10 | Ya Iyaz

206 25 52
                                    

Sofia, Dann, Diana dan Rizk duduk bersama di ruang utama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sofia, Dann, Diana dan Rizk duduk bersama di ruang utama... di tingkat 1 istana. Ada batuan putih yang dijadikan kerusi panjang, diletakkan rapat ke dinding. Hamparan permaidani besar memenuhi ruangan utama tersebut.

Selain mereka berempat, ramai juga pelajar lain yang berehat di situ. Bella, Suri, Lutfi dan Firas ikut duduk bersama Sofia dan kawan-kawannya.

"Akak... Yaya rasa peliklah. Siapa sebenarnya yang laungankan azan setiap kali masuk waktu solat?" Sofia yang membahasakan dirinya 'Yaya' pada Bella, bertanya.

"Hmm... soalan ni macam susah sikit nak jawab. Kitorang pun tak tahu. Apa yang kitorang tahu, azan tu datangnya dari bilik tingkat 3... macam loteng... tapi besar dan cantik." Bella bercerita sekadar apa yang diketahuinya.

"Yup... bilik paling unik. Walaupun dah setahun kitorang duduk sini, tak sekalipun kitorang pernah bersihkan bilik tu. Sentiasa bersih!" tambah Lutfi pula.

"Setahun korang... dah 10 tahun kitorang, tahu?" soal Dann pula.

Sepi sunyi mengunjungi mereka, 10 saat.

"Dah 2 hari kitorang dekat sini. Agak-agak... dekat luar dah berapa hari ye masa berlalu?" Diana menyoal, sayu.

"1 tahun dekat sini, 10 tahun dekat luar. Means, gandaan 10, kan? So, 2 darab 10, 20 hari?" Suri cuba untuk mengira. "Betul tak?" Dia menyoal pula, inginkan kepastian.

"Entahlah... aku tak pandai Matematik." Bella tak dapat membantu.

"Yaya pun tak pandai kira-kira juga..." Sofia mencelah. "Genetik..." Dia dan Bella tersengih bersama. Tapi... umi dengan abi... mak ayah diorang bertiga ni sekali... mesti tengah risaukan kami semua... kan?

Kali ini... si Firas masih sahaja menatap Sofia. Tak lekang pandangannya memerhati wajah gadis itu.

Sofia menjadi rimas dikeranakan mata si Firas yang dari awal tadi asyik memandangnya tanpa henti.

"Firas... apa masalah kau sebenarnya? Apesal kau asyik pandang aku je?" Sofia melontar soalan pada Firas.

Firas jungkit keningnya sebelah. Dia lantas tersenyum sinis, seperti biasa.

"Bella... ini betul-betul adik kau, Yaya Sayang tuu ke? Apesal dulu dia macam comel, baik, manja... sekarang garang kemain?" Firas sengaja menyoal Bella.

Bella berfikir beberapa saat. Cuba mencerna apa yang dimaksudkan oleh Firas. Suri dan Lutfi juga sedang berfikir. Kalau si Firas ni bercakap... memang jarang dia direct talk. Selalu je dia tersuratkan kata-kata dia.

30 saat kemudian, Bella tersenyum lebar. Kemudian dia tertawa kecil.

"Apa Bella, apa? Firas cakap apa?" Suri pantas menyoal, ingin tahu.

"Suri... kau ingat tak? Ya nak kahwin Iyaz?" Bella kemudian makin kuat ketawanya.

Firas tersenyum, lebar. Ingat pun!

Sofia kerutkan dahinya. Apa pelik sangat kakak aku seorang ni? Dahlah aku ada kakak seorang je! Itu pun... nampak macam tak berapa nak betul je?

"Ya nak kahwin Iyaz?" Suri menyebut semula ayat Bella tadi. Pandangan Suri bertemu pandangan Lutfi. Lalu, mereka sama-sama memandang ke arah Sofia dan Firas. Tawa mereka akhirnya meledak bersama-sama.

"Weyh! Akhirnya! Sama umur weyh! Apa cerita ni?" Lutfi ketawa besar.

Sofia, Dann, Rizk dan Diana kerut dahi. Pelik betul diorang ni. Bercakap, tak pun. Tetiba je, gelak berjemaah.

"Ya!" Bella menampar bahu Sofia.

Terkejut Sofia dek tamparan kakaknya tadi. Dahinya makin berkerut seribu.

"Mana dompet Yaya?" soal Bella.

Walaupun pelik, masih sahaja Sofia menyeluk saku seluar. Dompet gaya wallet lelaki kepunyaannya ditarik keluar, dan dihulurkan pada Bella.

Bella pantas menarik keluar tiga keping gambar dari dompet Sofia, yang telah dilihatnya malam tadi... sebelum mereka tidur bersama.

Gambar pertama, gambar mereka sekeluarga. Gambar umi, abi, Bella dan Sofia.

Gambar kedua, cuma gambar mereka berdua. Bella sedang memeluk Sofia yang baru berusia 5 tahun dalam dakapannya di Disneyland.

Gambar ketiga merangkap gambar terakhir, gambar majlis harijadi Bella yang ke 14 tahun. Ramai kawan-kawan Bella yang hadir ke majlis itu.

"Tengok ni..." Bella menunjuk pada Sofia. Dalam gambar ketiga itu, Sofia yang baru berumur 4 tahun, sedang duduk di atas riba seorang budak lelaki.

"Waktu Yaya kecil... Yaya suka cakap... Ya kahwin Abang Iyaz." Bella memulakan ceritanya. "Tapi, Iyaz selalu cakap... tak bolehlah... Abang Iyaz dah besar, Yaya Sayang kecil lagi. Then... Yaya cakap, Ya besar, Ya kahwin Abang Iyaz..."

"Introduce myself... I am your Abang Iyaz, Yaya Sayang..."

Sofia telan liur, mendengar Firas memanggilnya 'Yaya Sayang'...

Oh, my! Patutlah aku dah jatuh suka dekat mamat ni... sebelum dia cakap aku nak 'pergi memancing' dulu tuu! Yaya! Sekali je pandang, memanglah si Firas ni nampak hensem! Tapi, yang kau memandai melamar dia awal dedulu, dah kenapa Sofia az Zahra oi? Tak malu ke?

 sebelum dia cakap aku nak 'pergi memancing' dulu tuu! Yaya! Sekali je pandang, memanglah si Firas ni nampak hensem! Tapi, yang kau memandai melamar dia awal dedulu, dah kenapa Sofia az Zahra oi? Tak malu ke?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Ancient Beast 🔚Where stories live. Discover now