau suka dia ke? " soal haejin sambil mengangkat sebelah keningnya

" ehh.. Mana ada aku suka jaera. Aku suka kau sorang je " kata kai sambil mengenyikan mata ke arah haejin dan membuat muka miangnya.. Haejin pula sudah malu tapi cuba di kawal

" errr.. Please lah " kata haejin menyampah

" eleh menyampah konon sedangkan pipi tu dah merah. Malu lah tu " usik kai. Haejin terus menekup kedua belah pipinya yang sudah membahang panas tu menggunakan kedua telapak tangannya.

" mana ada " kata haejin marah tapi lebih kepada malu sebenarnya.

" haejin kalau aku cakap sesuatu kau marah tak? " soal kai tiba tiba. Muka yang tadi gelak berubah kepada serius

" apa dia? " soal haejin sambil memakan kek red velvet yang di pesannya sebentar tadi

" jom kita getback " kata kai. Haejin yang sedang makan kek itu tersedak..

Uhukk...hukk...

Kai menghulurkan air mineral ke haejin dan terus di teguk rakus oleh haejin.. Kai mengusap belakang haejin supaya dia merasa lega sedikit

" perlahan lahan lah makan tu kan dah tersedak " kata kai risau

" aku tersedak sebab kata kata kau yang tak masuk akal tu " kata haejin marah

" apa yang tak masuk akalnya? Aku serius nak kita getback haejin! Aku masih sayangkan kau " kata kai dengan serius. Mata mereka bertatapan

" hrmm.. Aku..aku tak tahu lagi kai.. Kau dah buat hati aku sakit and bukan senang aku nak lupakan semua tu. Bagi aku masa " kata haejin gagap

" aku akan bagi kau masa haejin.. Aku harap kau terima semula cinta aku.. Yaeh aku tahu aku playboy, Aku kaki perempuan, kaki ayat perempuan tapi takde satu pun perempuan yang boleh gantikan kau dalam hati aku Kim haejin " kata kai.. Haejin memandang dalam anak mata kai. Terserlah ketulusan dari diri kai..

" ambil lah masa banyak mana yang kau nak aku akan tunggu keputusan kau " sambung kai lalu memeluk haejin erat..

" gumawo " kata haejin dan membalas pelukan kai. Sungguh dalam hati dia mahu sahaja menerima kai semula tetapi dalam masa yang sama hati dia berkata bahawa ada sesuatu yang akan terjadi sebab tu dia minta kai masa.

___________________________________

Hello my readers ku sekalian👋😘 okay.. Meh lah ramai ramai tolong support sampai 100 vote😭😭😭 pls. Sis harap anda semua suka dengan ff ni😭😘 walaupun ayat dia tunggang terbalik macam author hahahha.. Tak tau doh nak tulis apa dah lah bye!!!😌😂 Okay jangan lupa vote tau tau hahaha!!!😂🙏
#authorgila😂

KEEP VOTE😘😘

I'M NOT YOUR MISTRESS || Park Chanyeol√Where stories live. Discover now