BAB 13

36 4 0
                                    

DIA bergolek ke kiri dan kanan, cuba untuk menyambung kembali tidurnya namun matanya tidak mahu terpejam. Dia menyelak selimut yang menyelubungi kepalanya. Matanya membulat ketika dia berpaling ke sisi. Terkejut beruk Afrina dibuatnya bila melihat Nazrin sedang nyenyak tidur di sebelahnya.

Afrina segera bangkit daripada tempat pembaringannya. Sesekali dia mengerling ke arah Nazrin sambil mengemas peralatannya. Kaum hawa yang lainnya mulai sibuk menyediakan sarapan pagi. Afrina tidak berlengah lagi. Dia terus membersihkan dirinya kemudian membantu yang lain untuk menyediakan sarapan.

Sarapan yang telah siap dimasak diletakkan di dalam bekas yang besar lalu dibawa naik ke atas. Bubur daging dan sup sayuran beserta air kopi menjadi hidangan mereka pagi itu. Afrina kembali turun ke bawah lalu menuju ke arah Nazrin yang masih lagi nyenyak tidur. Perlahan-lahan dia membongkokkan tubuhnya sambil tangannya menggoyangkan tubuh lelaki itu. Nazrin berguling ke kiri dan kanan sebelum matanya terbuka sedikit demi sedikit.

“Bangun, sarapan. Dah siang dah ni,” ujar Afrina bila melihat Nazrin membuka matanya.

Suara Afrina yang menerjah gegendang telinganya antara dengar dan tidak sahaja namun kepalanya diangguk laju.

“Cepatlah bangun, nanti habis sarapan tu baru tahu. Lepas sarapan nak sambung balik tidur tu sambunglah,” kata Afrina lagi.

“Ya, saya bangunlah ni,” balas Nazrin dalam keadaan mamai.

*******

NAZRIN memandang Afrina sambil tersenyum-senyum. Naik rimas gadis itu dibuatnya. Afrina jadi semakin tak tentu hala. Mahu saja bubur yang masih bersisa di dalam mangkuknya itu dilemparkan ke wajah Nazrin agar lelaki itu tidak terus memandang dirinya. Senyuman yang terukir di bibir Nazrin makin lama makin meleret. Makin meluat Afrina dibuatnya.

“Apahal kau ni, mabuk laut?” soal Afrina geram.

Nazrin menggelengkan kepalanya. Bibirnya masih lagi menguntumkan senyuman.

“Awak pernah tengok cermin tak? Comel kan awak ni?”

Tersedak Afrina mendengar kata-kata tersebut. Dia mengurut dadanya sambil menelan makanannya dengan payah. Wajahnya bertukar merah padam. Cepat-cepat tangannya mencapai cawan minumannya lalu dia meneguk air kopi itu dengan laju. Nazrin berkerut dahi sambil mnegetapkan giginya bila melihat wajah Afrina yang bertukar rupa.

“Kau ni dah nak mampus ke apa cakap macam tu? Kau dah gila?” ujar Afrina geram sambil memandang Nazrin dengan pandangan yang tajam.

“Saya cakap benda yang betul je. Tak salah kan apa yang saya cakap tu? Lain macam betullah awak ni bila awak sanggul rambut awak macam tu. Dah macam model dah saya tengok.”

“Lepas ni kau jangan lupa makan ubat, nanti berjangkit pulak sewel kau tu dekat aku.”

Afrina menyuap lagi sarapannya. Dia mahu segera menghabiskan sarapannya. Tidak betah rasanya untuk dia berlama-lama di situ.

“Awak dah ada pakwe?” soal Nazrin lagi.

Tersembur bubur nasi yang baru saja Afrina suapkan ke dalam mulutnya. Semua mata memandang kea rah mereka berdua. Afrina tersipu malu. Nazrin cepat-cepat mengisi cawan Afrina dengan minuman lalu diserahkan kepada gadis tersebut.

Afrina mengambil cawan yang dihulurkan kepadanya dengan kasar. Geram hatinya dengan perangai Nazrin yang tiba-tiba mereng. Dia kemudiannya mengesat sisa bubur yang masih melekat di tepi bibirnya.

“Kau ni dah betul-betul gila ke apa? Kau nak mampus ke cakap benda yang bukan-bukan?!” soal Afrina dengan suara membentak.

“Err… saya minta maaf, saya bukan sengaja nak buat awak marah cuma saya nak tahu je.”

DUA DUNIAWhere stories live. Discover now