007 ᴄʜᴀɴɢᴇ

636 112 74
                                    

Jihoon semakin gelabah apabila Seungcheol menghampirinya. Lengan Seokmin dipeluk dengan kuat.

"Kau kenapa ni ?" Soal Seokmin. Peliklah Jihoon tiba-tiba bertingkah begitu.

Nak ngorat dia ke?

"A-aku taknak masuk kelab ni." Jihoon berbisik sambil merenung tanah.

"Lee Jihoon. Jom berlawan." Seungcheol menunjukkan muka tegasnya.

Jihoon menggeleng laju.

"Aku tak pandai main bolasepak."

"Sesiapa yang masuk kelab ni, tak boleh duduk goyang kaki. Bangun !"

Jihoon mengaduh ketika bola yang dibaling Seungcheol mengenai kepalanya.

"TUNGGU APA LAGI !"

Seokmin yang dah lama join kelab itu pun terkejut tengok Seungcheol menengking Jihoon.

"Jangan marah dia hyung." Chan datang untuk menenangkan Seungcheol.

Chan?

Dialah naib pengerusi kelab bolasepak memandangkan yang sebaya Seungcheol tak boleh diharap.

Ya, Jeonghan. Beria nak masuk tapi tak pernah tengok muka setiap kali aktiviti koku.

"Betul tu. Jangan buat dia takut." Seokmin menyokong Chan. Bahu Jihoon dirangkul.

"Apa-apa jelah. Lebih-lebih siapa nak layan. Jihoon anak mak." Seungcheol meninggalkan mereka bertiga dan sambung bermain.

"Kau tak pandai main?" Chan bertanya selepas mengambil tempat duduk di sebelah Jihoon.

"Ah...ye." Balas Jihoon ringkas. Dia duduk seperti biasa.

Dia rasa bersalah sebab dah plan nak jauhkan Soonyoung dari Chan.

"Chan."

Chan memandang Jihoon dengan senyuman polos.

"Apa hubungan kau dengan Soonyoung?" Tanya Jihoon dengan berhati-hati. Manalah tau kalau Chan tersinggung dengan pertanyaannya.

Chan termenung seketika.

"Kawan. Kenapa?"

Jihoon menggeleng lalu mengukir senyuman.

"Seokmin...apa kata kau tinggalkan aku dengan Chan berdua, boleh?" Pinta Jihoon lalu melepaskan pelukannya dari lengan lelaki itu.

Seokmin mengangguk dan menurut permintaan Jihoon.

"Dah lama kawan dengan Soonyoung?" Jihoon menyoal.

Chan memandang Jihoon lalu mengangguk.

"Sejak kitorang jumpa, sampai sekarang."

"Oh."

"JIHOON !!" Seokmin melaung nama gadis itu.

Jihoon menoleh dan bola terkena tepat pada mukanya.



"Aduh." Jihoon memegang kepala yang berdenyut-denyut.

Sebaik sahaja matanya dibuka, dia terus terduduk kerana suasana berubah.

Seingatnya tadi dia kat padang bersama Seokmin dan Chan.

"Kau pengsan lepas bola hentam muka kau. Lembik betul kau ni. Macam perempuan."

Jihoon kenal suara itu.

"Chan dukung kau sampai ke sini." Sambung Soonyoung.

Kepalanya dipegang kerana terasa lebih selesa.

"Aku cabut rambut kau. Ingatkan nak tolong picit kepala. Eh, terkantoi pula pakai rambut palsu."

Jihoon terkelu. Mana Soonyoung?

"Soonyoung-"

"Kenapa kau buat semua ni?"

Lelaki itu muncul dari loker di mana beg dan barang mereka disusun

-투비콘티뉴-

Cʜᴀɴɢᴇ ° ᵏˢʸ °Where stories live. Discover now