05 | Singa Luar Biasa

244 25 48
                                    

"Iya

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.

"Iya... tadi lepas Mira dan Wina balik, terus je diorang maklumkan dekat saya tentang diorang ni. Jom... kita ke ruang perbincangan," ujar Cikgu Zack.

Bella mengangguk kepalanya, setuju. Hari ini, lima pelajar bertugas membuat rondaan. Diketuai oleh Bella, diikuti oleh Rose, Suri, Wina dan Mira. Waktu meronda itulah, mereka berlima perasan kehadiran Sofia dan kawan-kawannya.

Mira dan Wina ditugaskan Bella untuk pulang memaklumkan hal tersebut kepada Cikgu Zack... dan menghantar bantuan sekiranya mereka lambat pulang.

5 minit sebelum Zack ingin pergi ke Bella bersama Firas dan Lutfi... Bella sudahpun terlebih dahulu pulang ke istana.

Cikgu Zack memerhati mereka berempat yang baru tiba. Awal tadi, aku ingatkan, ada dua orang 'Bella' yang tengah berjalan. Muka salah seorang budak baru tuu, sama betul dengan Bella! Cantik betul!

Mereka berlapan mula melangkah bersama. Bella bersama budak baru berempat, manakala Cikgu Zack bersama dua orang budak lelaki.

Sofia seiringkan langkahnya di sebelah Bella. "Akak... kita dekat mana sebenarnya?" soal Sofia.

"Entahlah... kami pun tak tahu. Tapi, kami gelarkan tempat ni... 'Wild Beast'," jawab Bella. Kaki mereka masih melangkah.

Berkerut dahi Sofia. "What? Wild Beast? Kenapa?"

Usai sahaja Sofia mengemukakan soalan itu, tiba-tiba terdengar ngauman seekor... singa?

Di hadapan mereka berjarak lebih kurang 10 meter, di sebelah kiri, terlihat ada sebuah cabang jalan... sebuah terowongan lebih tepatnya.

Dari arah dalam terowongan itu, terlihat bayangan hitam yang bergerak. Seekor singa sedang melangkah keluar darinya! Singa itu mengaum lagi sekali. Bergaung bunyi, memenuhi seluruh bangunan.

"Sebab inilah! Lari, sembunyi! Cepat!" Bella menjerit, kuat!

Mereka semua lari berpatah balik. Sofia merupakan pelari yang laju. Dia mengetuai larian. Lariannya menemui belok apabila dia tiba di koridor balkoni bersebelahan jambatan terbuka yang dilalui mereka... awal tadi.

Dann, Rizk dan Diana mengikuti Sofia. Mereka bersembunyi di balik tiang yang masih tegak berdiri. Rasa takut mula menghantui diri.

Namun, tiada kelibat Bella mahupun Cikgu Zack di situ.

Sedang mereka berempat fokus pada arah gerbang masuk balkoni... tanpa mereka sedari, ada dua ekor singa lagi yang baru tiba... di halaman bawah.

Singa di rerumput hijau bawah sana, mula membalas ngauman. Rupanya... singa yang berdua itu tiba kerana mendengar ngauman singa tadinya.

Mereka berempat tersentak mendengar ngauman yang begitu dekat dengan mereka. Namun... nasib mereka bertambah buruk, apabila seekor singa melompat naik ke balkoni tersebut! Ia melompat di kawasan paling hujung balkoni.

Itu ertinya, Sofialah manusia yang paling hampir dengan singa itu, memandangkan Sofia menyorok di kawasan tengah balkoni. Kawan-kawannya yang lain pula menyorok berdekatan gerbang masuk balkoni.

Berderau darah mereka berempat! Weyh! Ini bukan singa macam dekat zoo, weyh! Ini... singa luar biasa. Majoriti badannya berbulu merah. Ekornya juga pelik, bercabang tiga. Di kepalanya pula mempunyai satu tanduk, macam unikorn.

 Di kepalanya pula mempunyai satu tanduk, macam unikorn

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.

Sofia pantas menganalisis keadaan. Matanya menangkap lambakan tiang yang telahpun runtuh. Dia mengambil salah satu tiang yang panjangnya dalam semeter, ukur lilit pula dalam 70 sentimeter.

Sofia terkejut, 2 saat. Ringan je benda pillar ni? Aku ingatkan berat yang amat! Berkesan ke tak kalau aku guna benda ni? Lantas, Sofia melakukan cubaan. Dia melayangkan batang pillar itu ke sebatang pillar yang terbaring di lantai.

Terkena sahaja layangan Sofia, pillar yang di bawah itu hancur berkecai. Eyh... kuatnya menda alah ni? Aku layang sikit je tadi. Tak guna tenaga banyak mana pun! Aneh!

Pastinya... bunyi kuat yang terhasil dari perbuatan Sofia berjaya menarik perhatian singa luar biasa tersebut. Singa itu memusingkan badannya. Ia kini benar-benar menghadap Sofia.

Singa itu mula membuka langkah, ingin menerkam Sofia, namun Sofia bertindak lebih pantas. Dia berlari, pada awalnya menuju ke arah singa itu. Namun, dia membuat belokan.

Sofia berlari ke arah tiang yang masih kukuh berdiri di sebelah singa itu, kakinya pantas menapak pada tiang. Tiga tapak Sofia memanjat, dia akhirnya memusing badan, lantas mendaratkan layangan tiang pada leher singa. Sofia mendarat di sisi kanan binatang itu.

Terdengar bunyi tulang retak dari singa. Ia kemudian mengaum dengan lebih kuat.

Di bahagian bawah bangunan, terdengar bunyi ngauman dan suara pelajar lain, yang juga sedang melawan singa di bawah sana.

Tanpa membuang masa... Sofia melayangkan lagi tiang pada kaki kanan hadapan si singa. Singa itu terjatuh melutut. Pillar di tangan Sofia dilayangkan pula pada bahagian kepala singa.

Sekali lagi, Sofia membuat aksi akrobatik. Dia melompat tinggi di udara, badannya melakukan pusingan backflip. Sebelum tubuhnya mendarat, tangannya menghentak bahagian leher singa yang sudahpun retak awal tadi. Kali ini, tiang dilayangkan sekuat hati.

Terkena sahaja leher si singa, tiang yang digunakan Sofia, akhirnya pecah... menjadi debu yang jatuh bertaburan.

Sofia yang mendarat di sisi kiri singa, bernafas dengan dada yang berombak kencang. Penat!

Namun, singa itu bangun dari duduk melututnya! Dia menghadap Sofia. Membulat mata Sofia. Walaupun dia dalam ketakutan, dia cuba mengawal rasa takutnya.

Well... ini memang bukan singa biasa. Tapi, mungkin 'peraturan singa' di sini, masih sama dengan singa di luar. Jangan tunjukkan belakang badan kita dekat diorang! Diorang akan mula menerkam bila nampak belakang badan sesuatu makhluk!

Sofia cuba menatap mata binatang itu sedalam mungkin. Kakinya melangkah setapak demi setapak ke belakang.

Rizk yang melihat singa itu cuba menghampiri Sofia, tidak lagi mampu menahan dirinya. Dia mencapai sebatang tiang yang terbaring di lantai. Dia berlari sekuat hati, ingin membedal binatang itu.

Namun, di saat si singa tidak lagi mampu melawan tatapan mata Sofia, matanya ditutup dan ia akhirnya menunduk ke bawah. Seolah-olah memberi Sofia tanda penghormatan, tanda penyerahan.

Belum sempat layangan tiang dari Rizk mengenai tubuh singa tersebut... badan singa itu sedikit demi sedikit... mula bertukar menjadi abu. Angin datang menderu, membawa abunya terbang di udara.

Baru sahaja Sofia ingin melepas nafas lega, lagi seekor singa melompat naik ke atas balkoni itu juga! Betul-betul di hadapan dia dan Rizk!

...
(bersambung)

Ancient Beast 🔚Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora