Rangkap Keduapuluh - Ekspedisi XII : Pergi

18K 189 20
                                    

"Hello...Mona...Mona...ni...ni Makcik Leha ni!", ujar Mak Cik Leha dari hujung talian. "Oohhh...acik! Ada apa acik call Mona tengah-tengah malam ni?", tanya Mona sambil memegang letak telefon bimbitnya melekap pada pipi kanannya. "Emm...Mona. Acik harap kau dapat bersabar...", sambung Mak Cik Leha. "Bersabar apanya Mak Cik Leha oii...jangan buat suspen! Cakap je...cakap...", balas Mona sambil sempat anak matanya mengerling kearah Imran dan Joanne yang sudah bermadu asmara saling berkucupan tanpa kehadiran dirinya. "Emmm...mak cik sekarang ada di hospital dengan mak kau!", balas Mak Cik Leha ringkas. "Hah...buat apa pulak dekat hospital tu? Mak Mona sakit ke apa? Dia oke tak? Ayah pulak macam mana?", tanya Mona dengan perasaannya makin gundah gulana. "Err....emm....mak kau sihat...tapi....ayah kau...emm...haaiihhhh...macam mana mak cik nak cakapkan kat kau ye....hemmm...ayah kau dah tak dak Mona. Bawak bersabar ye nak...!", ujar Mak Cik Leha dalam nada penuh kesayuan. Serentak dengan perkhabaran berita yang diberitahu oleh Mak Cik Leha, Mona melepaskan secara terus telefon bimbitnya menjengah ke lantai yang dilapik dengan permaidani mewah. "Mona...Mona...hello....Mona...?", ujar Mak Cik Leha dihujung talian. Terus hilang segala daya dan tenaga yang ada pada tubuhnya. Perkhabaran berita yang cukup untuk menyentap segala kewarasan yang ada pada benaknya. Lututnya terasa lemah. Longlai. Tanpa sebarang daya dan impak yang menolak, tubuhnya terus terjatuh terduduk terjelepuk diatas permaidani yang dihamparkan dibilik tamu yang diinapi oleh Imran. Mengejutkan dua pasangan yang sedang enak berjabat salam bertautkan ciuman keghairahan dalam pautan peluk yang sukar untuk dirungkaikan.

"Akak? Akak oke?", tanya Imran yang hadir mendekati tubuh Mona yang terduduk terjelepuk diatas lantai. "Mona...are U oke?", tanya Joanne yang duduk bersimpuh disebelah Mona. Tidak semena-mena Mona terus memeluk tubuh Imran yang duduk bertinggung dihadapannya. Dipaut kedua pergelangan tangannya mendakap leher Imran, lalu direbahkan kepalanya tersembam melekap pada dada Imran. "Imran...isk...isk...ayah....akak....ayah akak dah tak ada Imran....isk...", ujar Mona merengek bertenggek meminjam tubuh Imran untuk melepaskan perasaan sedih yang makin terisi penuh didalam hatinya. Imran dan Joanne terus terkejut tatkala ayat yang dilontarkan oleh Mona berlantun-lantun didalam gegendang telinga mereka berdua. "Pak...pakcik Hamid dah tak ada?", tanya Imran dengan terkejut. Mona hanya mengangguk perlahan. Tiada daya dan suara lagi untuk membalas pertanyaan Imran. Joanne terus meletakkan telapak tangannya mengusap-usap belakang tubuh Mona. Tiada kata-kata yang mampu diungkapkan bagi menenangkan Mona yang sedang menangis teresak-esak dalam pangkuan Imran. Joanne tidak lagi berlengah lalu bingkas bangun dan menapakkan kakinya bergerak menuju ke kamar Vicky, Alisya dan Janice. Mengejutkan mereka semua yang baru sahaja usai membersihkan diri dan mula untuk berehat. Melopong mulut mereka semua apabila berita akan Mona yang telah kehilangan insan yang tersayang baru sahaja diterima melalui penyampaian dialog bicara dari Joanne. Setelah itu Joanne melangkahkan kakinya bergerak mencari ketua maid di villa tersebut, yakni Lisa.

Toookkkk~Toooookkkkk~Tooooooookkkkk~

"Lisa...Lisa...are U sleeping? Please...open this door! I have important matters to discuss with U.", ujar Joanne dibalik pintu bilik Lisa. "No....I'm still awake...please wait a moment...I will be there to assist U.", ujar Lisa dari arah dalam biliknya. Tidak lama kemudian, pintu bilik Lisa dikuak buka dari arah dalam. Kelihatan kelibat Lisa berdiri tercegat dengan posisi menunduk sedia untuk berkhidmat kepada anak tunggal kepada Tan Sri Robert Lee. Dengan siap berpakaian gaun tidur yang kelihatan agak nipis hingga tembus menjelmakan rupa paras tubuhnya yang indah bak seorang puteri. Tercucuk menggantung puting susu berwarna pink dapat kelihatan dari baju tidurnya yang berwarna putih dan berfabrik nipis tersebut. "Lisa! I know U are tired and all...but...would U please pack my things and help me and my friends to load our things inside our cars?", ujar Joanne memberikan arahan. ".....Yes! Absolutely Ms.Joanne. But...can I ask why? If I'm not mistaken...U and your friends should be here until after tomorrow. Its not that I am busy body or anything...its just...if Tan Sri are asking me...I can give a solid answer to him.", tanya Lisa dalam posisi menunduk. Mendedahkan lurah dendamnya pada sesiapa yang melihat akan tubuhnya saat itu. "There's been emergency! Ayah Mona dah....tiada!", balas Joanne. Riak wajah yang dipaparkannya menjadi bukti akan kebenaran tutur katanya kepada Lisa. "Alright. Please wait a moment. My team will assists U in your early departure.", balas Lisa. "Thanks...Lisa!", ujar Joanne lalu berlalu menapak semula kearah bilik tamu Imran.

Sebumbung Bersama 4 Gadis Jelita - SekunderWhere stories live. Discover now