Andai peluang kedua itu ada, akan ku berikan segala kasih sayang ku padamu.
Andai masa dapat ku putarkan semula, pastinya, kalimah itu tak akan ku keluarkan dari mulut.
Namun, semuanya sudah terlambat. Penyesalan. Dalam seumur hidup ku.
Segala memori kita bersama yang indah mahupun kelam, akan kuingat sampai maut menjemput.
Tak pernah sekali pun terdetik dalam hati ini untuk melupakan mu, sayang.
Permata hati ini akan ku jaga dengan baik demi mu. Tak akan ku mungkiri janji yang terakhir ini.
---------- Tengku Mikael-----------
Luka yang kau berikan tak mudah untuk aku sembuhkan. Terlalu dalam luka itu sehingga mendera fizikal dan emosi ku.
Terlalu kerap kali aku terseksa kerana diri mu sehingga perkataan maaf dari mu tak ternilai buat aku.
Cinta ku pada mu tak berharga sehingga kau permainkan cinta yang tulus dan suci ini.
Aku jatuh dan bangun sendirian tanpa mu di sisi membuatkan aku menjadi wanita yang kuat. Namun, kekuatan ku tak dapat dibandingkan dengan mu. Aku jatuh buat kali yang terakhir sehingga membuat musuh mu gembira.
Penat. Aku penat dengan mainan dunia dan cinta mu. Aku terlalu lemah untuk semua ini. Memang takdir ku tidak seindah yang diidamkan. Warna hitam dan putih telah sebati dalam diri ku.
Ku harap agar masa yang tersisa ini
mampu menginsafkan mu wahai sang kekasih...----------Sarah Irdina------------
Come to me if you feel unappreciated and loved. I will love you more than anyone.
Aku sanggup jadi tulang belakang mu jika kamu jatuh. I will be your protector and savior too, sweetie.
Sangat sakit bila cinta kita yang memekar kini terhalang. It hurts more when you leave me without words.
My love for you will last. I will never forget you. Cinta kita tumbuh tanpa dapat aku hentikan. Biarkan bibit-bibit cinta kita kekal selamanya sebab ini adalah kali terakhir aku dapat menatap wajah mu.
I'll be missing you so badly my sweetie, Sarah Irdina.
What a beautiful name of you.
--------Ben Martin----------
YOU ARE READING
HANYA SEMENTARA ✔
Romance⚠Known As: MY TEARS!⚠ SARAH IRDINA_ Dia memang seorang gadis yang cantik namun, dirinya tidak pandai dalam bab bergaya dan bersolek. Dalam sekelip mata sahaja, dia telah dikahwinkan dengan Tengku Mikael atas alasan 'terhutang budi'. Siapa cakap pe...