BAB 1.

12.9K 389 23
                                    


"Saya terima nikahnya, Sarah Irdina dengan mas kahwinnya sebanyak RM 5000 ringgit tunai"

Kini, Sarah sudah mempunyai tanggungjawab baharu iaitu sebagai seorang isteri kepada Tengku Mikael. Terbayang-bayang moment itu sebulan yang lepas. Dia sangka suaminya dapat menerimanya dengan hati yang terbuka namun, sangkaannya itu meleset.

Kenapa dia terima Sarah untuk jadi isteri sedangkan dia tak ikhlas pun? Kalau tak suka sekali pun, bantah lah awal-awal perkahwinan ni. Ini tidak, dia hanya berdiam diri bagaikan rela dikahwinkan dengan gadis kampung seperti Sarah.

"Hei menantu kesayangan mumyy buat apa tu?" tanya Datin Rosnah ramah.

Termati terus lamunan Sarah seketika. Dia hanya tersenyum hambar untuk menutup kegusaran di hati tatkala memandang emak mentuanya.

"Er...takde pape mumyy, Sarah cuma menghayal sekejap." dia cuba berdiri untuk menyalami Datin Rosnah.
Dicium tangan tua itu dengan hormat dan bertatasusilah. Itulah sikap yang membuatkan Datin Rosnah bersetuju untuk mengawinkan anak terunanya dengan Sarah kerana mempunyai akhlak yang baik. Susah tau nak cari perempuan yang begitu sekarang.

"Jom duduk kat sofa ni, kita sembang-sembang sikit sebelum korang pergi rumah baru. Nanti bila korang dah pergi, sorang-soranglah mumyy kat rumah ni, papa tu sibuk je dengan kerja. Kalau ada masa nanti, lawatlah mumyy yer. Pintu rumah ni sentiasa terbuka untuk menantu mummy ni." susah hatinya untuk melepaskan mereka pergi dari rumah ini. Namun, urusan rumah tangga anaknya, dia tidak mahu mencampuri. Biarlah mereka uruskan sendiri.

"Sarah janji mummy. Kalau ada free time je nanti Sarah lawat mummy yer. Jangan lupa tau nak masak sedap-sedap nanti." seroloh Sarah. Ketawa kecil Datin Rosnah mendengarnya.

"Kalau nak datang call mummy, biar mummy masak sedap-sedap khas untuk Sarah." tambahnya lagi.

"Okayyy mummy"

"Sarah...mummy harap Sarah tak ambik hati tau kalau Mika tu layan Sarah tak selayaknya seorang isteri. Kamu fahamkan maksud mummy ni. Sebab Mika tu tak kenal juga dengan kamu, jadi mummy nak kamu ambik lah masa untuk berkenalan. Pergi lah honeymoon ke? Erat juga hubungan kamu nanti." cadang Datin Rosnah penuh berharap.

"Nanti Sarah cuba mummy. Tapi pasal honeymoon tu, tak payah lah sebab Mika kan banyak kerja dekat ofis tu."

"Ala..kerja dalam ofis tu sampai mati pun tak akan siap. Sarah jangan risau, nanti pandai-pandai lah papa yang uruskan."

"Sarah dah siap?" tegur satu suara di belakang.

Berpusing mereka berdua untuk melihat Tengku Mikael yang segak berpakaian T-shirt sambil menjinjit beg roda.

"Erm...dah. Sarah dah siap." Sarah bangun dari duduknya dan mendapatkan beg sandangnya di meja.

"Mummy, Mika dan Sarah gerak dulu lah ye. Kalau lambat-lambat nanti jem pulak jalan tu."

"Haah. Yelaa. Mika jaga Sarah ni baik-baik tau, kalau ada cedera kat badan dia, siap kamu mummy kerjakan" ugut Datin Rosnah.

"Oky mummy." disalam dan dicium tangan ibu kandungnya dengan penuh hormat. Begitu juga dengan Sarah.

"Mummy jaga diri baik-baik tau" pesan Sarah sebelum naik kereta BMW milik suaminya.

Datin Rosnah menghantar pemergian mereka di pintu sehingga kereta itu hilang dari pandangan matanya.

~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~

Sunyi sepi suasana dalam kereta itu kerana tiada perbualan. Mikael mengambil keputusan untuk memulakan bicara.

HANYA SEMENTARA ✔Donde viven las historias. Descúbrelo ahora