021 ᴄʜᴀɴɢᴇ

616 107 58
                                    

"Aku nampak okay ke macam ni?" Soal Jiyoung sambil membetulkan rambut barunya.

Soonyoung memandang Jiyoung dengan mata yang tak berkedip.

"Aku-"

"Aku suka gaya kau yang sekarang ni. Nampak lagi comel dari aku." Kata Soonyoung tanpa sedikit pun tidak mengalihkan pandangannya dari gadis itu.

Comel siak. Kau tengoklah ni

 Kau tengoklah ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ni lagi

"Sekarang dah boleh ngorat kau?" Soal Jiyoung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sekarang dah boleh ngorat kau?" Soal Jiyoung.

Soonyoung menggeleng.

"A-apa?" Hiks kecewa hati si gadis.

"Cubalah kalau boleh." Balas Soonyoung lalu menyilangkan tangannya ke dada.

"Takpelah. Aku merajuk." Jiyoung mempercepatkan langkahnya meninggalkan Soonyoung.

'Gedebuk'

"Aduh kepala aku." Jiyoung mendesis ketika kepalanya terhantuk pada dada seorang lelaki.

"Maafkan saya cik. Cik, okay?" Lelaki bersuara agak garau itu bertanya, risau jika gadis itu tercedera kerananya.

Jiyoung tidak menjawab sebaliknya dia menggosok kepalanya dengan kuat.

"Kau okay tak?" Jiyoung mendengar suara Soonyoung bertanya, kemudian dia mengeluh keras.

"Aku okay."

Lelaki yang dilanggar Jiyoung tadi masih berdiri. Melihat mereka berdua yang seorang separas telinga dan bahunya.

"Saya minta maaf, cik. Saya betul-betul tak sengaja." Lelaki tinggi lampai itu cuba bersuara, meminta kemaafan dari Jiyoung.

Jiyoung mengangkat tangannya lalu dihayunkan, bermaksud tidak mengapa.

"Saya pergi dulu."

"Tunggu !"

Sebelum lelaki itu berura-ura mahu beredar, Soonyoung menahannya.

"Kim Mingyu?" Soonyoung menyoal.

Ya, wajah dan tubuhnya saling tak tumpah seperti rakan karibnya yang telah lama tiada.

Namun, lelaki yang dianggap Mingyu berdiam diri.

"Siapa Kim Mingyu?" Soal lelaki itu semula.

"Ah...takde apalah." Soonyoung berdecit perlahan sebelum membenarkan lelaki itu beredar.

"Kau yakin kau okay?" Perhatiannya tertumpu semula pada Jiyoung.

"Ya." Jiyoung mengangguk lalu berjalan seperti biasa. Kemudian dia berhenti dan memandang Soonyoung.

"Soon."

"Ya?"

"Boleh janji tak?"

Soonyoung mengerutkan dahinya.

"Janji. Jangan tinggalkan aku."

Jiyoung menarik tangan Soonyoung lalu melingkar jari keling mereka bersama.

"Aku janji." Balas Soonyoung dengan senyuman nipis.

Dari jauh, lelaki yang dianggap Mingyu memerhatikan mereka.

"Soonyoung hyung...I'm sorry."

-투비콘티뉴-

Cʜᴀɴɢᴇ ° ᵏˢʸ °Where stories live. Discover now