𝗧𝗛𝗜𝗥𝗧𝗘𝗘𝗡.

512 75 16
                                    

" you're always be my past , my present , my future and my ending

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" you're always be my past , my present , my future and my ending. "

sweet reminder.
just want to say , starting from this chapter until the last there will be a lot of re-edit. so the storylines may have a little bit of changes but don't worry i will still keep the iconic part of this story <3 sorry if some of you guys didn't like it :)

°°°

hoodie yang terjatuh dari kepala ditarik ke atas semula. tangannya digosok supaya dapat memberi haba yang panas. dia berhenti seketika. kepalanya didongak memandang langit.

" nampaknya nak hujan. " ujarnya perlahan. tangan diseluk ke dalam poket hoodie sebelum menyambung perjalanan. dia tak tahu nak ke mana sekarang , memang awalnya keluar saja-saja untuk ambil angin. tapi cuaca macam tak menentu saja.

" kim yuri? "

dengar seperti namanya dipanggil yuri terus menoleh kebelakang. malangnya tiada siapa. kosong. dia memandang kehadapan semula. cuba berfikiran positif. mungkin angin.

" yuri ke tu? " sekali lagi dia terdengar. yuri mendecit geram sebelum menoleh kebelakang semula. masih lagi tiada sesiapa. yuri menghembus nafas kuat.

" geuge nuguya? " yuri menyoal. namun tiada siapa yang menyahut membuatkan kesabarannya makin menipis. sekali lagi dia mencuba.

" geuge nuguya? " soalnya lagi. masih lagi tidak menyahut. kali ini yuri sudah kehilangan sabar. dia terus berjalan. mengabaikan suara itu yang memanggil-manggil namanya.

" shit. " carutnya perlahan.

" kim yuri-ssi. " panggil suara itu lagi. yuri hanya mengendahkan sahaja dan teruskan berjalan. dapat dia rasakan dirinya seperti diikuti seseorang. makin lama , makin laju dia berjalan.

" naleul ttaleuji ma. " ujar yuri. dia dapat rasakan orang itu semakin mendekat dengannya. itu kerana dia turut memperlahankan langkahnya. lambat-lambat dia berpaling kebelakang memandang orang tersebut.

" lama ikut? " soal yuri. jaemin menggaru belakang tengkuknya. tersenyum kekok. plan dia nak takutkan. nampaknya tak menjadi. betul lah yuri bukan perempuan yang mudah. langsung tak ada rasa takut.

" uhm sempat lah dengar kau mencarut. " kata jaemin dengan muka tidak bersalah. matanya tidak lepas dari memandang yuri. comel pula gadis itu malam-malam macam ni. dengan hoodie oversized dan muka yang sudah merah kerana kesejukan. rasa nak picit-picit tahu.

" kau buat apa tengah malam macam ni. sudah lah sejuk. " ujar jaemin. mulutnya juga sudah mengeluarkan asap setiap kali dia bersuara.

c. love energyWhere stories live. Discover now