01 | Gunung Lagenda

460 39 16
                                    

Sofia duduk termenung

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

Sofia duduk termenung. Baju sweatshirt oversize kelabu dan seluar sweatpants hitam tersarung di tubuhnya. Manakala kepalanya tersarung sekadar shawl selimpang. Dia duduk di atas buaian yang tergantung pada dahan pokok besar... di depan rumahnya. Mukanya tawar tak berperasa.

14 Februari.
Hari ni... genap 10 tahun.

10 tahun sejak aku merasakan kehilangan. 10 tahun sejak aku hilang satu-satunya kakak yang aku ada. 10 tahun, sejak aku tertanya-tanya, "Kakak masih hidup atau sudah tiada?"

14 Februari.
Hari ini, hari lahir aku.

10 tahun lalu, di saat aku buka mata di awal pagi, aku berasa teruja... menunggu kepulangan kakak yang telah berjanji untuk menyambut ulang tahunku bersama-sama. Kakak pergi menghadiri kem di tapak perkhemahan Gunung Lagenda beberapa hari sebelumnya. Namun, dia tak kunjung pulang. Hingga sekarang.

Sedang Sofia duduk melayani perasaan hibanya, tiba-tiba..

"Fia! Happy birthday! Happy sweet 15, honey!" Diana menerpa dan memeluk Sofia dari belakang.

Terkejut Sofia dibuatnya.

Diana ialah jiran sebelah rumah Sofia. Merangkap kawan sekolah, rakan sekelas, serta sahabat sejak zaman kanak-kanak.

Diana melabuhkan duduknya di sebelah Sofia... di atas buaian yang mampu menempatkan sekadar mereka berdua.

Tak lama kemudian, Dann dan Rizk tiba. Berdua itu pula ialah, jiran depan rumah Sofia dan Diana. Mereka berempat ialah teman rapat sejak kecil.

"Fia... happy birthday..." Dua suara kasar lelaki bergabung, sama-sama melaung.

"Semoga kau berjaya capai segala cita-cita kau..." Rizk menambah.

"And... semoga berjaya jumpa cinta hati kau juga..." Dann menyambung.

"Thank you Rizk. Dann, like seriusly... cinta? Kita baru 15 tahun derr..." Sofia geleng kepala. Unbelievable.

"Why not? Ramai je classmates kita yang tengah parah bercinta sekarang, kan?" Dann jerk keningnya.

"Heee... then frust putus cinta, tergolek-golek atas katil?" Sofia menyoal sambil menjeling Diana.

Diana muncung bibir. Mengata akulah tu! "Fia... jangan sampai aku pancung kepala kau di hari jadi kau yang sepatutnya indah ni..." Diana mengugut.

Sofia, Dann dan Rizk tersengih.

Cerita hot minggu ini... Ratu Cantik Sekolah, Diana... putus cinta buat kali ketiga... dengan buah hati kelas sebelah.

Sempatlah dia tergolek-golek atas katil 4 ke 5 hari. Macam biasa, Sofia penunggu setia segala tangisan, cerita dan makian dari Diana untuk bekas kekasih hatinya.

"Orang dah pesan... jangan bercinta... dia nak juga. Berani buat, berani tanggunglah... kan?" Sofia menyoal Dann dan Rizk.

Tulang rusuk Sofia disiku Diana. Sempat Sofia mengaduh kecil.

"So... tell us Princess For One Day. What do you wish for? Apa je permintaan kau hari ni... apa sahaja... kami janji, kami akan tunaikan semuanya," ujar Rizk.

Diana dan Dann tersenyum. Betul tu! Mereka bertiga sudahpun menyetujui akan hal tersebut, bersama-sama.

Bukan apa... tapi... Sofia memang takkan bersetuju kalau kami ajak dia pergi mana-mana untuk sambut birthday dia.

Apatah lagi kalau buat surprise party! Lagi tak mungkin! Sofia mengamuk besar waktu kitorang buat surprise party dia yang ke-13 tahun... dulu. So, birthday party, black listed!

Semuanya bermula sejak harijadi Sofia yang ke-5 tahun. Satu-satunya kakak dia, Kak Bella... hilang tanpa dapat dikesan.

Kes itu, ialah kes paling skandal yang pernah terjadi pada pelajar sekolah menengah... yang sedang mereka semua hadiri sekarang.

Sekumpulan pelajar Tingkatan 3 yang berjumlah 40 orang, berserta dua orang guru pengiring mereka

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

Sekumpulan pelajar Tingkatan 3 yang berjumlah 40 orang, berserta dua orang guru pengiring mereka... telah hilang.

Lama misi pencarian dijalankan. Namun, langsung tiada jejak yang mampu dikesan. Misi akhirnya dihentikan 5 bulan kemudian.

Gunung Lagenda... serta tapak perkhemahannya yang pernah popular suatu ketika dulu... kini usang terbiar. Tiada sesiapa lagi yang berani melakukan sebarang aktiviti di sana.

 Tiada sesiapa lagi yang berani melakukan sebarang aktiviti di sana

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

"Betul tu. So... kau ada ke nak pergi mana-mana? Ke, nak buat apa-apa? Atau, nak minta apa-apa?" soal Diana kepada Sofia.

"Aku... nak pergi tapak perkhemahan Gunung Lagenda."

"

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.
Ancient Beast 🔚Donde viven las historias. Descúbrelo ahora