Rangkap Keduapuluh Satu - Ekspedisi XIII : Broken 1

20.7K 161 32
                                    

Ooooookkkkkk~Ooooookkkkkk~Oooooooooooooooooaaaaaakkkkkk~

Sahutan ayam memanggil kearah matahari yang kian terbit lebih tinggi kedengaran nyaring mengisi ruangan dikampung Mona. Pemergian Pak Hamid kealam barzakh masih terasa dikalbu Mona, Imran, dan Makcik Khadijah walau 3 hari telahpun berlalu. Mereka bertiga yang paling terkesan dengan pemergian arwah. Mona masih menyendiri membawa diri dari Imran selepas sampai sahaja di kampung mereka. Hanya tersisa sepatah dua pertukaran dialog apabila terselisih. Janggal dan aneh tingkah lakunya. Tidak seperti selalu. Perkara ini secara tidak langsung membuatkan Imran berasa jauh. Namun tidak dapat diproses didalam akalnya akan atas sebab apa dia diperlakukan sedemikian. 

"Pssssstt! Aaaaaa~ Joanne!", panggil Janice kearah Joanne yang duduk diatas pangkin beranda. Joanne mengalihkan pandangan kearahnya. Reaksi Janice mengangkat kedua bahunya kelihatan. Joanne menggelengkan kepalanya sambil menyambung sikat rambut Vicky dan Alisya duduk bersimpuh mengunyah tempeyek duduk berhampiran dengan mereka berdua. Aneh apabila kejadian tidak bertegur sapa antara mereka makin menjadi-jadi. Hanya saling bertukar pandangan dan berlalu pergi. Imran turun kebawah keluar mendapatkan Makcik Khadijah. Manakala sejurus selepas kelibat Imran kelihatan, Mona yang awalnya tadi bersama mereka terus bangun dan masuk kedalam rumah. Bagai panas yang dirasa apabila mereka berdua berada dekat. Meninggalkan tetamu dari kotaraya kebingungan menjadi mangsa yang tersepit. 

"Aaaaaaahhhhhh....turun pun kamu Imran! Ni...acik nak minta tolong sikit. Boleh?", tanya Makcik Khadijah kepada Imran. "Ehh....untuk acik apa pun boleh tau?", balas Imran sambil bertinggung membantu Khadijah membersihkan sabut kelapa tua diatas tanah. "Hamboi Imran~anything?", usik Makcik Khadijah sambil mengenyitkan matanya. "Ehh...! Eehhh!! Makcik nak yang tu ke??", tanya Imran sedikit menggelabah. "Hahahaha! Kamu ni memang good boy betul laa Imran! Yang tu takmau...makcik takdak mood! Ni...nak minta kamu ke kedai...beli barang dapur sikit. Rempah kari apa semua dah habis dah tu....boleh?", tanya Makcik Khadijah. "Haiiisshhh....buat suspen jelah! Hahaha! Fuuuuhhh~ Kalau yang tu boleh je acik! Duit?", tanya Imran sambil bertinggung disebelah makcik saudaranya. "Haaaaaaaaiiiiiii!! Kata kerja kat bandar besar....takkan rempah kari sikit pun kau tak boleh belanja aku?", bebel Makcik Khadijah. "Aaaaahhhh....Imran mana ada duit! Yang ada duit...tu kak Mona! Imran miskin...hehehe!", balas Imran sambil tersengih-sengih. "Haaaaaiiiiii~kamu ni! Bawaan family ke apa kedekut kamu ni...! Jap....! Tunggu makcik ambil duit!", balas Makcik Khadijah lalu menyeluk kedalam baju arah payudara kanannya. "Iiiiiiiiissssssssshhhhhh~takda tempat lain ke?", balas Imran sambil mencebikkan mukanya. "Eleh!! Dulu-dulu.....tetek makcik cantik! Makcik tu...makcik ni.....bilo dah besor....bawak pompuan-pompuan cantik datang rumah....tetek aku pun kau tak hingin dah ye?", balas Makcik Khadijah. 

"Hahahaha!! Kesitu pulak dah orang tua nih! Haiiii~makcik! Makcik tetap cantik tau? Tengok...kedut pun tak ada tau? Tak makan usia!", kata Imran menyapu lembut pipi Khadijah. "Betul ni Imran?", tanya Makcik Khadijah pada anak saudaranya. "Betul....tapi....emmm....kendur ada sikit!", balas Imran sambil tersenyum. "Kuang hajo! Sempat lagi kau ye?!Ammmmmmmmmmm!!!", balas Makcik Khadijah lalu terus menggigit telapak tangan Imran yang berada dekat dengan wajahnya. "Aadddduuuuuuuuuuhhhhhhhhh!!!", jerit Imran. "Hahahaha! Rasakan! Baru kau tau laknat orang tua macam mana! Dah pergi kedai!", kata Makcik Khadijah. "Huhuhuhu...dah laa gigit orang....lepas tu suruh pi kedai pulak! Ni tangan ni....kena cuci tujuh kolah masjid baru hilang bau rasanya ni! Hadoi laa....!", kata Imran sambil perlahan-lahan bangun. "Woiii...!!! Tak guna punya anak buah!", jerit Makcik Khadijah kepada Imran yang terus berlari. 

Sebumbung Bersama 4 Gadis Jelita - SekunderWhere stories live. Discover now