Rangkap Keempatbelas - Ekspedisi V : Hari Pertama | Kebetulan atau Rancangan?

46.3K 350 24
                                    

Matahari kian terbenam dengan biasan cahaya yang masih tersisa. Waktu senja telahpun berkunjung tiba menandakan bahawa, sang purnama bakal mengisi kekosongan malam. Burung-burung berkicauan diangkasa. Masing-masing bergegas pulang ke halaman rumah masing-masing. Warga ibukota Ipoh masih bersesak diatas jalanraya. Berpusu-pusu kenderaan menyelusuri jalan raya yang semakin sibuk dek kerana waktu puncak. Bunyi-bunyi enjin dan hon kenderaan berbunyi dengan irama urban hutan batu ditengah kota. Bising dan bingit, namun ia tidak mengganggu gugat ketenteraman para penghuni di villa Tan Sri Robert yang dibina atas sebidang tanah sendiri. Suasana tenang diisi dengan kelibat para pekerja Tan Sri yang baru sahaja selesai mengerjakan tugasan mula memasuki kedalam perkarangan villa tersebut. Kelibat para pekerja berpusu-pusu memasuki perkarangan dalam villa tersebut dilihat oleh Imran dari balik cermin tingkap koridor bangunan villa tersebut. Lisa mengetuai langkah perjalanan mereka dihadapan. Membawa Imran menuju ke bilik Tan Sri Robert yang terletak dibahagian Timur bangunan. "Lisa...emm...memang pekerja kat sini semuanya perempuan ke?", tanya Imran kepada Lisa. Timbul persoalan dibenaknya apabila melihat akan pekerja yang menguruskan villa Tan Sri sebentar tadi, kesemuanya adalah golongan wanita. Lisa memperlahankan rentak kakinya. "Emm...yeah! Tadi I ada cakapkan? Pekerja dalam villa ni semuanya ada 22 orang. Tolak guard, pemandu trekta, pemandu lori dan chauffeur, yang lain semuanya perempuan. 18 orang kesemuanya. Kenapa U tanya? Ke....U nak 'takluk' semua maid Tan Sri? Hehehe...", usik Lisa sambil menerangkan kepada Imran. "Ehhh...! Apa pulak....huhu...takda laa....emm...just, terpikir....emm...so, memang U all semua..err...akan tidur sekali dengan Tan Sri ke?", tanya Imran meminta kepastian. Isu yang berjalan dan bermain disekitar benaknya sepanjang hari tersebut mula disoal kepada Lisa, selaku ketua maid. 

Lisa berhenti melangkah. Kepalanya ditoleh mengiring kearah kanan melihat raut wajah Imran yang berjalan dibelakangnya. "Hehe....so...itu yang U pikirkan ye? Kenapa...still don't believe it?", tanya Lisa sambil melirikkan matanya manja. "Err....emmm....susah sikit laa nak percaya. Dia one of the businessman yang berpengaruh kot!", balas Imran. "Hehe...kadang lawak pun ada dengan U ni Mr.Imran. Ehem...kalau awak jadi orang kaya, mampu beli semua benda...takkan awak tak nak laksanakan impian setiap lelaki macam yang dia buat? Actually bukan dia sorang...almost every rich man in this world akan ada weird hobby like him. Most...perempuan simpanan.", balas Lisa sambil tersenyum. "Every night?", tanya Imran. Serentak dengan soalan Imran, wajah Lisa berubah sugul. "Emmm...dah laa...!Kita pun dah nak sampai...nanti apa-apa U tanya direct to our Tan Sri oke?", balas Lisa sebelum berhenti melangkah dihadapan sebuah bilik. Tangan Lisa kemudian mengetuk pintu tersebut beberapa kali. "Tan Sri...Lisa here! I have brought our guest Imran. May I come in?", tanya Lisa dibalik pintu. Imran hanya diam dan menunggu tanpa sebarang bicara. "Yes...yes! Come in!", balas Tan Sri dari arah dalam biliknya. Tombol pintu bilik tersebut dipulas oleh Lisa, lalu mereka berdua menapak masuk kedalam.

Alangkah terkejutnya Imran apabila melihat akan ruang dan hiasan didalam bilik milik Tan Sri. Besar dan elegan rekaan dalamannya. Dibalik pintu tersebut terdapat ruang yang dijadikan ruang tamu. Diletakkan sebuah meja kopi dengan rekaan kontemporari dikelilingi oleh beberapa buah sofa kulit yang berwarna hitam berhadapan dengan sebuah televisyen. Ruang tamu tersebut diasingkan dengan kawasan tempat tidur dengan binaan dinding batu dan cermin yang tidak telus. Hiasan yang kemas dan mampu memukau pandangan para tetamu yang berkunjung. "Please...have a sit.", kata Tan Sri yang muncul dari arah kawasan tidur. Seraya dengan itu, Imran menoleh tercari akan sumber bunyi suara tersebut. Wajah Tan Sri Robert Lee dilihatnya teliti. Tan Sri tersenyum dan menghalakan tangannya kearah sofa mempelawa Imran untuk duduk diatas sofa tersebut. Hati Imran yang sedari tadi tenang, kini mulai berombak. Risau apabila seorang ahli perniagaan terkemuka Malaysia berada hampir dengannya. Gugup apabila bersama dengan persona yang berpengaruh seperti Tan Sri Robert Lee. Punggungnya mula direbahkan duduk diatas sofa 1 seater berhadapan dengan Tan Sri. "Tan Sri, if everything is settled, I would take my leave!", kata Lisa sebelum melangkah keluar dari bilik tersebut. Suasana menjadi hening tanpa sebarang bunyi bicara terjadi diantara Imran dan Tan Sri Robert Lee setelah Lisa meninggalkan bilik tersebut. "Aduuuhhhh...apa yang kau nak cakapkan...cakap jelah...jangan buat aku bedebar macam ni!", jerit Imran didalam hatinya. Tan Sri Robert melirikkan anak matanya melihat kearah wajah Imran. Tajam pandangan yang diberikan.

Sebumbung Bersama 4 Gadis Jelita - SekunderWhere stories live. Discover now