002 ᴄʜᴀɴɢᴇ

751 124 222
                                    

Jihoon membalut dadanya dengan kemas dan memakai pakaian sekolah lengkap sebelum keluar. Rambut palsunya juga tidak dilupakan.

Melihatkan roommate atau namanya, Soonyoung yang masih dibuai mimpi membuatkan Jihoon berfikir untuk menganggu.

Jihoon berdiri di birai katil lalu menggoncangkan tubuh kaku tersebut.

"Woi." Jihoon memanggil Soonyoung namun tiada sahutan.

Mukanya didekatkan pada telinga Soonyoung. Nafasnya ditarik dalam-dalam.

"Woi apiii !!!"

Zzup !

Hilang dah jasad Soonyoung setelah lelaki itu berlari masuk ke bilik mandi.

Jihoon terus mengambil beg galasnya lalu keluar untuk bersarapan dan ke kelas.

Sebelum Soonyoung keluar dengan baldi berisi air, baik menghilang dulu.

Tiba sahaja di dewan makan, Jihoon disapa lembut oleh ketua pengawas, Joshua.

Fikirnya Joshua ialah loner kerana dia lihat Joshua seorang diri sahaja semalam.

Hari ni dia diperkenalkan dengan kedua rakan sebaya Joshua. Seungcheol dan Jeonghan.

•❅──────✧❅✦❅✧──────❅•

Jihoon memasuki kelasnya lalu duduk di satu tempat. Harapnya tempat itu memang sedia kosong.

"Maaf tapi ni tempat aku." Seseorang datang lalu menyapanya.

Keluhan dilepaskan oleh Jihoon.

"Aku pelajar baru kat sini. Nama aku Lee Jihoon." Jihoon berdiri lalu bow kepadanya.

"Jeon Wonwoo."

.
.
.
.
.

"..."

"..."

Masing-masing memang tiada senyuman yang terukir sepanjang perkenalan, hanya situasi yang janggal sahaja menyapa. Jihoon terus berpindah tempat.

Baru sahaja Jihoon mahu meletakkan kepalanya di atas meja, seseorang menegur.

"Ni..."

"Tempat kau?" Dengan malasnya Jihoon mendongak.

Orang itu menggeleng.

"Kwon Soonyoung. Salah seorang gay bahaya dalam sekolah ni."

"Jadi?"

"Kalau kau taknak teruna kau hilang, baik jangan kacau tempat dia."

Pulak dah. Soonyoung belajar dalam kelas ni?

"Lupa nak kenalkan diri ehe. Nama aku Wen Junhui. Lelaki handsome yang paling popular dalam sekolah ni."

Jun menggosok tengkuknya sambil tersengih sumbing.

"Aku Lee Jihoon. Ingatkan kau sama je macam dia. Tak reti senyum." Jihoon memuncung ke arah Wonwoo.

"Takdelah. Dia je macam tu. Oh ya, baik kau pindah tempat sebelum Soonyoung masuk."

Skip

Jihoon berdecit. Ingatkan tempat duduknya boleh lebih jauh dari Soonyoung tetapi hampeh. Sebelah lelaki itu juga yang kosong.

Asalnya tempat Hanbin tetapi Hanbin tidak hadir.

Cikgu Seo masuk lalu matanya meliar seperti sedang mencari seseorang.

Jihoon mengangkat tangannya.

"Cikgu cari saya?" Soal Jihoon dengan senyuman.

"Haah kamu la pelajar baru tu, kan? Sila berdiri dan kenalkan diri kamu di hadapan kelas." Ujar Cikgu Seo sambil membetulkan cermin matanya.

Jihoon berdiri lalu pergi ke hadapan kelas atas arahan Cikgu Seo.

"Nama saya Lee Jihoon. Saya harap awak-awak semua sudi berkawan dengan saya." Jihoon tersenyum lalu membongkokkan badannya beberapa saat.

Wonwoo mengangkat tangannya.

"Suara kau memang tak pecah ke?" Soalnya kepada Jihoon.

Jihoon mengangguk laju.

"Aku pun pelik sebenarnya." Jihoon menjawab dengan sopan.

Soonyoung pula mengangkat tangannya.

"Memang tinggi dari dulu macam tu je ke?"

"Tinggi-tinggi jangan main ya. Terima kasih."

"Duduk tempat awak semula Jihoon. Mari kita belajar."

Setelah Jihoon duduk, Cikgu Seo mulakan pembelajaran.

Sepanjang itulah Jihoon rasa tidak selesa kerana Soonyoung asyik menyentuh pehanya. Sudah ditepis pun degil lagi. Mujur Cikgu Seo sedang mengajar, jika tidak rasanya nazak Soonyoung dikerjakan.

"Saya lupa nak sampaikan sesuatu. Kim Hanbin dah tak bersekolah kat sini lagi."

Ah shet.

Jihoon menoleh ke arah Soonyoung.

Lelaki itu tersenyum sinis lalu menjilat bibir sendiri sebelum memandang Jihoon.

"Aku kesian betul kat Aunty Kwon. Entab apa dia mengidam masa mengandungkan kau dulu." Jihoon menggumam sendiri. Perlahan sahaja kerana tidak mahu Soonyoung mendengarkan perkara yang digumamnya.

-투비콘티뉴-

Cʜᴀɴɢᴇ ° ᵏˢʸ °حيث تعيش القصص. اكتشف الآن