06 | Bai'ah

223 25 18
                                    

Perasan akan tiang patah di sisi kanannya, Sofia pantas mencapai tiang itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Perasan akan tiang patah di sisi kanannya, Sofia pantas mencapai tiang itu. Saiznya lebih kurang sama dengan saiz tiang yang digunakannya tadi.

Rizk(R) dan Sofia(S) berbalas pandang. Mereka berbicara tanpa kata. Sekadar dengan pandangan mata ke mata.

S: Kau serang sebelah kiri.
R: Kau serang bahagian kanan.

Mereka masing-masing mengangguk kepala sekali tanda mengerti, lantas mula membuka langkah. Larian mereka menjadi larian seret lutut, lantas tiang di tangan masing-masing bertemu kaki si singa. Singa itu juga, kemudiannya terjatuh melutut.

Rizk menyerang bahagian kepala manakala Sofia pula menyerang bahu haiwan tersebut. Layangan demi layangan dibuat tanpa henti.

Antara benda yang aneh ialah... walaupun singa dipukul bertalu-talu, tiada setitis darah pun yang keluar dari tubuhnya. Seolah-olah, bukan darah yang menjadi isi tubuh haiwan itu.

Lama mereka berdua bergabung tenaga bersama untuk menumpaskan si singa. Namun, tiada sebarang hasil! Diana dan Dann langsung tidak bergerak dari tempat menyorok mereka. Kedua-duanya sedang ketakutan.

Dann... walaupun dia seorang pesilat yang hebat, tetapi dia sangat takut akan haiwan. Dari sekecil-kecil lipas, hinggalah sebesar-besar gajah, semua tidak disukainya.

"Berhenti!" jerit Sofia.

Rizk yang mendengar, terhenti dari ingin melayangkan senjatanya.

Sofia cuba menatap mata haiwan tersebut. Namun, pantas haiwan itu melarikan pandangannya dari anak mata Sofia. Kaki hadapan singa itu menepis badan Sofia sejurus kemudian.

"Sofia!" Terdengar suara seorang gadis melaung nama Sofia. Bella... selesai sahaja menangkap singa pertama tadi, dia pantas bergegas mencari Sofia... adik kecilnya. Proses membawa singa ke kandang diserahkan kepada rakan-rakannya yang lain.

Tubuh Sofia terpelanting ke belakang dek pukulan si singa. Belakang badannya melekap ke tiang bangunan, dia jatuh terduduk. Sakit Ya Allah... aduh...

Sofia melihat, Bella sedang cuba melilit kaki kiri hadapan si singa... menggunakan seutas tali yang terlihat seakan-akan seurat akar kayu.

Sungguh lincah pergerakan Bella. Sempat dia menusuk badan singa itu menggunakan tombaknya beberapa kali, bagi mengalih perhatiannya. Selesai melilit kaki si singa, Bella mengikat pula hujung tali pada salah satu tiang... di hujung kawasan balkoni.

Singa meronta sekuat mungkin. Bergegar balkoni itu dibuatnya. Mana taknya... badan bapa singa dekat zoo pun dah besar gedabak... inikan pula si singa luar biasa! Dua kali ganda saiznya!

Sofia melihat perbuatan Bella. Kenapa, kakak cuma ikat ia? Kenapa tak dihapuskan saja?

Singa masih meronta. Terlihat dinding bangunan mulai retak! Sofia bangun dari jatuhnya sambil menahan sakit yang terasa di bahagian pinggangnya. Dia mula berjalan, ingin mendekati Bella di hujung balkoni sana.

Bella yang selesai mengikat si singa... berlari mendapatkan Sofia. Tangannya menangkap pergelangan tangan adiknya. "Jom! Balkoni dah nak roboh! Jom masuk bangunan utama semula!" ajak Bella.

Sofia tidak mengikut arahan Bella. Dia sebaliknya meleraikan tangan Bella dari terus memegangnya lalu mula membuka langkah ingin mendekati singa.

"Sofia! Jangan buat benda bodoh! Akak baru je jumpa kamu balik... jangan buat macam ni! Please..." rayu Bella. Aku antara percaya dan tak percaya, yakin dan tak yakin yang dia ni adik aku... tapi, ada satu rasa aneh yang aku rasa. Risau? Kasihan? Tanggungjawab? Atau sebenarnya, sayang?

Dann, Rizk dan Diana sudahpun berlari melintasi jambatan... masuk ke bahagian utama istana. Namun, mereka masih memerhati Sofia dari jauh. Apalagi yang Sofia cuba buat? Cepatlah datang sini! Bahaya!

Langkah Sofia termati, setelah mendengar laungan kakaknya tadi. Dia tidak memberi sebarang respon kepada Bella. Tiada kata-kata yang logik untuk dilontarkan olehnya. Akhirnya, Sofia memutuskan untuk meneruskan kembali langkahnya mendekati si singa.

Bella berdiri terkaku di tengah-tengah balkoni itu. Aku betul-betul harap... yang kau bukan adik aku! Supaya aku boleh lari sekarang, tanpa ada sebarang rasa bersalah! Sofia! Kau ni, bongoklah!

Sofia menjatuhkan tiang di tangannya. Kenapa... bunyi ngauman binatang ni... macam aneh? Macam bunyi... sedih... sakit?

Mata Sofia menangkap mata si singa. Matanya... berkaca. Kini, si singa tak lagi meronta-ronta.

Sofia perasan seurat benang halus, warna merah keemasan... terlilit di dahi binatang itu. Sofia menghulur tangannya, ingin mencapai. Namun, pantas singa melangkah setapak ke belakang, lantas ia mengaum kuat. Sayu.

"Shush..." Sofia cuba menenangkan haiwan itu. "Salamun ‘ala nuhin fil a’lamin..." Dia membaca ayat al-Quran ke-79 dari surah ke-37 iaitu surah as-Shaaffaat. Maksud ayat tersebut ialah, 'Salam sejahtera ke atas Nabi Nuh'.

Ingat lagi kisah tentang banjir besar yang ditimpakan ke atas umat Nabi Nuh a.s? Kisah bahteranya?

Dari kisah itulah, dikatakan... setelah tamatnya banjir besar, binatang buas yang terselamat... telahpun berbai'ah (berjanji) kepada Nabi Nuh a.s, bahawa mereka tidak akan mengusik dan mengganggu sesiapa yang mengirimkan salam sejahtera kepada Baginda Nabi Nuh a.s.


Alhamdulillah... sesungguhnya Allah SWT bersama orang-orang yang bersabar. Setelah 7 kali Sofia membacakan salam tersebut, hati si singa mulai lembut. Ia mula menundukkan kepalanya kepada Sofia.

Sofia membongkok, mengambil serpihan tiang di lantai balkoni. Dengan menggunakan serpihan kecil itu, Sofia menarik tali yang terikat di sekitar dahi singa.

Usai tali ditarik keluar, tali itu bertukar menjadi sebuah butang kecil... berbentuk bulat bersama ukiran kepala singa. Butang yang terapung di udara itu, mulai turun dan mendarat ke atas tapak tangan yang dihulur Sofia.

 Butang yang terapung di udara itu, mulai turun dan mendarat ke atas tapak tangan yang dihulur Sofia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Badan singa itu pula... seperti singa awal tadi, mulai bertukar menjadi abu. Sekali lagi, angin datang menderu kuat tiba-tiba... melayangkan abu si singa di udara.

Hati Sofia berasa lega. Lapang. Bibirnya mengukir senyum nipis. Alhamdulillah...

Bella yang memerhati Sofia dari awal tadi, tergamam. Sepanjang kami semua terkurung... terperangkap di sini... tak pernah seekor pun 'Wild Beast' yang mampu kami bunuh. Mereka semuanya bagaikan tak lut dimakan apa jua senjata.

Sofia az Zahra... inikah alasannya kenapa Allah SWT utuskan kau kepada kami? Sebagai huluran tangan buat menarik kami keluar, dari sini? Semoga begitulah hendaknya, aameen yaa rabbal 'aalameen...

...
(bersambung)

Ancient Beast 🔚Where stories live. Discover now