part21

2.8K 177 29
                                    

[Jaera pov]

Haejin datang ke rumahku dan membawa sarapan yang berakhsiat untuk aku dan baby. Terlebih excited dia bila aku kata yang aku mengandung..

" nah..ni makanan yang paling sedap dan berakhsiat daripada Kim Haejin yang cantik lagikan comel plus baik hati " katanya dengan semangat.. Aku hanya membuat muka jijik.. Err..

" Err.. anak aku dalam perut ni nak muntah dengar aunty dia ni yang perasan tahap babun.. Kan baby " kataku sambil mengusap perutku dan ketawa kecil. Haejin sudah membuat muka cukanya

" dah lah makan biar baby sehat kan baby? " kata haejin lalu mengusap perut aku. Aku hanya tersenyum dan makan makanan yang haejin bawa. Tapi aku berhenti makan apabila melihat haejin yang dari tadi termenung.

" haejin kau kenapa? Okay tak ni? " soalku prihatin. Haejin hanya tersenyum dan menggelengkan kepala

" aku okay " katanya sambil tersenyum kelat. Aku tahu dia tak okay

" aku tahu kau tak okay Kim Haejin! Kenapa ni cuba bagi tahu aku " kataku tegas. Haejin melepaskan nafas kecil

" kau ingat yang aku pernah cerita pasal lelaki yang pernah lukakan hati aku 3tahun lepas? " soalnya. Aku mengerutkan dahi

" aah kenapa dengan lelaki tu? " soalku

" dia muncul balik dalam hidup aku " katanya. Aku terkejut

" seriously?! Habistu macam mana se-- " percakapan aku terhenti apabila bunyi lonceng aku di tekan oleh seseorang banyak kali. Kami berdua pandang ke arah pintu dan pandang sesama sendiri. Sapa pulak datang pagi pagi ni?

" biar aku buka puntu " kataku dan terus bangun menuju ke pintu. Pintu rumah aku buka. Dahi aku berkerut apabila melihat 2orang lelaki dan 2orang perempuan yang lebih tua dari aku.

" Ya encik cari sapa? " soalku

" saya cari Jung Jaera adakah dia tinggal di sini? " soalnya

" saya Jung Jaera ada apa ya? " soalku masih dalam keadaan pelik. Mereka berempat terus mengukirkan senyuman

" syukur lah akhirnya kami jumpa jugak Puan muda Jung " serious aku tak faham sapa dorang ni? datang datang macam aku ni anak dorang yang hilang beribu tahun..

" jap kamu semua ni sapa? " soalku. Mereka tergelak kecil. Haah ni lagi apa benda yang lawak yall?

" maaf membuat Puan muda keliru. Perkenalkan nama saya Lee donghae , manakala yang di sebelah saya ini pula Choi siwon yang si sebelah siwon pula Kwon boa dan di sebelahnya pula Choi jiwoo " kata donghae mereka yang lain menunduk hormat kepada aku termasuk lah donghae. Aku juga menundukan badan aku sedikit setelah itu aku menyuruh mereka masuk ke dalam rumah. Yelah mana tahu ada chanyeol nanti kan?

" so sapa korang semua ni? Apa tujuan korang datang sini? " soal haejin dengan suara tegas. Hahah benda dorang nak jumpa aku bukan kau haejin oii..

" kami adalah peguam yang menguruskan wasiat Tuan dan Puan Jung. Kami datang sini kerana ingin membincangkan segalah wasiat yang di arahkan oleh Tuan dan Puan Jung kepada pemilik sebenar " kata siwon. Walaupun dorang ni dah tua tapi masih cantik dan handsome. Aku terkejut betul ke apa yang aku dengar ni?

" tapi kenapa baru sekarang korang cari saya? Kenapa tak dari dulu? " soalku agak marah. Yelah kalau mereka bertindak dengan lebih awal mesti aku tak akan jadi macam sekarang. terpaksa menjadi mistress kepada lelaki yang nak puaskan nafsu dia sahaja

" maafkan kami Puan muda. Kami ada pergi ke rumah agam milik keluarga Puan muda 3bulan yang lalu tetapi Puan Uhm Jung Hwa kata yang Puan muda dah meninggal bunuh diri sebab tak dapat terima atas pemergian Tuan dan Puan Jung " kata boa. Mata aku membulat besar. Dasar aunty tak guna! Sanggup dia kata aku dah mati!!

I'M NOT YOUR MISTRESS || Park Chanyeol√Where stories live. Discover now