Bonus Cerita Tepi 03 : Identiti Kedua

21.4K 196 31
                                    

Suasana pekan kecil di daerah utara tanah air semakin sibuk dengan kunjungan penduduk setempat. Ada yang mendapatkan keperluan harian seperti pakaian, makanan, dan pelbagai perkhidmatan awam. Tidak kurang juga kelibat warga kampung yang keluar ke pekan hanya untuk berlibur dipusat-pusat hiburan dan juga restoran. Disatu sudut berhampiran dengan kaki lima deretan kedai-kedai dua tingkat, terbinanya sebuah pondok bas yang usang berkarat atapnya. 

Salwa duduk berehat disitu sambil menyedut air tebu yang dibelinya sebentar tadi. Setelah selesai urusannya mengambil bunting yang telah dipesannya pada minggu lepas, dia menunggu kehadiran ibunya untuk pulang kerumah semula. "Hemmm....panas jugak hari ni! Sroooootttt~", kata Salwa seorang diri sambil menyedut air tebu yang dibungkus dalam bungkusan cawan plastik lutsinar. Matanya meninjau kearah kawasan persekitaran pekan kecil tersebut. Melihat akan warga penduduk setempat yang kesana-kesini mendapatkan keperluan mereka semua. "Assalamua'laikum....", detus satu suara memberikan salam kepadanya. Terus Salwa menoleh melihat kearah punca meletusnya suara tersebut. "Wa'alaikummussalam...eh...abang Kamal!", balas Salwa apabila melihat kearah susuk tubuh yang dikenalinya itu. "Sorang je Salwa? Salwa buat apa kat sini?", tanya Kamal. "Emm...ni...ambil bunting yang Salwa pesan kat kedai grafik belakang tu...!", balas Salwa sambil memegang gulungan bunting yang diletakkan ditepi pehanya. "Abang Kamal buat apa pulak kat sini?", tanya Salwa kembali. "Tengah cari adik abang tu...si Nabil. Dari semalam dia hilang...entah kemana dia pergi? Hemm.....", balas Kamal. Berdiri dia berhampiran dengan Salwa sambil menggarukan kepalanya. Meninggi tegak lehernya sambil meninjau kawasan sekeliling, bagai tercari-cari akan sesuatu. Riak wajahnya bagai risau akan keberadaan adiknya itu jelas kelihatan. "Dia keluar dengan kawan-kawan dia kot Abang Kamal...nanti-nanti dia balik la kot?", balas Salwa.

".................hemm.....kawan.....! Pening aku dengan budak sekor tu....! Haiiiihhhhh~", detus suara Kamal seakan hampa dengan situasi yang menimpa. "Emm....kenapa abang Kamal? Ada masalah ke dengan dia tu...?", tanya Salwa. "Bukan ada masalah Salwa, budak tu yang bermasalah! Entah kemana pulak dia pergi kali ni...dah laa SPM dah nak dekat! Bercampur pulak dengan kawan-kawan yang perangai tak berapa nak elok....kita ni sebagai abang risau la jugak! Kena pulak kawan-kawan dia tu spesies mat rempit apa semua....haaaaaiiiihhhh....bila laa nak jadi manusia entah budak tu?", balas Kamal sambil mengeluh. "Abang dah cari kat tempat dia selalu lepak?", tanya Salwa cuba memberikan idea. "Dah....! Tapi tak ada pulak kat situ...jangan nanti orang cari dia kat rumah sudah laa...! Selalu sangat buat hal budak tu!!", balas Kamal. Deruan enjin motosikal berjenama Honda EX-5 jelas kedengaran berhenti dihadapan seberang jalan tempat dimana mereka berdua berada. Kelibat Maimun ibu kepada Salwa kelihatan memandu motosikal tersebut sedang melambai kearah mereka berdua. "Ehh...abang...Salwa gerak dulu eh? Mak dah sampai dah tu...!", balas Salwa. "Okay Salwa...balik elok-elok. Kirim salam kat mak Salwa.....!", balas Kamal. "Okay abang Kamal. Terima kasih.", balas Salwa lalu bangun dan menapak sambil menjinjing gulungan bunting ditangannya. "Salwa....nanti kalau nampak si Nabil tu...minta tolong...suruh dia balik rumah?", kata Kamal. "Haa...boleh! Nanti kalau Salwa nampak...Salwa bagitahu dekat dia...bye abang Kamal!", balas Salwa lalu melambaikan tangannya. Kamal membalas lambaian tangan Salwa sambil tersenyum kelat. 

Mentari kian terik memancarkan sinaran cahayanya. Suasana petang pada hari tersebut bagaikan ketika waktu tengah hari. "Si Kamal tu cakap apa dengan kau tadi Salwa?", tanya Maimun sambil meraut kulit pisang emas. Salwa menarik kerusi meja makan yang terletak didapur rumah, lalu terus dia duduk. "Emm...dia tengah cari si Nabil tu mak! Katanya keluar dari semalam..tak balik-balik!", balas Salwa. Tergantung tuala mandi berwarna merah melekat dibahu kanannya. "Oooo...si Nabil tu ya? Hemm....mak dah agak dah! Mesti Kamal tengah cari budak tu...", balas Maimun. "Emm...apa yang mak tahu pasal Nabil tu?", balas Salwa sambil mengangkat keningnya. "Siapa yang tak kenal dengan Nabil tu? Merempit sana-sini...mencuri dalam kebun orang...mengendap anak bilal mandi...kecoh satu kampung ni nak! Takkan kamu tak tahu?", balas Maimun. Tangannya mengutip pisang emas yang telah diraut dan dipotong nipis masuk kedalam bekas mangkuk plastik. "Mana orang tahu mak..! Kan orang jarang keluar? Takkan sampai macam tu sekali perangai budak tu?", balas Salwa. "Iye...!! Takkan mak nak reka cerita pulak...! Dua minggu lepas dia kena cekup dengan bilal...sebab mengendap anak dara dia mandi! Teruk budak tu kena belasah dengan abangnya si Kamal tu...! Depan rumah bilal abang dia balun dia cukup-cukup! Nasib baik orang-orang kampung hentikan...kalau tidak, memang masuk hospital laa si Nabil tu! Nasib baik bilal tu orang yang bagus-bagus...tak report kepada polis! Kalau tak...naya dia masuk sekolah pemulihan akhlak!", balas Maimun. "Hemm....sampai macam tu sekali ye? Kesian pulak kat abang Kamal. Ke hulu ke hilir dia cari Nabil tu...", balas Salwa. "Itulah....merayu-rayu dia minta maaf bagi pihak si Nabil tu! Hei....kamu ni bila nak pergi mandi? Sakit dah hidung aku ni bau ketiak busuk kamu tu...?", balas Maimun berseloroh. "Hamboi mak ni....! Sedap mengata Salwa pulak ye...nak mandi laa ni...mak yang ajak berbualkan?", balas Salwa. "Ehh....aku pulak yang kena! Siapa suruh kamu datang duduk sini? Dah...dah....makin banyak lalat hurung...pergi mandi! Shuuuhhh....shuuuuhhh!", balas Maimun sambil menggerakkan telapak tangannya seolah-olah menghalau anak daranya itu. "Isshhh...orang nak pergi la ni! Huh...malas laa nak cakap dengan mak dah! K...bye!", balas Salwa lalu terus berdiri. Menapak berjalan menuju kearah pintu bilik air yang bersambung dengan dapur dibelakang rumah.

Sebumbung Bersama 4 Gadis Jelita - SekunderUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum