BAB 31.

4.7K 141 3
                                    


Biee?" panggil satu suara. Belum sempat Mika berpaling, tangan seseorang itu telah melingkar di lehernya.

Tersentak Mika di buatnya. Apatah lagi Sarah yang ternganga melihat adengan panas di depan mata.

"I miss you so much, biee. Muah." pipi kiri Mika menjadi mangsa ciuman si hantu cina@ Mia.

Hampir luruh jantung Sarah melihat suaminya diperlakukan sedemikian rupa oleh perempuan lain.

Pantas Mika melepaskan tautan tangan Mia dan berdiri tegak di hadapannya.

"Are you insane!? Out of mind!? Kau cuba nak buat apa ni Mia!?" marah Mika. Timbul urat tegang di wajahnya.

Semua mata-mata yang berada dalam restoran itu memandang ke meja kami. Malu. Itu yang aku rasakan sekarang. Takut juga jika Mika bertindak di luar kawalan.

"Bieee? Kenapa tengking sayang macam tu? Biee jangan marah. Sayang takut." adu Mia manja.

Uwekkk! Nak muntah aku guys. Mana baldi? Baldi? Eeeee geli tekak aku.

"Pergi mamposlah dengan biee kau tu! Baik kau berambus sekarang sebelum aku hilang sabar Mia. Kau ni tak serik-serik lagi ke? Aku dah putuskan hubungan kita, yang kau tak tau malu nak tayang muka kat sini kenapa? Dah kemaruk sangat?"
Langsung tiada secalit senyuman di wajah Mika.

"Kenapa biee dah berubah? Sayan----"

Laju tangan Mika dihayunkan ke wajah Mia.

Namun satu tangan menghalang. Tajam Mika memandang ke arah Sarah.

"Abang. Sarah tak suka abang naikkan tangan ke arah wanita. Sarah takut sangat." mohon ku penuh simpati. Dah lah tengah dalam restoran. Nama baik harus dijaga. Tak nak Mika kena cop sebagai lelaki dayus oleh masyarakat.

"And kau Mia. Kalau kau taknak Mika naikkan tangan ke muka kau ni, baik kau keluar sekarang. Jangan nak rumitkan lagi keadaan. Nasib Mika tak lempang kau, kalau tak, jerebu satu restoran ni sebab bedak tebal kau tu."

Naik turun dada Mia menahan rasa marah. Giginya diketap dengan kuat.

"Kau tunggu Sarah! Aku akan pastikan kau sengsara hidup dalam muka bumi ni. Sebab kau dah tersalah cari musuh." selesai sahaja Mia berkata dia berlalu pergi. Sempat di langgar bahu ku dengan kuat.

"Sarah. Come sit here." ajak Mika dingin.

Pelanggan yang melihat adengan tadi terus sibuk makan makanan mereka bila mendapat pandangan maut dari Mika.

"I'm sorry about that. Aku nak Sarah lupakan pasal tu and enjoy our foods. Abang tak sangka our first date teruk macam ni." terpapar riak kesal di wajah Mika.

"No. It's okay. Sarah tak ambil hati pun. Anggap je ni sebagai dugaan untuk menguatkan rumah tangga kita." balas ku ikhlas.

Aku gembira juga bila Mika dah mula sayangkan aku dari perempuan lain. Moga hati Mika tak akan berubah sampai ajal menjemput.

                    ~♥~~♥~~♥~~♥~

Kini, penerbangan Fiona dan suaminya akan berlepas tak lama lagi.
Sudah hampir 30 minit Sarah dan Fiona tidak berenggang kerana terlalu sibuk berbual. Sebab, ni kali terakhir mereka akan bersama sebelum Fiona pergi ke Spain dan akan balik dalam 2-3 bulan. Lama beb.

"Sayang, dah latuh. Dorang dah nak masuk dalam kapal tu nanti lambat pula." tegur Mika.

"Ala, kejap lagi abang. Bagi 1 minit."

"Fi, kalau kau dah sampai kat Spain tu, terus call aku tau. Aku rindu nak dengar suara kau. Nanti jaga pemakanan kau kat sana." nasihat ku.

"Yeee. Aku tau Sarah. Kau ni, dah banyak kali kau ulang cakap benda yang sama. Aku tau lah nak jaga diri sendiri. Kau tu jaga kesihatan, jangan terlalu rindukan aku sampai tak makan." usik Fiona.

"Dah lah. Aku gerak dulu. Bye Sarah dan Mika. Nanti aku belikan kau banyak ole-ole yer Sarah."

Aku hanya menggangguk. Rasa nak menangis pula. Aku memandang ke arah Fiona sampai hilang di telan kapal. Moga kau selamat sampai wahai sahabat sejati ku.

Mika memeluk pinggang ku erat.
"Jom sayang gerak."

Aku hanya menurut tanpa bantahan memandangkan kapal Fiona dah berlepas.

                   ~♥~~♥~~♥~~♥~

Memandangkan harini hari Sabtu. Aku dan Mika mengambil keputusan untuk berkunjung ke rumah mummy.
Dah lama tak jengguk mummy, rindu pulak.

Baru aku jejakkan kaki di garaj kereta, satu suara menyapa gegendang telinga ku.

"Sarah! Rindunya mummy dekat Sarah." terkedek-kedek mummy berlari untuk mendapatkan ku. Di peluk tubuh ku erat.

" Sarah pun rindu mummy." ku balas juga pelukan hangat mummy.

"Eleh, kalau rindu kenapa tak jengguk mummy kat sini?" di lepaskan pelukan kami dan mummy bercekak pinggang.

"Sorry mummy. Sarah memang nak jengguk mummy kat sini tapi sibuk sangat. Mika banyak buli Sarah kat ofis." adu ku manja. Sempat aku jeling Mika yang menatap ku dengan pandangan helangnya.

"Ishhh, kamu ni Mika. Kenapa buli Sarah? Kalau mummy tau kamu buli Sarah lagi, siap kamu." sengaja mummy membuat muka garangnya.

"Manada Mika buli Sarah. Sarah tu yang banyak buli Mika." tercebik bibir Mika kerana merajuk.

"Dah jom masuk. Mummy ada masak banyak lauk." ajak mummy.

Aku hanya mengganguk sambil tersenyum manis ke arah mummy.

"Tunggu kat rumah nanti. Abang kerjakan sayang puas-puas." ugut Mika tidak puas hati. Taulah yang mummy sayang betul dengan Sarah, sampai Mika jadi mangsa buli.

"Mummy! Mika nak buli Sarah lagi!" jerit ku kuat. Hahahaha padam muka.

"Mikaa!" jerit mummy memberi amaran.

Mika menjeling aku geram sebelum meninggalkan aku untuk pergi ke dapur. Eleh merajuk latuh.

"Hye papa. Papa sihat?" tanya ku sekadar bebasa basi. Ku salam tangan papa dengan hormat.

"Sihat. Lagi bertambah sihat kalau papa ada cucu." usik papa.

"Hahahahaa." aku hanya ketawa hambar. Tak tau nak balas apa.

"Jarang-jarang kan kita dapat makan bersama seperti sekarang ni? So, malam ni mummy nak korang makan banyak-banyak. Habiskan semua lauk ni."

Meja kini hanya berbunyi pinggan bersentuh dengan sudu dan garfu.
Kerana semua leka makan makanan yang terhidang di atas meja.

"Mika, lepas ni papa nak bincang dengan kamu. Kalau Sarah nak tahu ikut papa ke depan nanti." ajak papa.

"Oh...oky papa."

"So, benda apa yang papa nak bincangkan?" tanya Mika pelik. Jarang nampak papanya serious macam ni.

Aku hanya menjadi pemerhati plus pendengar perbualan mereka.
Mummy juga begitu. Maklumlah kaum hawa tak sepatutnya mencampuri urusan lelaki.

"2 bulan dari sekarang, papa akan serahkan syarikat papa pada kamu. Kamu yang akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap syarikat Megah Jaya. Nanti, papa akan uruskan majlis perlantikan CEO yang sebenarnya. Bukan lagi CEO praktikal macam sekarang."  terang papa panjang lebar.

"Cepatnya papa." dapat ku lihat muka terkejut Mika.

"Papa ni dah tua. Kamulah yang sepatutnya gantikan papa. Papa dah penat dengan semua tu. Sekarang ni, papa nak luangkan masa dengan mummy kamu je." sempat lagi papa mengenyitkan mata ke arah mummy.

"Kalau macam tu, Mika akan berusaha untuk majukan syarikat kita." janji Mika bersungguh-sungguh.

"Papa yakin anak papa ni boleh."
Di tepuk bahu anaknya.




Xxxxxxxxxxxxxxxxxxivyxxxxxxxxxx

Done....klau ada typo abaikan je. Klau blh tlng lah betulkan heheheh.
#vote
#comment.
(・´з'・)(・´з'・)(・´з'・)(・´з'・)(・´з'・)

HANYA SEMENTARA ✔Where stories live. Discover now