part25

2.7K 173 19
                                    

[Jaera pov]

Aku melangkah keluar dari Seoul Incheon Airport. Aku berhentikan langkah aku dan melihat ke sekeliling sambil menghirup udara segar. Dah 5 tahun aku tak menjejak kaki di seoul. Tempat yang penuh duka lara bagi hidup aku. Adakah aku akan mendapatkan kebahagiaan di tempat ini? Atau tidak?

" mama..mama kenapa termenung ni? " suara jaechan yang sedang menarik hujung baju menyentak lamunan aku. Aku terus pandang ke arahnya dan tersenyum. Badannya aku dukung..

" jaechan suka tak kita duduk sini? " soalku sambil senyuman tak lengkang di bibir walaupun hati aku masih risau. Ya risau akan perkara yang aku tak mahu terulang lagi.

" suka!! Suka sangat " kata jaechan keriangan aku mencuit hidungnya. Comelnya anak mama ni.. Muka dia sama macam papa dia.. Mata, hidung, bibir cuma telinga je tak sama.

Setiap kali melihat jaechan aku jadi rindu chanyeol. No!!! Tak!! Aku tak boleh rindu dia!! Aku benci dia!! Dia lah orang yang dah hancurkan hidup aku! Aku tak perlu rindukan orang macam dia kan?

" jaera.. Jaera jom driver dah sampai ni " haejin melambai lambai tangan di depan muka aku.. Aku terus tersedar..

" Aah? Ouhh okay.. Barang semua dah masukan dalam kereta? " soalku

" dah lama masuk.. Kau ni okay tak dari tadi asik termenung je? " soal haejin sambil memandang dengan riak wajah yang risau..

" aku okay lah. Don't worry okay. Dah jom gerak " kataku sambil tersenyum dan kami masuk ke dalam kereta.

" jaera bila kau nak humban orang tua tu dalam penjara? Kita dah takde masa lagi dia dah banyak kebas duit kita " kata haejin. Manakala taeyong dan jaechan sedang bermain di seat paling belakang..

" esok aku nak kau uruskan semuanya. Laporkan semua kes jenayah orang tua tu kepada pihak polis dan minta mereka kepong di setiap sudut Jung's company aku tak nak perempuan tua tu terlepas. Aku akan datang office terlebih dahulu dan siapkan 2 pegawai polis untuk ikut masuk bersama aku dan pastikan dorang tak pakai baju polis " kataku tegas.

" okay aku akan settle kan hal tu.. Haha tak sabar aku nak tengok orang tua tu masuk penjara " kata haejin sambil tegelak.. Aku hanya tersenyum.. Tunggu hari pembalsan Uhm Jung Hwa!!

____________________________________

Jaera terus melangkah masuk ke dalam Jung's company dengan langkah yang bergaya semua staff di situ menunduk hormat ke arahnya. Ya semua staff di situ sudah di beri tahu terlebih dahulu bahawa Bos besar akan datang..

Jaera berhenti di depan pintu bilik CEO. Dia melihat di depan terpampar nama Uhm Jung Hwa sebagai CEO. Jaera tersenyum sinis. Dia pusing ke arah 2 pegawai polis yang berpakaian serba hitam sekilas dan terus menerjah masuk ke dalam bilik CEO

" hai aunty tercinta dah lama kita tak jumpa. How are you? " kata jaera sambil tersenyum sinis.. Jung Hwa agak terkejut tapi cuba di kawal. Jung Hwa tersenyum sinis.

" eeh anak buah ku. Aku ingat kau dah lama mati kebulur kat luar sana rupannya hidup lagi kau " kata Jung Hwa sinis. Jaera mengetap bibir geram..

" aku datang sini nak ambil hak aku semula " kata jaera. Nada suaranya sedikit tinggi.. Jung Hwa tergelak besar seolah tidak perasan akan ke 2 pegawai polis yang dari tadi memandangnya..

" hak kau? HAHAHAHA kau buat lawak ke? Semua harta omma dan appa kau atas nama aku.. Kau dah takde hak!! " katanya bangga. Kali ni jaera pula tertawa besar. Jung Hwa memandang pelik

" HAHAHA.. kau pasti harta tu atas nama kau.. Habis tu apa ni " jaera menunjukan sebuah surat bewarna coklat.. Jung Hwa terus merampas kertas itu dan baca. Jaera mensilangkan tangan ke dada

I'M NOT YOUR MISTRESS || Park Chanyeol√Where stories live. Discover now