BAB 23

24 5 0
                                    

SEJAK dari tadi dia memerhatikan gadis yang berada di seberang jalan sana yang sedang asyik bersembang dan bergelak ketawa dengan seorang lelaki yang duduk semeja dengannya. Mesra sekali nampaknya mereka berdua.

Lelaki yang berada di seberang jalan sini menggenggam jemarinya seerat yang mungkin. Dia sudah tidak boleh bersabar lagi. Perasaan geram dan marah yang dipendamnya selama ini semakin meluap-luap bila melihat kejadian itu.

Ketika dia melihat lelaki yang bersama dengan gadis itu berlalu pergi, dia segera mengatur langkahnya ke seberang jalan sana. Matanya berapi-api memandang gadis itu.

“Gembira betul kau ya? Pakwe baru kau tu cerita apa dekat kau sampai mengekek-ngekek kau ketawa?” soal Hadif sinis.

Gadis itu merasa terkejut apabila telinga tiba-tiba saja terdengar suara Hadif. Fariza cepat-cepat memalingkan tubuhnya mencari susuk tubuh orang yang menegurnya. Kelam-kabut dirinya bila melihat Hadif berdiri sedikit jauh di belakangnya.

Perlahan-lahan dia bangun lalu dia berjalan mendekati Hadif sambil bibirnya terketar-ketar ingin bersuara namun tiada kata yang mampu untuk diluahkan. Riak wajahnya bertukar sugul.

“Seronok sangat sampai malas nak jawab soalan aku?” soal Hadif lagi.

“You…you buat apa dekat sini?” soal Fariza tergagap-gagap sambil langkahnya terhenti.

“Tengok makwe aku keluar dengan jantan lainlah, apa lagi.”

“Tapi…tapi ni tak macam apa yang you fikirkan. I boleh jelaskan dekat you. Dia bukan siapa-siapa, cuma kawan I je.”

Hadif tersengih. “Tak macam apa yang aku fikirkan? Kau tahu tak aku ikut kau dari pejabat kau tadi? Kau ingat aku ni bodoh sangat ke tak tahu nak fikir? Lagi satu, kau bukannya baru hari ni keluar dengan mamat tu kan?”

Semua mata yang berada di situ memandang ke arah mereka berdua, saat mendengar suara Hadif yang tiba-tiba kuat membentak. Fariza menjeling ke sekeliling. Wajahnya mulai memerah. Matanya mulai berkaca.

“Aku tak tahulah perempuan jenis apa kau ni. Ada pakwe tu buatlah cara macam orang ada pakwe, yang kau ikut jantan tak guna tu buat apa. Saja nak buat aku marah? Atau kau sebenarnya dah benci dengan aku? Dah muak sangat dengan aku? Kalau kau nak putus aku tak kisahlah tapi kau janganlah layan aku macam orang bodoh macam ni!”

Air manik jernih yang tadinya hanya bertakung di kolam matanya mulai meluncur laju mengalir di pipi. Fariza tidak betah mendengar kata-kata Hadif yang semakin menyakitkan hati. Dia menggengam erat skirt yang dipakainya sambil air matanya semakin lebat membasahi pipi.

“Haa, cakaplah apasal diam. Nak jugak aku dengar penjelasan kau. Apasal kau buat aku macam ni? Tak cukup ke aku ni sampai kau nak kena ada jantan lain? Kau sebenarnya couple dengan aku ni sebab apa? Sebab duit? Kalau kau couple dengan aku semata-mata kau nak duit kau cakap. Aku boleh bagilah.”

Hadif mengeluarkan dompet yang berada di kocek belakang seluarnya. Dia membuka dompetnya lantas dia mengambil semua not-not yang berada di dalam dompetnya itu.
“Nah.…” Hadif melontarkan duit-duit tersebut ke wajah Fariza.

Air mata Fariza semakin lebat membasahi pipi. Sedunya semakin menjadi-jadi. Hatinya bagaikan tersiat-siat saat dirinya diperlakukan sedemikian rupa. Bibirnya bergetar-getar. Fariza tidak tahu sejauh mana Hadif akan menjatuhkan maruahnya. Dia tidak mahu tahu tentang itu. Hadif memandang gadis itu lama sambil hidungnya kembang-kempis menahan marahnya yang makin menggila.

“Woi, apahal ni?” ujar lelaki yang menemani Fariza tadi sekembalinya dia dari urusan alam.

Dia melihat Fariza yang tertunduk sambil wang bertaburan di sekelilingnya lalu dia memandang Hadif tajam.

DUA DUNIAWhere stories live. Discover now