025 ᴄʜᴀɴɢᴇ

612 108 144
                                    

Sewaktu sedang bersarapan di dewan, Soonyoung terlihat satu tubuh yang dikenali dan sangat dirindui di lokasi penyediaan makanan.

Ya, Mingyu.

Dalam diam, Soonyoung mendekati sosok tubuh yang membelakanginya itu.

"M-Mingyu?" Soonyoung menegur.

Dapat dilihat wajah terkejut Mingyu, baru sahaja dia ingin lari, Soonyoung menahannya.

"We need to talk and have some chitchat."

Bila masa dia ni pandai speaking?

Dengan langkah terpaksa, lelaki itu mengikutnya.

Skip-

"Kenapa kau buat aku macam ni? Kenapa kena elakkan diri dari aku?" Soonyoung menyoal dengan nada kesal.

Tidak sangka selama ini Mingyu menyembunyikan diri darinya. Mingyu masih mengenalinya.

"Hyung...Gyu minta maaf. Gyu bukannya sengaja, cuma..." Mingyu menggaru telinganya. Kemudian, menurunkan sedikit topi yang dipakai.

Soonyoung hanya menunggu sambungan dari lelaki tinggi lampai itu.

"Gyu taknak kawan dengan hyung." Jujur Mingyu. Membuatkan Soonyoung mengetap gigi.

"Kau boleh je ajak bincang elok-elok. Tak perlu nak lari macam ni lepas tu palsukan kematian kau."

Mingyu terdiam.

"Tapi hyung...sebenarnya Gyu lari ada sebab."

Tangan Soonyoung dicapai.

"Gyu...sukakan hyung."

Soonyoung terkejut. Tangannya ditarik semula.

Dalam dewan makan, Mingyu buat hal macam ni.

Sedang dia elak untuk bertentang mata dengan Mingyu, dia terpandang Jihoon yang sedang berbual dengan Chan.

"Aku ada girlfriend." Kata Soonyoung.

Mingyu tersentak.

"Tu..." Soonyoung memuncungkan bibirnya ke arah Jihoon.

Mingyu memandang arah muncung Soonyoung.

Comel, getusnya dalam hati.

"Aku nak pesan ni." Soonyoung mendekatkan wajahnya sedikit dengan Mingyu.

"Kalau aku dah takde nanti, tolong jagakan dia. Anggap ni sebagai amanah."

"Dia satu-satunya 'lelaki' yang istimewa dalam sekolah ni." Sambung Soonyoung.

Mingyu mengangguk perlahan, walaupun dia tidak memahami maksud istimewa Soonyoung terhadap Jihoon.

•❅──────✧❅✦❅✧──────❅•

Sementara Cikgu Seo sedang mengajar, Soonyoung memberi sekeping kertas kecil kepada Jihoon.

'Kalau aku tak dapat tunaikan janji aku, tolong terima orang yang lebih baik.'

Jihoon memandang Soonyoung setelah membaca isi kertas tersebut.

'Kau kenapa ni? Okay tak?'

Kertas itu dihulur semula pada Soonyoung. Soonyoung membalas.

'Aku okay je.'

"Jangan jadi pelik, boleh tak?" Jihoon bersuara dengan nadanya berbisik.

"Siapa bercakap tu? KELUAR SEKARANG !"

Habislah Cikgu Seo dah mengamuk.






Jihoon dan Soonyoung saling berpandangan. Suasana janggal untuk seketika.

"Kenapa kau cakap macam tu?" Soal Jihoon.

"Mana ada aku cakap, aku tulis je." Soonyoung berloyar buruk.

"Ha ye la kenapa kau tulis macam tu?"

"Sebab aku mula sayangkan kau."

Jihoon memandang Soonyoung tetapi Soonyoung tidak memandangnya semula.

Segan, mungkin.

"Cuma...nak pesan, kalau kau jumpa Mingyu, jangan reject dia. Dia yang terbaik, lagi baik dari aku." Ujar Soonyoung dengan senyuman, tetapi masih, matanya tetap tertacap pada lantai.

"Dia dah mati. Jangan jadi gilalah. Terima hakikat yang dia dah tak ada." Kata Jihoon nada berang namun Soonyoung membalas masih dengan senyumannya.

-투비콘티뉴-

Next chapter adalah yang terakhir ❤

Cʜᴀɴɢᴇ ° ᵏˢʸ °Where stories live. Discover now