011 ᴄʜᴀɴɢᴇ

656 116 101
                                    

Jihoon memandang buku yang dipegangnya dengan wajah kosong. Setelah dapat berita bahawa pelajar dibenarkan pulang minggu hadapan, dia berasa gembira tetapi dalam masa yang sama, dia tidak bersedia.

Kerana dia membuatkan keadaan semakin teruk. Bagaimana lagi dia mahu buat untuk menunaikan permintaan appa nya dan appa Soonyoung?

Ah ! Otaknya sudah buntu !

Chan dari belakang menepuk bahu Jihoon yang sedang termenung lalu duduk di hadapannya.

"Hyung, dengar cerita minggu depan cuti." Kata Chan perlahan kerana mereka sedang berada di dalam perpustakaan.

Jihoon memandang Chan lalu mengangguk.

"Tak sabar nak balik." Jihoon tersenyum singkat sebelum mengalihkan fokusnya pada buku.

Chan mengherotkan bibirnya. Dari wajah Jihoon, dia dapat mengesan sesuatu yang tak kena.

"Kenapa ni ?" Soal Chan, mengambil berat memandangkan Jihoon merupakan rakan barunya.

Walaupun umur mereka beza tiga tahun, siapa kisah?

"Chan...kau percaya tak dalam sekolah ni ada perempuan ?" Soal Jihoon. Nadanya direndahkan seakan berbisik.

"Perempuan?! Ada ke?! Siapa hyung siapa ?!!" Chan menjerit sambil menepuk meja. Terkejut Jihoon dibuatnya.

"Shhh !" Pengawas perpustakaan menegur Chan.

"Maaf." Chan menenangkan dirinya sebelum duduk dengan tenang semula.

Jihoon menggeleng dengan tingkah Chan.

"Saje tanya."

Chan berdecit perlahan.

"Ingatkan betul ada perempuan. Baru nak try." Cebikan dibibir Chan membuatkan Jihoon hampir tergelak.

Ey nak je kenalkan Chan kat appa as menantu. Jihoon mengomel dalam hatinya.

•❅──────✧❅✦❅✧──────❅•

"Best tak hasut Chan ?"

Jihoon yang sedang memasukkan barang ke dalam beg terus menghentikan kerjanya.

"Hasut apa ?"

"Ceh, buat-buat tak tau. Hasut suruh dia jauh dari akulah. Kau ingat aku tak nampak kat perpustakaan tadi ?"

Ingin sahaja Jihoon menjentik dahi Soonyoung. Tiba-tiba dia mendapat idea.

"Of course best. Tak sabar nak tengok benda tu jadi." Jihoon menepuk tangannya tak kalah seperti diva.

"Kau !" Soonyoung menolak Jihoon sehingga gadis itu hilang imbangan lalu menindihnya.

"A-apa kau buat ni ?" Jihoon menolak dada Soonyoung namun tiada kesan pada lelaki itu.

"Ini yang kau nak, kan?" Soonyoung tersenyum sinis. Soonyoung merapatkan badan dengan gadis di bawahnya.

Jihoon menggelabah, takut semua ada. Akhirnya dia knee-kick kemaluan Soonyoung dan berlari keluar ketika Soonyoung mengerang sakit.

Dia berjalan mencari sesiapa sahaja yang dikenali. Mujur dia terserempak dengan Joshua.

"Shua tolong aku." Jihoon memegang tangan Joshua.

"Hey tenang. Kenapa ni ?" Joshua memegang bahu Jihoon lalu melihat mukanya yang tercungap-cungap hilang nafas.

"Soonyoung...dia gila. Izinkan aku tidur kat bilik kau." Pinta Jihoon setelah berjaya mengatur nafas semula.

Hudnya yang hampir jatuh ditarik semula. Rambut palsunya tertinggal dalam bilik Soonyoung.

Joshua berfikir sejenak sebelum mengangguk.

"Tapi..."

Jihoon berdebar menunggu Joshua meneruskan ayatnya.

"Aku satu bilik dengan Seungcheol dan Jeonghan. Kau tak kisah ke ?" Jihoon menepuk dahinya.

"Tunjuk aku bilik Chan." Joshua menggumam perlahan lalu setuju. Terbatal niatnya mahu ke tandas sebab Jihoon.

Sekarang ni kepercayaannya hanya pada Lee Chan. Lelaki muda itu sahaja yang berkelakuan baik padanya.

-투비콘티뉴-

Maaf sebab makin hambar. Manalah saya tahu, saya kan cuma lien.

Cʜᴀɴɢᴇ ° ᵏˢʸ °Where stories live. Discover now