009 ᴄʜᴀɴɢᴇ

620 115 81
                                    

"Lee Jihoon !" Cikgu Seo menjerit kerana Jihoon tidur sewaktu dia mengajar.

Jihoon mengangkat kepalanya dan terkejut ketika satu kelas fokus ke arahnya.

"Berdiri di luar kelas. Sekarang !" Arah Cikgu Seo dengan wajah bengisnya.




Jihoon memandang lantai. Berasa malu untuk mengangkat mukanya kerana pelajar-pelajar yang lalu di situ tergelak-gelak memandangnya.

Ada juga yang meludah di kasut Jihoon.

Tidak lama selepas itu, Chan muncul dan lelaki muda darinya itu terkedu melihat Jihoon didenda.

"Hyung buat apa?" Chan berdiri di hadapan Jihoon.

"Tertidur." Gadis itu masih menunduk.

Chan memandang lantai, tempat yang Jihoon membuang pandangannya.

"Hyung..."

Kasut Jihoon yang menjadi tempat pelajar meludah menyentuh perasaan Chan.

"Kenapa semua benda ni jadi kat aku?"

"Nothing is easy, Jihoon hyung..."

Chan memeluk Jihoon untuk menenangkannya.

"Hyung buka kasut, tukar dengan aku." Chan mencadang.

Hatinya terlalu lembut untuk membiarkan begitu sahaja.

•❅──────✧❅✦❅✧──────❅•

Soonyoung memandang kasut dan terletak di hadapan loker.

Setahunya semalam dia pijak kasut Jihoon sampai kotor.

Tapi hari ni kasut bersih. Cepatnya kerja Jihoon membersihkan kasut.

Oh lupa. Perempuan.

Soonyoung memandang Jihoon yang sedang terlelap sebelum membuka pintu untuk keluar.

"Chan?" Soonyoung terkejut melihat Chan yang tiba-tiba tercegat sebaik sahaja pintu dibuka.

"Ah, Soonyoung hyung. Chan nak jumpa Jihoon hyung jap. Nak pulang kasut dia."

"Kasut?"

Kasut yang dipegang Chan dipandang bersilih ganti dengan kasut yang dihadapan loker.

"Pergilah letak. Jihoon tidur."

Chan hanya menurut.

Jihoon ni memang nak kena, sanggup dia buli Chan. Soonyoung mengomel dalam hati.

"Jom. Kita-" Soonyoung menarik tangan Chan tetapi lelaki kecil itu menarik semula tangannya.

"Banyak kerja sekolah nak kena siapkan, maaf hyung."

"Sekejap je. Please." Soonyoung merayu dengan matanya bersinar memandang Chan.

"Chan nak tanyalah hyung. Sebenarnya Chan siapa ya pada hyung?" Chan bertanya. Tangannya disilangkan ke dada.

Soonyoung menjungkitkan keningnya, pelik dengan soalan Chan.

"Adik hyung. Kenapa?" Balas Soonyoung dengan senyuman lebar.

"Huh, adik? Jadi, hyung kena lindung adik dia, sayang Chan macam adik kandung hyung."

Soonyoung terdiam. Kenapa dengan budak ni? Tiba-tiba je.

"Bukannya jadikan tempat pemuas nafsu." Senyuman sinis diukir olehnya.

Kemudian dia terus beredar meninggalkan Soonyoung yang masih bingung.

-투비콘티뉴-

Cʜᴀɴɢᴇ ° ᵏˢʸ °Where stories live. Discover now