18. My Step Father

1.2K 79 9
                                    

Happy Reading

Happy Reading

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




Mansion

Awal taehyung bangun. Lagipun dia dah tak boleh harapkan eomma yang kejutkan dia bangun. Sudah sampai saatnya dia bangun dengan sendiri. Biasa dahulu sebelum ibunga bernikah lagi, ibunya sering mengejutkanya.

Tetapi setelah ibunya bernikah, sudah jarang wanita itu mengejutkanya. Mungkin sebab saat ini dia harus menguruskan Jungkook sang suami.

Mungkin dengan pilihan ini, taehyung menyetujui. Entah sampai bila hubungan mereka seperti ini. Taehyung juga tidak begitu pasti. Tapi dia mohon pada sang ayah tiri untuk tidak menyakiti ibunya.

Walau kenyataanya dialah yang terasa pahitnya.

"Taehyung—"
Belum sempat wanita itu ingin mengetuk pintu. Pemuda manis itu sudah keluar dari bilik dengan pakaian yang kemas.

"Eoh, eomma?!" Sang ibu berasa sangat terkejut. Biasa anaknya tak pernah bangun awal. Selalu bangun lambat walau dah tahu ada kelas pagi. Kadang-kadang ah joong rasa begitu lelah ingin mengejutkan anak tunggalnya ini.

Taehyung kalau tidur, rumah terbakar pun tak sedar.

"Tae dah bangun?"
Namja itu menganggukan kepalanya. Sang ibu berasa hairan dengan tingkah laku sang anak. Sejak pulang dari jepun, taehyung sedikit berubah dari segi fizikalnya.

Sang ibu begitu khuatir dengan anak tunggalnya ini. Tidak biasanya taehyung seperti ini.

"Kenapa tae bangun awal harini?"

"Salah ke? tae bangun awal sebab ada kelas pagi eomma."

"Biasa eomma yang kejutkan." Ujar ah joong seolah ingin menanyakan keadaan anaknya.

"Tae dah besar, tae boleh bangun sendiri. Kalau boleh tae tak nak harapkan eomma yang kejutkan tae.. dan sampai saatnya tae bangun tanpa eomma kejutkan." Ujar taehyung membuatkan sang ibu terdiam dan tergamam. Ah joong merasakan bahawa anaknya itu sudah mulai mengubah sikapnya sejak pulang dari jepun.

"Ah, baiklah.." ah joong berjalan turun kebawah menghampiri suaminya yang sedang menikmati sarapan.

"Taehyung mana?" tanya jungkook sambil mengunyah roti bakar itu. Ah joong kembali duduk disebelah jungkook.

"Oh, kejap lagi dia turun." Tak lama taehyung pun turun lalu mendudukan dirinya tepat disebelah sang ibu. Diam tak bercakap sedikit pun. Jungkook dapat rasakan perubahan taehyung. Dia menghela nafasnya. Kenapa harus dia terjebak dengan semua benda ni. Sepatutnya dari awal lagi, jungkook tak perlu berkahwin dengan ah joong hanya semata-mata nak bertemu dengan taehyung yang nyatanya anak kepada Ah joong.

Mahu bagaimana lagi, jungkook memang dah tersepit ditengah-tengah. Saat dia ingin mengejar taehyung, ah joong pula yang jatuh cinta denganya.

"Taehyung.. kenapa lagi tadi asyik main dengan sudu tu je. Bila nak makan?" tanya sang ibu. Taehyung menoleh ke arah ibunya kemudian mengeleng lemah. Jungkook tahu pasti hal ini berkaitan dengan kepulanganya semalam.

𝐌𝐲 𝐒𝐭𝐞𝐩 𝐅𝐚𝐭𝐡𝐞𝐫 •𝐣𝐣𝐤+𝐤𝐭𝐡✓Where stories live. Discover now