Rangkap Keenambelas - Ekspedisi VII : Hari Kedua | Truth or Dare?

29.5K 294 25
                                    

Malam yang disuluh dengan sinaran cahaya rembulan bulat penuh menaikkan 'mood' untuk aktiviti yang bakal diadakan oleh Imran, Joanne, Janice, Mona, Alisya dan Vicky pada malam hari tersebut. Setelah beberapa minit Imran dan yang lain-lain menunggu Joanne di belakang villa, kelibat Joanne kini kelihatan. Joanne menapak menghampiri Imran dan yang lain-lain bertemankan Lisa, Cathy dan Anne yang berjalan dibelakang Joanne sambil memikul beberapa peralatan berkelah. Mona, Vicky dan Alisya masing-masing mengerutkan wajah. Sedikit terganggu dengan kehadiran maid bertiga yang berada dibelakang Joanne. "Psstt....Vick. Diorang ikut sekali ke?", tanya Alisya berbisik dekat dengan telinga Vicky. Vicky hanya membalas dengan mengangkat bahunya perlahan sambil menggelengkan kepalanya. "Sory...I'm late guys! Fuuuhhh...emm...jomlah! Haa...anyways...diorang ni insists untuk follow. Katanya tak boleh biarkan I sendirian macam tu je...xpa kan kalau diorang ikut?", tanya Joanne kepada Imran dan yang lain-lain. "Emm...Imran oke je! Lagi ramai lagi best...lagi banyak cerita nanti! Kan?", balas Imran sambil tersenyum. "Aku oke je...yang lain aku tak sure laa...", balas Mona kepada Joanne sambil berpeluk tubuh. "Kitorang pun oke...the more the merrier!", kata Vicky sambil memeluk leher Alisya. Lisa, Anne dan Cathy tersenyum manis apabila mereka dapat turut serta dalam aktiviti Joanne dan teman-teman malam itu. Joanne terus menapak perlahan berjalan disebelah Imran. Dituruti oleh yang lain dari belakang. Berjalan menapak menyelusuri denai yang disuluh dengan lampu tiang yang dipacak di kiri dan kanan lorong ditaman.

Langkah mereka kemudian terhenti dibawah sepohon pokok hujan-hujan (samanea saman) yang rendang dan sedikit besar terletak berhampiran dengan tasik, tidak berapa jauh dari blok bangunan villa. Anne dan Cathy mula memainkan peranan. Sesampainya mereka didestinasi yang telah dipilih, Cathy terus mengeluarkan segulung tikar yang diperbuat daripada polyster fabric sejenis bahan kalis air lalu terus menghamparkannya dibawah pokok tersebut. Anne dan Lisa kemudian menyusun beberapa snek dan juadah ringan untuk dijadikan santapan. Mona, Vicky dan Alisya hanya berdiri berhampiran, tidak mampu untuk melakukan apa-apa. Hanya sekadar memerhati tingkah laku Lisa, Cathy dan Anne menyediakan tempat untuk mereka semua melabuhkan punggung. Imran tersenyum memerhati tindak-tanduk 3 orang anak gadis tersebut. Lalu bertindak menghampiri mereka. Joanne turut serta mengekor Imran dari belakang. "Ehemmm!! Rasa bersalah ye...? Hehehe~", kata Imran disebelah Mona dalam nada perlahan. Mona, Alisya dan Vicky sedikit terkejut. Hanya diam tanpa mampu bicara. Masing-masing berwajah sugul. Gusar akan kata-kata dan tingkah laku mereka tadi mengguris hati dan perasaan maid bertiga tersebut. "Relax laa...rasanya diorang tak ambil hati sangat tu...jangan laa nak masam muka sangat korang.", pujuk Imran. "Emm...yeke Imran?", tanya Mona. "Yee....takda apalah. Benda kecik je...tak caya tanya Joanne. Dah laa jom tolong Imran dengan Joanne setup unggun api dulu.", balas Imran. "Takda apalah....jom, tolong kitorang!", kata Joanne lembut sambil memegang bahu Mona. Mona, Alisya dan Vicky mulai tersenyum. Lalu mereka bertiga terus menolong Joanne dan Imran mengumpul ranting-ranting kayu bagi dijadikan asas unggun api.

Imran, Mona dan Vicky berjalan masuk kedalam kawasan semak samun berhampiran bagi mencari kayu api berbekalkan satu lampu suluh yang dipegang oleh Imran. Manakala, Alisya dan Joanne sedang menyusun kayu api yang dikutip menjadi satu timbunan kayu berbentuk piramid ditapak camping. Masing-masing sibuk menyiapkan tugasan bagi menyediakan tempat bagi mereka bercerita mistik. "Ehhh...Joanne! How come I don't see Janice? Where is she?", tanya Alisya kepada Joanne sambil bertinggung dan menyusun kayu api. "Hemm...at her room I think. Sakit perut. Period pain kot...", balas Joanne kepada Alisya. "Oooo...no wonder....patut laa I tak nampak pun dia hari ni. Tapi...oke ke dia duduk sorang-sorang dalam bilik tu? U tak teman dia?", tanya Alisya yang mulai bangun perlahan-lahan. "Emmm...it's not like I don't want to be with her...tapi she insists that I kena layan U all semua. Since U all datang dari jauh...lagipun , since my dad will be out for couple of days....I laa kena layan U all semua. Hehe..but I think she's fine. Kena rest je...period pain kan?", balas Joanne sambil melangut memandang Alisya yang sedang mengambil pemetik api. Alisya diam setelah Joanne menitikkan tutur katanya. Lisa dan Cathy tersenyum apabila mendapat khabar bahawa Tan Sri tiada di villa. Tersenyum penuh bermakna sambil memasang telinga. Alisya kemudian berfikir sejenak. Ada betul apa yang diperkatakan oleh Joanne. Mereka adalah tetamu dirumah bapanya. "Ehh....ayah U takda ke?", tanya Alisya. "Em'em...kerja...business...kontrak penting katanya....hemmmm....selalu macam tu. Paling lama dia ada kat rumah dulu pun 3 hari. Hari yang lain....all over the world.", balas Joanne. "Emmm....sory kalau I tanya macam tu....", balas Alisya lalu duduk bertinggung disebelah Joanne. "It's okay. Sebab tu laa I amik keputusan bawak haluan sendiri. Bangunkan bisnes sendiri....hehe...dah cucuh laa api tu. Gelap jugak ni.", kata Joanne lalu tersengih manis. Alisya tersenyum lalu menyalakan api dengan menggunakan sumbu pembakaran yang dibawa Cathy tadi. Cathy dan Anne juga telah menyiapkan juadah makanan. Mereka mula menghampiri Joanne dan Alisya yang berada berdekatan dengan unggun api. Lisa pula pergi mendapatkan ketul ais yang tertinggal didapur. Kini mereka hanya menunggu kehadiran Imran, Mona, dan Vicky.

Sebumbung Bersama 4 Gadis Jelita - SekunderOù les histoires vivent. Découvrez maintenant