04 | Istana

227 27 5
                                    

"Pelik weyh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Pelik weyh... cemana ada orang baru boleh sampai sini?" Bella menyoal kawannya yang berdua. Tombak masih setia dalam pegangan tangan.

"Entahlah... tapi sekurang-kurangnya, sekarang kita memang dah pasti yang tempat ni... ada pintu masuk. Seharusnya, ada juga pintu keluarnya." Jawab kawan Bella yang bernama Rose.

Setibanya gadis bertiga itu, Sofia lantas menyoal Bella, "Kakak?"

Bella yang disoal, kerutkan dahinya. Eyh, apa kes minah ni tiba-tiba panggil aku kakak? Adik aku kecil lagi derr! Baru 5 tahun! Dahlah umur baya-baya aku... ada hati nak panggil aku 'kakak'? Please...

Dann, Diana dan Rizk dengan berhati-hati, menghampiri Sofia setelah melihat ada orang yang mendekati teman mereka. Siap pegang tombak lagi! Ini bukan biasa-biasa guys...

"Okey... sekarang, korang berempat, ikut kami bertiga. Tapi, hati-hati. Perlahan-lahan je. Kita tak nak binatang tuu perasan kita." Bella... yang dipanggil 'kakak' oleh Sofia tadi, memberi arahan.

"Bella... get ready... kita boleh gerak dah ni... diorang tuu dah start bergerak pulang." Kawan kepada Bella yang bernama Suri, mencelah.

Berkerut dahi Sofia. Bella? Betullah, nama kakak... kan... Bella! "Kejap... ini... kakak, kan?" soal Sofia lagi sekali. Tangan gadis itu dipegangi Sofia.

Bella pula kerutkan dahinya. Aduhhh... minah ni. "Kau... nak buat lawak sekalipun, tengok tempat dan keadaanlah! Kau nampak tak binatang besar tiga ekor tu? Nak sangat ke kena tangkap dengan diorang?" Bella menyoal, marah. Namun, nada suara dikawal agar tidak terlalu kuat.

"Tak, tak... saya yakin, awak memang kakak saya," ujar Sofia lagi.

"Oh, ya? Cuba bagitahu, macam mana 'adik' saya... boleh sebaya umur saya pula? Dan kenapa pula... saya tiba-tiba, kena jadi kakak awak?" Bella hampir naik angin. Tak faham logik betul budak ni! Nak buat lawak... tapi memang tak lawak masalahnya!

Sofia kerutkan dahinya lagi. Dia juga hampir marah. "Well... mungkin awak memang betul kakak saya! Kakak yang dah 10 tahun hilang!" Kuat Sofia melaung.

6 pasang mata berkecuali mata Sofia, pantas memeriksa kawasan sekeliling. Memerhati sama ada suara Sofia tadi... berjaya menarik perhatian mana-mana makhluk atau tidak.

Nasib menyebelahi mereka. Sepertinya tiada tanda makhluk hitam besar tadi berpatah balik.

Bella berasa pelik. 10 tahun... hilang?

Sofia mengeluarkan dompetnya dari poket seluar. Sekeping gambar ditarik keluar lalu ditunjukkan kepada Bella, "Tengok ni."

Bella menerima huluran dari Sofia. Darah pantas menyerbu ke kepala. Ini... memang betul. Gambar aku dengan adik aku... Sofia! Waktu kitorang pergi bercuti dekat Disneyland dulu. "Kita sambung cakap kejap lagi. Sekarang, kita kena pergi dari sini... bahaya," ujar Bella.

Kesemua mereka bersetuju. Bella menyerahkan semula gambar tersebut kepada Sofia. Sempat dia perhati muka gadis itu. Ada iras-iras muka abi. Tapi, macam mana benda ni boleh jadi? Tak logik! Tapi, hati aku terasa dekat dengan budak ni. Tapi... argh... kejap lagi jelah fikir balik.

Mereka lantas mula melangkah bersama. Bella di hadapan mengetuai, manakala Sufi dan Rose pula berada di belakang... menjaga keselamatan kumpulan.

Tidak lama kemudian, mereka keluar dari kawasan hutan. Mereka tiba di kawasan lapang yang juga dipenuhi rumput hijau.

Beberapa buah bangunan yang berbentuk seperti menara pantauan, terlihat di pandangan mata. Menara pantauan itu berjarak lebih kurang 15 meter antara satu dengan yang lainnya. Ianya dibina mengelilingi sebuah... bangunan besar.

Sofia agak terkejut. Nampak macam... sebuah istana... lama...? Warnanya juga sudah agak usang. Seriously? Istana lama di tengah-tengah hutan rimba?

Bangunannya nampak macam ada dua tingkat. Atau mungkin, lebih? Yang pasti, keadaannya adalah kurang baik. Ada antara tiang-tiang kecil yang berfungsi sebagai perhiasan, telahpun patah dan roboh. Tapi, bangunan ni... seriously, besar!

Mereka masuk ke pintu utama bangunan tersebut. Terlihat dua sayap anak tangga, kiri dan kanan yang besar. Kedua-duanya menuju ke tempat yang sama... tingkat 2 bangunan.

Para manusia yang berada di dalam bangunan itu... terkedu melihat Bella membawa 4 orang budak asing. Tak pernah dilihat mereka sebelum ini!

Suri dan Rose memutuskan untuk mencari dan mengumpulkan rakan-rakan mereka yang lain. Mesti Cikgu Zack akan buat perjumpaan besar kejap lagi, pasal diorang berempat ni.

Bella membawa Sofia serta rakan-rakannya menaiki Tingkat 2. Mereka menggunakan bahagian sayap kiri bangunan.

Setelah beberapa meter mereka menapak, mereka tiba di sebuah laluan. Laluan tersebut merupakan sebuah lorong jambatan yang berbumbung. Jambatan itu menghubungkan bangunan utama, dengan bangunan kedua.

Dinding jambatan tersebut dibina sekadar paras tinggi pinggang sahaja. Memandangkan ianya kawasan terbuka, terasa angin menderu menyapa muka mereka. Sejuk! Terlihat juga rumput menghijau di halaman bawah sana.

Pandangan Sofia disapa oleh bangunan kedua istana pula. Habis sahaja jambatan yang mereka lalui itu, di sebelah kiri bangunan, ada tersedia semacam sebuah balkoni. Lebarnya dalam enam meter, memanjang ke hujung... sekitar 20 meter.

Tapi... balkoninya nampak macam kurang selamat untuk digunakan. Beberapa dari tiang perhiasan bangunan sudahpun runtuh dan terlihat sekadar terbaring berselerakan. Pagar balkoninya juga ada yang sudah runtuh! Kalau tergelincir, 99.99%, boleh terus jatuh ke halaman istana bawah sana.

Habis sahaja jambatan, mereka memasuki lorong tertutup pula, seperti terowongan.

Di luar terowong... iaitu di kawasan dalam bangunan kedua... terlihat seorang lelaki dewasa bersama dua orang pelajar lelaki. Mereka sedang berdiri dan berbicara. Kerut jelas terpapar di wajah mereka dari jauh.

Perasan akan kehadiran Bella dan 'budak-budak baru', mereka berhenti berbicara. Mereka sebenarnya memang sedang menanti kehadiran Bella.

"Cikgu Zack..." Bella hentikan langkahnya, lalu menyapa si guru. "Saya terjumpa diorang ni berempat, waktu sesi rondaan kami berlima tadi..."

...
(bersambung)

Ancient Beast 🔚Where stories live. Discover now