018 ᴄʜᴀɴɢᴇ

663 106 80
                                    

"Boyfriend kau tu comel la Ji. Aku rasa nak fotostat je biar dapat yang sama macam dia." Kata Jasmine ketika mengingati wajah lelaki bersama Jiyoung di kolam sebentar tadi.

Ah comel comel comel comel

"Ey sibuk je. Carilah sendiri. Citarasa kau bukan ke mamat Inggeris?" Usik Jiyoung, matanya ralit memandang cermin sambil mengeringkan rambutnya.

Wajah cemberut Jasmine dapat dilihat dari pantulan, membuatnya hampir mengeluh tetapi ditahan kerana mahu menjaga hati Jasmine.

"Ala kau ni kedekutlah. Aku balik dulu." Jasmine mengambil tas tangannya lalu mengorak langkah untuk pulang ke rumah.

Rumah diorang depan-depan je.

"Mengada."

Jiyoung menekan punat pengering rambutnya, menghentikan fungsinya lalu mengekori Jasmine sehingga ke pintu masuk utama rumah besar tersebut.

"Hati-hati !" Sempat Jiyoung melaung kepada Jasmine namun dipalau.

Eceh sanggup palau kawan sebab boyfriend.

'Bam !'

"JASMINE !!" Jiyoung berlari mendapatkan Jasmine yang terlentang kerana dilanggar oleh sebuah skuter.

"Maafkan saya cik !" Suara seorang lelaki yang agak dikenali membuatkan Jiyoung menoleh.

Ya ampun. Pengawas yang spotcheck beg dia.

Pantas dia menoleh semula ke arah Jasmine yang separuh sedar.

Hek eleh kena langgar dengan skuter je.

"Tolong saya papah dia." Arah Jiyoung, tidak memandang wajah Hansol.

"Baik."

•❅──────✧❅✦❅✧──────❅•

"Cik, bangun cik."

Jasmine mengangkat kelopak matanya.

"Si-siapa kau?" Jasmine menukar posisinya kepada duduk secara mengejut.

"Aduh !" Seluruh sendinya bisa akibat kemalangan.

Dia memandang lelaki yang berdiri tegak di sebelah katilnya.

"Cik jangan takut. Sayalah yang tak sengaja terlanggar cik dengan skuter saya."

Jasmine terdiam. Dia mengamati wajah persis mat saleh yang dimiliki oleh lelaki tersebut.

"Nama saya Hansol Vernon Chwe. Panggil je sayang- eh Hansol." Hansol tersengih sambil menghulurkan tangannya.

"Jasmine." Huluran Hansol disambut.

•❅──────✧❅✦❅✧──────❅•

"Soon janganlah merajuk lama-lama. Noona minta maaf sebab tak jujur." Seyoung mengetuk pintu bilik Soonyoung.

Niatnya nak bergurau je. Tak sangka pula Soonyoung ambil hati.

"TAKNAK KAWAN NOONA !!" Soonyoung menjerit dari dalam biliknya.

Tiba-tiba Seyoung mendapat idea.

"Taknak kawan sudah. Noona nak beli aiskrim lepastu makan sorang-sorang."

'Klek'

Seyoung memandang Soonyoung yang berdiri dibalik pintu.

"Jahat ! NAK AISKRIM JUGAK !!"

Soonyoung menarik tangan kakaknya untuk aiskrim tercinta namun sebaik sahaja dia membuka pintu, dia terkejut ketika Jiyoung terpacul memandang mereka dengan senyuman manis.

Tanpa sedar, pipi Soonyoung merona merah kerana peristiwa dimana dia tak sengaja turn on ketika Jiyoung membilas rambutnya kini terngiang.

"Nah aiskrim. Tadi beli kat kedai tapi terbeli lebih pula. Tu yang singgah sini, nak bagi." Kata Jiyoung lalu menghulurkan sekotak aiskrim.

"Soon, ambillah." Seyoung menyiku lengan adiknya yang sudah membatu.

"Oi !" Kepala adiknya dihempuk pula.

Soonyoung memegang kepalanya dengan wajah cemberut. Kotak aiskrim pada Jiyoung diambil.

"Te-terima kasih Ji." Ucap Soonyoung lalu meluru masuk semula ke dalam rumah semula.

"Tau eh Soon punya favourite. Korang berdua ni ada apa-apa ke?" Soal Seyoung sambil mengangkat keningnya.

Manakala Jiyoung hanya menggeleng.

"Kebetulan je. Ji balik dululah eh. Take care, unnie. Bye !" Sempat Jiyoung melambai sebelum berlari ke rumah besar yang selang beberapa buah rumah dari rumah keluarga Kwon.

-투비콘티뉴-

Kita serahkan chapter ni pada pasangan verkwan ∩˙▿˙∩

Cʜᴀɴɢᴇ ° ᵏˢʸ °Onde histórias criam vida. Descubra agora