BAB 31

21 4 0
                                    

ZAILI bergolek ke kiri dan dan kanan sebelum dia menguap seluas-luas bukan mulutnya. Dia menolehkan kepalanya ke sisi. Nazrin dan Afrina masih lagi enak dibuai mimpi. Entahlah, mungkin tak seenak mana. Tergigil-gigil nampaknya rakan-rakannya itu. Zaili segera bangkit lalu mendekati mereka. Selimut yang ada padanya dihamparkan ke atas tubuh Nazrin dan Afrina.

Dia kemudiannya mengambil parang yang berada di tepi unggun api itu lalu berjalan ke pintu gua. Wajahnya kehairanan bila melihat pintu gua itu ditutupi dengan ranting-ranting kayu dan pokok-pokok kecil. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

Perlahan-lahan dia mengalihkan ranting-ranting kayu tersebut untuk keluar daripada gua tersebut. Sebelum dia meneruskan agendanya, dia menutup kembali pintu gua itu dengan ranting-ranting kayu seperti tadi.

*******

“AYAM? Kau biar betul,” ujar Nazrin bagaikan tidak percaya.

Zaili hanya tersengih sambil membalik-balikkan ayam yang dipanggangnya. Terliur Afrina melihat ayam panggang itu. Aromanya sahaja sudah cukup untuk membuatkan perutnya berkeroncong.

“Awak tu masih belum sihat sangat, tak payahlah susah-susah buat semua ni. Kalau demam lagi macam mana?” kata Afrina dalam nada risau.

Zaili memandang gadis itu sambil tersenyum nipis.

“Awak janganlah risau, saya tak apa-apa. Terima kasih sebab awak jaga saya. Saya dah betul-betul sihat sekarang.”

“Tapi saya tak buat apa-apa pun,” ujar Afrina merendah diri.

“Hmm, rasanya dah masak kot ayam ni,” kata Zaili lalu dia mengangkat ayam itu lalu diletakkan di atas sehelai daun yang besar.

“Tapi betul ke ni ayam, bukan haiwan yang pelik-pelik? Yelah, dunia ni kan pelik jadi mestilah makhluk-makhluk yang ada dekat dalam dunia ni pun pelik-pelik jugak,” soal Afrina padanya.

Zaili mendongakkan kepalanya memadang gadis itu kemudian dia memotong ayam panggang tersebut.

“Jangan risau, saya masih boleh bezakan antara ayam dengan haiwan-haiwan yang lain.”

“Tapi ayam apa yang tinggal dekat kawasan bersalji ni? Tak pernah dengar pun aku sebelum ni. Ada ke ayam yang tinggal dekat tempat bersalji?” soal Nazrin pula.

“Kau ni banyak tanyalah. Diam-diam makan je makan tak boleh ke?”

“Hai, marah nampak.”

“Bukan marah, cakap je.”

“Awak sembelih tak ayam tu tadi?” soal Afrina lagi.

“Err, penting sangat ke nak kena sembelih?”

Afrina dan Nazrin terlopong mendengar soalan Zaili.

“Seriuslah soalan kau ni? Kalau ayam ni kau tak sembelih, dah macam makan bangkailah jadinya,” kata Nazrin sambil berkerut  dahi.

“Apa pulak macam tu. Kan kau sendiri cakap yang dunia ni tak sama dengan dunia nyata. Tak payah risaulah pasal sembelih ke tak, yang penting jangan makan mentah-mentah sudah.”

“Kau makanlah sorang kalau macam tu, aku tak nak.”

“Serius ni Naz kau tak nak?” soal Zaili sambil menghulurkan sepotong ayam kepadanya.

Nazrin mencebikkan bibirnya sambil menggeleng laju. Dia kemudiannya menghulurkan kepada Afrina pula. Afrina juga menolak.

“Okeylah, kalau korang berdua tak nak. Jangan cakap aku kedekut. Rezeki aku soranglah nampaknya. Confirm seminggu tak lapar macam ni.”

DUA DUNIAWhere stories live. Discover now