4 : My Step Father

1.4K 92 3
                                    

KookV

.
.
.

"My Step Father"

Kelas sudah pun habis. Taehyung dan jimin berjalan saing keluar dari pintu kampus. Sebenarnya, jimin menaiki motor dan dia ingin menumpangkan taehyung. Memandangkan dia ada urusan yang penting jadi dia terpaksa membatalkan niat untuk menghantar sang Sahabat pulang ke rumah.

"Tae, kau tak pe kan kalau aku tak hantar kau balik." ujar jimin yang kini sudah menaiki motor mewah miliknya itu sambil memakai topi keledar.

"Oh, takpelah.. aku okey je! sebab kejap lagi ayah tiri aku datang ambil aku." Jelas taehyung yang kini sedang berdiri dihalte bas. Menunggu ayah tirinya datang menjemputnya pulang.

"Okeylah kalau macam tu.. aku balik dulu. Kalau ada apa apa hal jangan segan nak share dengan aku." Ucap jimin. Taehyung hanya mengiyakan kata-kata jimin. Lalu namja bermarga park itu akhirnya pergi.

Sambil menunggu kedatangan jungkook. Taehyung mengeluarkan telefon bimbitnya dan memainkan game untuk sementara waktu. Tak lama selepas itu, kereta mewah berjenama BMW itu pun berhenti tepat dihadapan halte bas.

Taehyung yang tadi sibuk memain game didalam handphonenya itu mengalihkan pandangan pada kereta yang kini berhenti dihadapanya itu. Taehyung kenal kereta itu, dia menyimpan telefon bimbitnya itu ke dalam poket seluarnya kemudian dia berjalan masuk kedalam kereta mewah itu. Siapa lagi yang menjemputnya itu melainkan ayah tirinya.

"Lambat ke?"
tanya jungkook. Taehyung mengelengkan kepalanya. Jungkook hanya menatap taehyung tanpa ingin berkata apa apa. Dia cuma rasa kalau taehyung macam marah dengan dia soal pagi tadi.

"So, how your class?"
tanya jungkook sengaja ingin mencairkan suasana dia tak mahu kalau taehyung masih memarahkan dia tentang pagi tadi.

"Okey je!"
Balas taehyung singkat. Wajahnya mengalihkan pandanganya ke luar tingkap. Manakala jungkook kini fokus memandu. Sesekali taehyung curi pandangan memandang jungkook dari sisi yang terlihat sangat datar dan dingin.

Jungkook memandu jalan yang tidak menuju ke rumah mereka. Taehyung dibuat hairan. Kenapa jungkook tak pandu terus pulang ke rumah.

"Hyung kita nak pergi mana?"
ujar taehyung yang kini sudah mula bersuara. Jungkook hanya diam tidak membalas pertanyaan taehyung. Taehyung rasa kalau jungkook marahkanya. Mungkinlah.

Taehyung tidak ingin mengatakan apa apa melainkan hanya duduk diam sambil menatap luar tingkap. Dia rasa jungkook pasti sedang memarahinya. Aura yang di keluarkan oleh ayah tirinya itu membuatkan dia takut.
















Taehyung melihat sekelilingnya. Tepat jungkook memberhentikan kereta mewah miliknya itu. Taehyung menatap tidak percaya, kini mereka sedang berada di lotte world.

"Eh, hyung kenapa kita ada dekat sini?"
Taehyung menatap ke arah pintu gerbang disana yang tertulis lotte world. Jungkook mengalihkan pandanganya kepada taehyung.

"Kita jalan-jalan. Bukan ke hyung dah cakap tadi. Lagipula, kalau balik pun eomma tak ada dirumah." Jelas jungkook yang terkesan datar. Taehyung diam, adakah jungkook masih memarahinya. Nada bicara jungkook menjelaskan bahawa ia sedang marah kepada taehyung.

"Um, jom kita pergi!"
ucap taehyung dengan nada yang gembira. Lagipula dah lama dia tak pergi lotte world ketika dia pergi dulu dia baru berusia 7 tahun. Kini sudah lama dia tidak pergi bergembira. Sejak appa pergi, taehyung sudah jarang ke sini. Kerana eomma selalu sibuk dengan kerjanya sampaikan tidak ada masa untuknya.

𝐌𝐲 𝐒𝐭𝐞𝐩 𝐅𝐚𝐭𝐡𝐞𝐫 •𝐣𝐣𝐤+𝐤𝐭𝐡✓Where stories live. Discover now