013 ᴄʜᴀɴɢᴇ

664 114 107
                                    

Cikgu Seo duduk dimeja guru setelah selesai menerangkan tentang tajuk baru subjek tersebut.

"Siapkan latihan yang saya bagi tadi dan kumpulkan, hantar pada saya untuk disemak." Cikgu Seo bersuara sebaik sahaja selesai membasahkan tekaknya dengan air mineral.

Soonyoung dan Jun memandang sesama sendiri secara kebetulan.

Jun membulatkan matanya lalu menggeleng kepada Soonyoung. Begitu juga lelaki remaja bermarga Kwon.

Kedua-duanya dengan riak wajah terkejut.

Sepertinya mereka faham dengan isi hati masing-masing.

"Matilah..." Soonyoung menggerakkan mulutnya manakala Jun memegang pipi dan lorotkan ke bawah.

Hodoh benar.

"Kenapa dengan kau ni?" Jihoon menyampuk. Buku latihannya ditutup, bersedia untuk menghantar dan disemak.

"Buku aku...kat bilik." Kata Soonyoung nada kesal.

Mana tidaknya, selama ini jaranglah Cikgu Seo menyuruh pelajar membuat latihan.

Waktu buku tersebut ada, tak diguna. Buat berat beg.

Ini, sudah ditinggal, eh diseru pula.

"Kwon Soonyoung ! Awak dah siap?"

Mati mati mati AAAAAAAAAA

Soonyoung merampas buku Jihoon lalu mengangguk.

"Hey !" Jihoon menepuk tangan Soonyoung lalu mengambil semula bukunya.

Soonyoung dah nampak mata berapi milik Cikgu Seo. Dalam hatinya dah habis sumpah seranah Jihoon namun wajahnya hanya tersenyum sumbing.

"Siapa yang tak bawa buku latihan berdiri !" Pembaris panjang yang terletak di atas meja guru diambil lalu mengetuk meja sehingga terbelah dua.

Lantas dengan itu, Soonyoung, Jun dan beberapa pelajar lain berdiri tegak.

Jihoon mencari geng yang membawa buku latihan.

Gila ! Dia seorang sahaja.

Wonwoo pun berdiri wui.

"Wonwoo, mana buku awak?" Cikgu Seo menyoal Wonwoo, antara pelajar bijak di dalam kelas tersebut.

"Ikan pirahna belaan makcik saya-"

"JANGAN MENGARUT !" Cikgu Seo menjerit sehingga Jihoon tersentak.

Garangnya Cikgu Seo bila marah.

"Bergerak ke hadapan, saya nak rotan punggung 20 kali." Arah Cikgu Seo maka satu kelas kecuali Jihoon menurut.

Semua memberi pandangan maut ke arah Jihoon manakala gadis itu hanya menghembus nafas lega. Tidak takut pun.

Nasib baik dia bawa.

Matanya beralih pada Soonyoung.

Apa yang dilihat hanyalah wajah rela dirotan.

Pengen gelak tapi tak baik.

•❅──────✧❅✦❅✧──────❅•

Jihoon mengekori Soonyoung dari belakang.

Mahu terlepas tawanya melihat lelaki di hadapannya jalan terhincut-hincut.

"Sakit ke hyung?" Soal Jihoon, menganjing.

Soonyoung memberhentikan langkahnya, tidak menoleh. Tidak mampu barangkali.

"Sakitlah. Dia rotan tu entah rotan ke sula. Sama je rasa." Jawab Soonyoung sambil mengaduh-aduh tidak henti.

"Pernah rasa kena sula?" Jihoon menyoal lagi.

"Diamlah."

Soonyoung membuka pintu biliknya lalu membaling begnya dan bergerak ke katil.

"Sini aku tolong."

Jihoon memegang bahu Soonyoung lalu membantu lelaki itu untuk duduk.

Tetapi malangnya, Soonyoung terjatuh di atas tilam dan menarik Jihoon sehingga gadis itu terikut jatuh di atasnya.

"Aduh !" Soonyoung mendesis kerana punggungnya yang dirotan kembali terasa perit.

Hampir sahaja wajah mereka bertemu, mujur tangan Jihoon cepat diletakkan atas tilam tersebut dari terhantuk Soonyoung.

Hanya beberapa inci sahaja jarak mereka.

"Jangan goda aku, Jihoon."

-투비콘티뉴-

Okay last chapter untuk bulan ni. Selamat berpuasa ❤

Cʜᴀɴɢᴇ ° ᵏˢʸ °Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin