Sarah memandang Mika dengan riak yang kecewa. Tidak sangka suaminya sanggup memperlakukan dirinya sedemikian rupa. Tidak cukup ke segala kasih sayang yang Sarah curahkan untuk Mika?Apa kurangnya Sarah? Jika hendak dibandingkan dengan Mia, Sarah jauh lebih cantik dengan personaliti naturalnya. Jika Mika memilih seorang yang seksi, maaf. Sarah bukan orangnya.
"Kenapa kau datang sini?" Tanya Mika memecahkan keheningan. Wajahnya tanpa riak susah dibaca oleh Sarah.
"Why? Kalau Sarah tak datang, mesti korang tengah have fun kan?" Duga Sarah. Dicuba sebaik mungkin untuk menahan kesakitan dalam hati.
"Yess. Of course babe. You are so clever." Ejek Mia. "Kalau dah nama laki dan pompuan kat dalam bilik, apa tanggapan kau erk? What did they do?" Soal Mia sinis. Sengaja ingin mengapi-apikan Sarah yang tengah panas hati.
"Mia! Kau boleh keluar tak? Aku nak bincang dengan Mika hal ni. Aku tak nak orang luar masuk campur dalam urusan aku." Marah Sarah. Mia telah melebihi hadnya. Sarah juga manusia biasa yang punya perasaan sakit hati dan marah.
Melihat wajah kemerahan Sarah menahan amarah membangkitkan rasa takut dalam diri Mia. Tidak pernah sekalipun dia melihat Sarah seperti ini. Laju tangannya mencapai semua pakaian sebelum berdiri ingin berlalu pergi. Tidak sanggup dirinya menjadi bahan amukan Sarah.
"Stay!" Arah Mika. Terbantut terus pergerakan Mia yang ingin keluar.
"For your information, Mia akan jadi isteri aku tak lama lagi. So, prepared yourself. Mia bukan orang luar." Tersungging senyuman sinis di bibir Mika apabila melihat wajah terkejut Sarah.
"No! Sarah tak setujuh. Mika tak bincang lagi perkara ni dengan Sarah. Please, Sarah rayu dengan Mika jangan madukan Sarah."
"Aku tak perlukan persetujuan kau. Kau siapa nak atur hidup aku? Lagi pun, kau pernah minta aku untuk lepaskan kau kan? Aku akan buat bila masa tu datang. So, kau buka mata kau sekarang. Bangun dari mimpi yang kau tak akan lagi berdamping dengan aku. Dan kau tak layak untuk bermadu dengan Mia." Bagaikan pisau belati kata-kata hinaan Mika yang masuk dalam hati Sarah. Habis robek dan hancur.
"Tap---"
"Mika!" Jerit seseorang lantang sekaligus mematikan perbualan mereka.
Semua mata menghala pada satu susuk tubuh di depan pintu yang sedang merenung tajam.
Pap!
Satu tamparan kuat hinggap di pipi kiri Mika.
"Ni untuk kebiadapan Mika dengan isteri."Pap!
Tamparan buat kali kedua di pipi kanan Mika. Terteleng kepala Mika menerima tamparan dari mummy.
"Ni untuk maruah keluarga!""Mummy tak pernah ajar Mika buat benda ni! Saitan apa yang rasuk kamu ni Mika?! Mana iman kamu, mana ajaran agama kamu!" Marah mummy. Nafasnya naik turun menahan amarah.
"Tak mummy salah faham." Dalih Mika. Wajahnya jelas kegusaran.
"Salah faham? Salah faham apa kalau sorang laki separuh bogel dengan perempuan murah ni dalam satu bilik? Atau mummy bodoh sebab dah fikir yang bukan-bukan?"
"Anty saya tak murah. Jaga sikit mul--"
Belum sempat Mia menghabiskan katanya, pipinya terteleng kuat dek tamparan dari Sarah.
"Kau jangan nak biadap dengan mummy aku, Mia. Aku dah lama sabar dengan kau tapi bila kau nak biadap, tangan aku tak reti nak duduk diam."
Semua yang berada di situ terkejut dengan tindakan Sarah. Merah mata Sarah menahan empangan air mata dari jatuh.
YOU ARE READING
HANYA SEMENTARA ✔
Romance⚠Known As: MY TEARS!⚠ SARAH IRDINA_ Dia memang seorang gadis yang cantik namun, dirinya tidak pandai dalam bab bergaya dan bersolek. Dalam sekelip mata sahaja, dia telah dikahwinkan dengan Tengku Mikael atas alasan 'terhutang budi'. Siapa cakap pe...